} -->

Sunday, July 31, 2016

Resepi : Cream Cheese

Assalamualaikum warohmatullah.

Bahan-bahan

-120gm mentega
-250 gm cream cheese
-120 gm icing sugar



Cara-cara

1. Masukkan 120 gm mentega(suhu bilik) ke dalam bekas yang sederhana besar. Mix kan sehingga gebu.


2. Masukkan 250 gm cream cheese dan mix sehingga sebati dan gebu selama 2-3 minit. \picit sebahagian cream cheese, twistkannya dan picit sehingga keluar. Dengan cara ini, cream cheese takkan comot/ *rujuk gambar

twistkannya macam ni tau !



3. Ayak dulu 120 gm icing sugar di atas tapis. Kemudian, mix sehingga sebati dan kelihatan gebu-gebu gitu selama 3-4 minit dengan kelajuan yang sederhana.




4. Siap! Kalau suka masam-masam sikit, boleh tambahkan cream cheese. Ikut tekak anda ya.


Diharapkan bila anda mix adunan-adunan ni, anda putarkannya mengikut arah lawan jam dan sambil tu, janganlah dok membebel ke hapebenda. Ce selawat/berzikir. Itu lebih baik.

Thursday, July 28, 2016

Tips : Buat header blog

Assalamualaikum warohmatullah. Bagi anda yang berhasrat nak buat header sendiri, ni antara tips yang saya boleh kongsi dengan anda untuk jadikan header anda ni cantik molek je terletak, bi idznillah.

1. Tahu lebar blog

Benda penting supaya header anda cantik terletak adalah dengan mengetahui lebar blog anda. Kalau tak tahu, nanti tak cantiklah header tu yep. Terbesar atau terkecil sangat. Senget benget situ sini. Haa kan boleh menyebabkan tekanan tu. Nak tahu lebar blog senang je.

Blogger > Template > Customize > Adjust widths

Dekat situ, akan dinyatakan lebar blog anda di bawah tajuk 'Entire Blog'. Kalau lebar blog anda 970px, maka time nak buat header tu, widthnya kena 970px dan ke bawah lah yep. Nak lebih 970px pun ok je. Ikut taste sendiri lah ye. Mana yang berkenan tu, buatje. Awak punya kan. Tadehal.

2. Background transparent

Selalunya kalau saya buat header yang backgroundnya transparent, saya dah ada basic background transparent tu sendiri. Jadinya, saya tinggal edit semuanya dekat Photoscape. Basic background transparent tu saya buat sendiri dekat GIMP 2. Mudah je. Sebelum tercetusnya idea ni, punyalah gigih saya buat header dengan background putih, pahtu pi edit dekat GIMP 2 untuk transparentkan backgroundnya. Apakepayahnyalahkan. Alhamdulillah syukur dapat idea nak buat basic background transparent tu. Mudah je kerja saya nak buat header (emoji sengih)

Jadi, kalau anda nak memudahkan kerja ataupun lebih tepat lagi untuk memudahkan anda takpayah nak susah-susah, buat je dulu basic background transparent ni. Bagi yang takde GIMP 2 dan Photoscape, boleh gi download yep. Search je dekat google tu. In Shaa Allah, muncullah depa.

----

Saya rasa setakat ni jelahye tips yang saya mampu kongsi buat masa ni. Semoga dapat membantu anda yang tengah nak berjinak-jinak buat header dan perkemaskan lagi headernya. Ganbatte ne!

Tips

Diizinkan untuk  share. Jika saya tak sertakan sumber asal, harap maaf. Jika anda mahu copy and paste tips di sini, harapnya anda dapat sertakan sumber asal dan creditkan juga kepada blog ini. Ohya. Mohon untuk comment di post tersebut jika anda pakai tips tu ye. Terima kasih.

*********************************************************************************

Tutorials

Diizinkan untuk guna dan share. Jika saya tak sertakan sumber asal, harap maaf. Jika anda mahu copy and paste tutorials di sini, harapnya anda dapat sertakan sumber asal dan creditkan juga kepada blog ini. Ohya. Mohon untuk comment di post tersebut jika anda pakai tuto tu ye. Terima kasih.

*********************************************************************************

MUSIC PLAYER

1. Billy Player

Recipe

Diizinkan untuk share pada yang lain melalui pelbagai medium. Bagi resepi yang saya tak sertakan sumber asalnya, harap maaf ye. Jika anda mahu copy and paste resipi di sini, harapnya anda dapat sertakan sumber asal dan creditkan juga kepada blog ini. Ohya. Mohon untuk comment di post tersebut jika anda pakai resipi tu ye. Terima kasih.


*********************************************************************************

KEK
1. Kek Coklat
2. Kek Mentega Elite
3. Butter Cake


ROTI
1. Pizza Roti


FROSTING
1. Cream Cheese

Tuesday, July 19, 2016

Tenang je.


Assalamualaikum warohmatullah semua. Lamanya tak jenguk blog ni. Rindu gak tapi busy dengan kehidupan sendiri (baca: buat-buat busy). Sebenarnya aku masih tak sambung belajar mana-mana lagi. Ohya. Aku ni lepasan SPM 2015. Alhamdulillah. Rezeqi nak sambung belajar awal takde. Tapi takpe. Allah knows best, kan?

Macam biasa, kalau kita jumpa orang, kadang-kadang ada yang rajin nak beramah mesra dengan kita. Soal itu ini, kan. Takpe. Depa ambil berat dan nak beramah mesra dengan kita. Sangka baik yep. Jawab sekadar yang mampu. Tenang je. Dalam hati ni, Allah je tahu. Fuh.

Peringatan untuk aku juga. Apa-apa yang terjadi, tenang je. Allah kan ada. Manusia ni kadang tak faham pun apa yang kita nak. Faham gitu-gitu aja. Ilham daripada Allah. Jadi, kalau rasa manusia ni tak dapat nak faham apa yang kita nak sampaikan, diam je. Tak perlu bagitahu sebab at the end, kita yang akan kecewa sebab mereka tak faham betul-betul kehendak kita.

Ada orang, suka share apa-apa dengan manusia lain. Ada yang sebaliknya. Everything has pros and cons. Buatlah apa yang kita fikir terbaik buat kita. Selebihnya, kita serah dekat Allah sambil diiringi doa secara istiqomah(berterusan dan berkekalan).

Harapnya semua tenang aja ye.

p/s: Mohon doa daripada kalian agar aku dapat sambung belajar di tempat yang terbaik, mempunyai bi'ah(suasana) solehah(baik) dan Allah redha dengan tempat tu. May Allah bless all of us!

"Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"―Surah Ar-Ra'd, ayat 28.