} -->

Tuesday, October 6, 2020

Ternyata...

Credit : Tumblr leahberman

Ternyata, aku masih rindu. Her sarcastic words, her answers and everything. Kau antara orang yang bantu aku untuk sampai ke tahap ini. I showed you my progress and you said something that I still remember until now. Tak tahulah sebab apa aku terlalu attached dengan kau. Sebab kau adalah kau, kot. Haha entahlah.

Tiba-tiba teringat dekat kau. Pastu bila baca balik post aku sebelum-sebelum ni, lagilah teringat. Kadang-kadang aku dengar lagu yang kau suggest dekat aku. Putar balik memori dulu-dulu. Gitu.

Ayat kau yang paling aku ingat; Biar hilang aku. Jangan hilang Dia.

Terima kasih daripada awal sampai akhir. Hakikat yang sebenar-benarnya, hanya Allah yang tahu. Aku kadang-kadang rasa lawak jugak dengan kita ni. Takpelah, sampai sini je untuk kali ini.

Adios.

Wednesday, August 5, 2020

Kembali semula.


    Aku senyum. Betul, tidak mudah untuk melepaskan seseorang atau sesuatu yang kita sudah selesa dengannya. Tapi, tidak mustahil untuk mendidik diri belajar melepaskan dan melangkah pergi menyambung hal-hal yang lebih penting. Bagi aku, untuk melepaskan itu, tidak perlu untuk membuang semua kenangan dan memori yang dibina bersama.

    Terkadang, memori-memori itu akan datang tanpa diduga dan menyebabkan aku tersenyum sendiri. Alahai, rindunya detik waktu ketika itu, Pada mulanya, hati remuk memikirkan dia sudah tiada. Hal disebalik itu, tidaklah aku mahu ceritakan kerana sungguh complicated. Itulah dia, sebagaimana yang aku pernah beritahu sebelum ini, jangan bergantung harap pada manusia dan mengharapkan perhatian dia.

    Berpada-pada dalam memberi dan menerima. Pada hakikatnya, bukan milik kita. Perkara yang telah berlaku itu membuatkan aku lebih berhati-hati. Tidak terlalu bergantung pada manusia. Kalau dia ada, adalah. Kalau tiada, tak mengapa. Bukan perkara besar pun. Hidup ini semua ada kepentingan masing-masing. Aku juga belajar, benda yang kita miliki dan bakal miliki, selama-lamanya bukan hak milik mutlak kita.

  Perlu belajar untuk bersedia menerima dan melepaskan. Barulah tidak rasa terlalu kehilangan bilamana sesuatu itu tiada. Bila difikirkan kembali, perkara itu membentuk aku yang sekarang. Tidak banyak, sedikit pun jadilah. Dan sekarang menginjak dewasa, aduh tidak mudah. Semakin lama semakin mencabar. Eh, nama pun kehidupan. Perlu sebatilah dengan ujian, kan?

   Bersikap sederhana, memberi dan menerima. Tak terlalu sayang, tak terlalu mengharap dan tak terlalu memikirkan manusia. Banyak lagi yang perlu ditempuh, fuh. Bismillah!

    Sekian, coretan saya hari ini. Rindu nak menaip. Bye! Assalamu’alaikum.