Assalamualaikum.
fuh. but first, let me say; Allahumma Balighna Ya Ramadhan! Moga dipanjangkan umur dan diri sihat fizikal serta mental untuk berpuasa dalam bulan Ramadhan In Shaa Allah!
Ok. Ni nak kata je. Nak share je. Bukan nak bash pihak ini pihak itu so, no hard feeling lahyer anak anak.
Pada pandangan aku, remaja zaman sekarang makin teruk. Bukan remaja je. Budak kecik pun sama. Bukan apa. Minda dah tak macam orang dulu-dulu. Straight to the point, aku nak bincang pasal zina. Iye zina. Mungkin bila sebut zina ni, semua fikir yang zina tu bila bersetubuh dengan yang bukan mahram. Iye memang gitu tapi zina ada banyak cabang. Yang aku nak kata dekat sini fasal zina hati.
وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ فَـٰحِشَةً۬ وَسَآءَ سَبِيلاً۬ (٣٢
"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu
perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." -Surah Al-Israk: ayat 32
I bet that yang semua baca buku but bukan buku sekolah tu. Buku lain such as novel, puisi and so on. Kan? Ok now. Lately ni, buku-buku tu dah tak macam buku dulu-dulu. Penulisan dia yeah aku ngaku yang ayat dia best but pengisian dia tu ha. Spoil Ya Allah. Cerita fasal hm benda-benda yang blue. Tahu kan? Bukan blue colour but blue--pornography.
Ya Allah. Certain buku memang ada letak 18tahun ke atas but ada je yang langgar rule tu. Pejadah ah gitu. Orang lain ingat, kita baca buku yang adalah jugak manfaatnya tapi sedangkan pengisian buku tu ke arah yang memudaratkan. Memang hanya tulisan tapi kita yang manusia ni ada otak, ada minda, ada hati kan? Kita mampu untuk bayangkan sesuatu hanya melalui tulisan. Kan?
Sabda Rasulullah S.A.W: "Hindarilah zina sebab zina menimbulkan enam kesan buruk.
tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan,
menyebabkan fakir dan mengurangi umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina
menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka." -Hadis riwayat Baihaqi
Dah kalau ayat-ayat dia menjurus ke arah benda-benda yang tak senonoh, otak fikir apa? Minda terbayangkan apa? Hati terasa getarannya macam mana? Dan kalau dah sampai timbul syahwat, ok dosa dah. Dosa. That's what we call zina hati! Pikiaq benda, pikiaq bentuk ini bentuk itu. Dah dosa. Allahurabbi. Bila parents tanya, tak keluar ke outing ke lepak ke, kita jawab nak baca buku and parents pun expect yang kita baca buku biasa-biasa je. Alah macam cerita thriller, cintan cintun, ukhuwah and so on but hakikatnya? Duduk dalam bilik, ambik buku, selak muka surat, baca bait-bait aksara dan fikiran mula membayang. Ha!
Iye. Memang we are alone at our bedroom but mungkin lupa kot, kotlah yang Allah tu Maha Mengetahui, Maha Melihat, Maha Tahu Segala even kita tak ucap. Manusia tak nampak tapi Sang Pencipta manusia nampak. Kan gerun tu. Malaikat kiri kanan dah standby nak catit apa yang kita buat. Kadang diri ni lupa. Lupa yang Dia tu ada bila-bila aje.
Aku tak tuju dekat kauorang aje. Ni ha tuju dekat kitaaa semuaaa. Kalau dah tahu buku tu tak elok, lucah senang kata, stop. Jangan nak mengada pergi baca. Jangan. Kotor hati. Dah tahu teruk, stop baca ok. Tolong lawan nafsu sikit. Jangan asyik nak mengekor je apa nafsu kata. Cuba tabahkan hati tu! Cuba! Selagi ajal belum tiba, cuba! Tak rugi.
"Man sobaro, zafira!"
-"Siapa sabar, dia beruntung!"-
Moga saling berpesan-pesan dekat yang lainnya. Tegur dengan cara yang berhemah. Tegur bukan hina. Tegur yang tidak mengaibkannya. Dah tegur, kita do'a. Moga Allah permudahkan segala In Shaa Allah kerana hati ni Dia pegang. Moga bermanfaat.
Wallahua'lam.
p/s : kadang bukan buku je. dekat social media pun. gambar pun sama. sama-sama muhasabah diri sendiri.
No comments:
Post a Comment
Mind your words. Thank you.