Bahan-bahan A
· 3 biji telur gred A/4 biji telur gred B – (Nurin pakai 4 biji telur ayam kampong)
· 1 cawan gula kastor (boleh kurangkan kalau tak nak terlalu manis)
· ½ cawan minyak masak
· ½ cawan susu pekat
· 1 suduteh esen vanilla
· ½ cawan serbuk koko (diayak)
Bahan-bahan B
· 1 cawan tepung gandum (diayak)
· 1 suduteh baking powder (diayak)
· 1 suduteh soda bikarbonat (diayak)
· ½ cawan air panas
Step – step
p/s : pre-heat oven after 50% adunan nak siap.
1 . Pukul telur dan gula menggunakan mixer (kelajuan sederhana-high) sehingga gula hancur. Nak pakai blender pun boleh.
2 . Masukkan minyak dan susu pekat . Mix hingga sebati.
3 . Masukkan serbuk koko dan esen vanilla. Mix hingga sebati.
4 . Masukkan Bahan-bahan B(yang telah dicampur di dalam bekas lain) ke dalam bekas Bahan A . Mix sehingga adunan kelihatan likat dan gebu.
5 . Akhir sekali , masukkan air panas. Masukkan sedikit demi sedikit. *Hati – hati ketika mix adunan sebab adunan mudah terpercik*
6 . Gris/sapukan mentega di atas permukaan loyang yang anda gunakan. *mentega diletakkan supaya kek tak mudah melekat ketika sudah masak*
7 . Bakar atau Kukus sehingga masak . Lebih kurang 1 hour . 175○C. Guna api atas bawah.
After kek dah masak(oven dah berbunyi ting!), biarkan kek seketika. Jangan terus angkat. Lebih kurang beberapa minit. Ambik lidi/pisau kecik, cucuk dekat bahagian tengah kek. Jika adunan telah masak sepenuhnya, adunan tidak akan melekat di lidi/pisau kecik. Kalau ok, sejukkan kek, but jika masih tak masak sepenuhnya, bakar lagi sehingga masak. Agak-agak ye masanya.
p/s : Sebelum apply topping kek, kek perlu sejuk sepenuhnya/kurang panas.
***
Topping coklat
Bahan-bahan
·3 sudu besar susu pekat
·¼ cawan serbuk koko (diayak pakai tapis)
·2 sudu besar butter
·3 sudu besar susu segar
Cara caranya
Double-boiler tanpa guna stove
1 . Masukkan semua bahan topping dalam satu mangkuk metal *boleh guna apa apa mangkuk(sederhana / besar) asalkan yang boleh serap haba*
2 . Guna mangkuk metal sederhana/besar. *agak agak mangkuk yang tak boleh masuk ke dalam bekas kedap haba*
3 . Panaskan air sehingga takat didih paling tinggi. *guna cerek electric/cerek atas api*
4 . Masukkan air yang masih panas itu ke dalam bekas kedap haba *Contoh : tempat letak ais ketul*
5 . Letakkan mangkuk yang berisi adunan ke ATAS bekas kedap haba.
6 . Kacau selalu hingga adunan likat dan pekat. Jika terlalu likat, tambah beberapa sudu susu segar. Biarkan topping seketika supaya sejuk .
***
Macam mana letak Topping atas Kek ?
1 . Letakkan sedikit topping di bahagian tengah kek dan ratakan dengan spatula. Ratakan bahagian atas permukaan kek dahulu. Letak topping dekat permukaan atas kek jangan terlalu banyak. Takut tak cukup untuk tutup satu kek. Agak-agak.
2 . Then lepas dah siap letak topping semua, check balik topping dekat kek. Kalau ada lompong/tak kena topping/nipis sangat, adjust.
***
INFORMATION :
1. Cawan yang digunakan hendaklah sama saiz. Jangan sukat tepung pakai cawan kecik, sukat gula kastor pakai cawan besar. Kena sama saiz.
2. SK: sudu kecil, SB: sudu besar.
Semoga berjaya, bi idznillah(dengan izin Allah).
Semoga berjaya, bi idznillah(dengan izin Allah).
No comments:
Post a Comment
Mind your words. Thank you.