} -->

Monday, October 14, 2013

Jom ubah ! Kita kan kuat !

Entry ni lebih ditujukan kepada kaum perempuan. Kaum lelaki pun boleh je untuk mengambil manfaat.


Zaman sekarang, kalau tak couple tak sah.
Orang yang tak couple dikatakan kuno.
Ewah-ewah, sukahati kau cop hokum ye.


Cuba kau fikir, punca couple ni amenda sebenarnya.


Punca pertama hm boleh dikatakan pengaruh zaman. Haha. Boleh pulak. Hati kau tu sebenarnya mengada nak couple. Kalau hati dengan iman kau kuat, takdanya kau terjebak dalam ‘jenayah’ tu wei.


One more thing, satu je aku nak nasihat dekat kaum perempuan. Yes aku mengaku aku tak layak nak bagi opinion dekat orang lain tapi aku cuba je. Kalau dapat diguna pakai, okey ler tu kan.


Sambung balik yang tadi, kaum perempuan ni, jelingan mata dia ada panahan ‘syaitan’. Wait. Aku tak reka okay. Dengar dekat radio Ikim.fm haritu. So if korang suka jalan-jalan or tak suka ke, bila kau bertembung ke berselisih ke menyeberangi ke melintasi lelaki, kau bukannya disyorkan untuk memandang tepat dekat mata lelaki tu.


Macam tak pernah cuba kan. Apa kau rasa bila kau tatap mata lelaki ? Akan timbul satu perasaan. Perasaan yang tak sihat bagi diri kau. Nanti sakit kang susah nak diubati – aiyok. Jadi, bila kau berselisih dengan para ajnabi ni, kau patut tunduk. Setunduk yang boleh ler. Yang penting, kau dapat block mata kau daripada terpandang ajnabi tu.


Tak salah kau nak tenung dia tapi Allah dah berfirman yang Allah tak suka orang yang melampaui batas. Dan perempuan ni mahal mahal mahal. Jangan disebabkan kau pandang mata yang polos gitu, kau jadi murah sebab jenayah tu ler. But boleh ke kau pandang ajnabi dengan pandangan kosong ?


Punca yang seterusnya kau nak melekat dengan lelaki tu ialah – bila lelaki tu mula tegur kau. Siapa yang tak gelabah lelaki tegur but kau tu perempuan. Bukannya kucing nak boleh melekat dekat orang yang dia suka.


Jadi sebagai takmo diibaratkan macam kucing, kau patut bertindak bijak dengan meng’ignore’ teguran ajnabi tu. If dia tu kawan kau, kau balas dengan perkataan yang so-so je. Tak payah pakai sound manja ke amenda.


Kau balas apa yang perlu. Kalau tak perlu, kau buat diam macam TV kena tekan button mute. Okay ? Lagi kau layan, lagi ajnabi tu nak gebang-gebangkan cerita. Sebenarnya cerita tu pendek tapi dia panjangkan lol.


Ahha ! If ajnabi tu mula ambik langkah dulu nak propose kau dengan cara ‘couple’ dengan menghantar surat ke mention dekat Twitter or etc ke, kau buat muka pelik dulu tau. Amendelah budak sekolah hantar benda-benda macam ni. Kau bebel dulu depan laptop or hp or surat tu. Nak gelak pun dipersilakan.


Contoh dia buat ceni : “ Hai awak. Kita kan dah lama kenal and saya pun dah sebati dengan awak. Apa kata kita couple ? Saya betul-betul nak couple dengan awak. Saya janji yang saya nak bla bla bla...”


Wakakaka. Tak sanggup nak tulis lol -.- .Kau just balas macam ni : “ Terima kasih kerana menulis surat kepada saya. Nak tahu tak ? Couple tu haram so saya sebagai orang Islam taknak terjebak dalam gejala haram. Terima kasih sekali lagi.”


Actually korang boleh reply amenda yang korang nak. Ingat ! Allah sentiasa melindungi semua hamba-hambaNya. Allah sayang dekat orang yang menjauhkan diri daripada zina.



Moga bermanfaat ! Maaf jika ayat yang digunakan terlalu kasar bagi korang tapi ni jelah cara aku ._.

2 comments:

  1. Entry yg sangat best .Itulah ,kawan Asma' setiap sorang mesti ada pakwe / makwe .Lepas tu kata Asma' tak laku sebab tak cantik .Alhamdulillah :D

    ReplyDelete
  2. @Asma Sah terima kasih :) takpa . biar orang kata Asma' tak laku. Allah tak kesah. Yang penting Asma' jaga diri untuk yang halal okay ? :) maybe diorang tak percaya kasih sayang Allah ._.

    ReplyDelete

Mind your words. Thank you.