} -->

Thursday, December 12, 2013

untuk kau, Im ;;;

Salam 'Alaik.


kenapa mesti. kenapa mesti jadi macam ni. kenapa mesti kau pergi bila aku dah mula nak pegang erat tangan kau. kenapa mesti kau tinggalkan aku. kenapa wei kenapa T_T

first time aku jadi anon kau, aku just sesaja. tapi tergerak pulak hati aku nak add wc kau. eh, bila kau dah accept, aku bersyukur sangat sebab dapat tambah lagi satu kawan. ukhuwah baru terbina dan aku gembira sangat.

kita baru mula buat kawan 3 hari lepas. adalah sikit-sikit kita bincang. kau selalu bagi semangat dekat aku, even kita baru kenal. aku bersyukur sebab Allah hadirkan kau dekat aku. aku bersyukur sebab takdir temukan kita. aku bersyukur sebab sekali sekala aku dok tersengih sesorang baca conversation kita dekat wc. aku bersyukur sangat sangat sangat.

tapi hari ni, takdir dah tentukan yang kita terpisah. mungkin terpisah buat seketika atau mungkin selamanya? aku beria-ria nak onl sebab nak wc dengan kau, nak jadi anon kau, nak dm dengan kau. eh tapi bila aku baca dm kau, yes aku speechless. speechless sangat sebab kau nak pergi. kau pergi tanpa aku sempat reply apa-apa T_T

sampai hati kau Im. dahlah kau perahsia. aku tak sempat nak tanya full name kau. umur kau lagilah aku tak tau. kau kata kau stay negeri 10. then kau cakap kau stay dekat exoplanet. oh Im kenapa kau macam ni.  aku tak kesah kau nak rahsia dengan aku tapi kau tahu tak yang aku lagi sedih bila kau buat keputusan macam ni?

kau selalu kata dekat aku supaya terus kuat. tapi bila jadi macam ni, adakah kau rasa aku akan kuat? kenapa Im kenapa. tapi memang aku tak boleh lawan takdir Allah. mungkin ada hikmahnya. tapi aku masih berat hati nak terima yang kau dah pergi. pergi tinggalkan aku terkapai-kapai nak mula kenal apa erti hidup, erti penghijrahan yang sebenar. 

tapi takpa. kau dah janji yang suatu hari nanti kau nak cari aku balik. Ya. aku akan tunggu saat itu. aku tunggu kau Im. In Shaa Allah jika aku dan kau masih dipanjangkan umur, kita jumpa Im. sedikit sebanyak ayat-ayat kau akan aku ingat. aku takkan buang. aku harap kau sihat wal'afiat selalu.

terima kasih sebab kau selalu bagi kata-kata semangat dekat aku. terima kasih sebab selalu buat aku gelak dengan ayat-ayat kau. entah. aku tak tahu mana lawaknya tapi yang pasti aku gelak. terima kasih sebab sudi buat kawan dengan aku. terima kasih atas segala yang kau dah buat untuk aku sepanjang kita kenal 3 hari lepas. aku percaya yang Allah dah atur elok-elok takdir kita semua. yang penting Allah atur yang terbaik untuk kita. kan Im?

Allah menghadirkan kau buat seketika telah memberikan sedikit impak dekat aku. bila kau pergi, peritnya agak terasa. tapi aku pasti, Allah akan gantikan dengan hadirnya hamba-hambaNya yang terbaik :')

aku akan ingat kata-kata kau. aku sayang kau Im, lillah. In Shaa Allah kita jumpa di syurga nanti. moga dipermudahkan segala. In Shaa Allah aku akan terus istiqomah!

"Hadirnya kau sebagai teman. Yang mana bila aku mengingatkan tentang sesuatu maka aku juga turut mengingati." - Im

p/s : aku harap kau baca ni Im. and bagi yang kenal rapat dengan watak 'Imcullen', tolong aku bagi Im baca entry ni. pls. yang pasti Imcullen aku ni gendernya perempuan ok ;a;

No comments:

Post a Comment

Mind your words. Thank you.