Angin sepoi-sepoi bahasa menderu
masuk ke dalam ruang bilik itu sebaik sahaja Nadia menguak jendela. Nafasnya
dihela perlahan sambil mata menala pandang langit yang membiru. Hatinya terasa berat.
Teringat akan perbualannya bersama Shuhada sebentar tadi.
“Eyyo Nad. How are you
there? Aku harap kau sihat walafiat,” kata Shud.
Nadia mengoyak sengih sumbing. “Thanks
for your concern, Shuhada. Alhamdulillah, sihat. Apacer telefon aku
ni?”
Jeda. “Wahai Shud... kemanakah kau
menghilang haa...” Suara Nadia dibuat-buat persis gaya nenek-nenek.
“Sebenarnya, aku telefon ni, ada
benda penting nak habaq dekat kau.” Bicara Shuhada membuatkan Nadia
tertanya-tanya.
“Ha, apadia?” Nadia menyoal kembali.
Shuhada menelan liurnya. “Ayah aku
kena pindah dekat Kelantan sana.” Ringkas. Padat.
Nadia mengerutkan dahinya. Dah kalau
ayah Shud kena pindah pergi sana, apa konklusinya? Aku terasa blur sekejap.
“Kau dengar tak ni? Ayah aku kena
pindah...” Shuhada mengulang kembali percakapannya. Dia ni paham ke idok
aku nak kata apa? Adeh.
“That means, we will be separated?
Gitu?” Nadia menjawab teragak-agak.
Shuhada menghela nafas perlahan.
Hatinya seakan-akan sebak dan tekaknya mula terasa berpasir. Sedih.
“Kinda.”
Benih-benih jernih telah mula
mengalir di pipi Nadia. Esakannya tidak terlalu kuat tetapi cukup jelas untuk
Shuhada mendengarnya.
Shuhada berdehem untuk menstabilkan
kembali suaranya yang seakan sudah payah untuk diluahkan. “Nadia. Janganlah
sedih. La tahzan. Aku hanya pindah ke sana tapi cukup kau tahu yang,
kenangan antara kita tak akan hilang, tak akan pudar selagi ingatan kita masih
utuh dan kukuh terhadap diri masing-masing. In Shaa Allah.”
“Taklah. Aku mana ada sedih. Aku
cuma rasa kehilangan orang yang nak aku sakat tiap petang depan tasik yang kita
selalu lepak tu. Aku akan rindu benda tu.” Nadia mengukir senyum tawar sambil
duduk memeluk bantal Smiley hadiah pemberian Shuhada kepadanya semasa
hari lahirnya tahun lepas.
“Amboi kau. Hat tu yang kau
rindu je ey. Tampo kang.” Ketawa pecah.
“Akan rindu.” Shuhada menyatakannya
sambil menahan sebak yang semakin sebu di dada.”
“Esok kita jumpa tau? In Shaa
Allah.”
Nadia mengayun langkahnya ke arah
rak buku. Buku yang diingini dicari-cari di dalam celahan-celahan buku yang
tersusun rapi. Ok jumpa dah!
Helaian demi helaian diselak Nadia. Tajuk
buku yang dipilih Nadia adalah buku Dalam Dekapan Ukhuwah karya Salim A.Fillah.
Sampai dihelaian yang diingini, kata demi kata dibaca dan dihadamkan dengan
penuh konsentrasi. Nadia seakan tertarik akan suatu bait ayat di dalam helaian
itu.
“Ya. Kubaca
lagi firmanNya; sungguh tiap mukmin itu bersaudara. Aku makin tahu,
persaudaraan tak perlu dirisaukan. Karena saat ikatan melemah, saat keakraban
kita merapuh, saat salam terasa menyakitkan, saat kebersamaan serasa siksaan,
saat pemberian bagai bara api, saat kebaikan justru melukai, aku tahu, yang
rombeng bukan ukhuwah kita, hanya iman-iman kita yang sedang sakit atau
mengerdil, mungkin dua-duanya, mungkin kau saja tentu terlebih sering,
imankulah yang compang-camping.”
Kesentapan dekat hati itu terasa.
Benarlah. Kadang bukan ukhuwah itu yang terasa menjauh. Sebenarnya, iman itu
yang kian merapuh. Biarlah sejauh mana sahabat itu berada, jika iman sesama
sendiri masih utuh dan teguh, ukhuwah yang terjalin akan tetap kukuh walau
hancur dilanda badai sekalipun. In Shaa Allah!
***
Saat mata bertentang mata,
Saat salam pemula bicara,
Saat hati terdetik rasa,
Inilah ukhuwah yang diidam-idamkan antara kita.
Kau jauh pergi menyendiri,
Katanya mahu melupakan diri ini,
Tapi harus kau ingat wahai sahabat sejati,
Kenangan yang terbina,
Akan sentiasa tersemat di hati.
Wallahu a’lam.
Assalammualaikum.
ReplyDeleteAlhamdulillah, kta2 tu bgitu trkesan dlm lbuk hti. Syukran kak Nurin .. Moga ALLAH redha :)