} -->

Saturday, June 20, 2015

Ramadhan Al-Mubarok.

Allah berfirman;

Maksudnya: ”Wahai orang-orang yang beriman, telah difardhukan puasa ke atas kamu, sepertimana difardhukan ke atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa". [QS Al-Baqarah, 2:183]

Assalamualaikum warohmatullah, muslimin wa muslimat yang dirahmati Allah sekalian.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Kita masih diberi peluang untuk meni'mati ramadhan pada tahun ini. Moganya, ramadhan kali ini lebih baik daripada ramadhan sebelumnya.

In Shaa Allah, Nurin nak kongsikan satu benda yang amat bermanfaat untuk semua.

[1] Melewat-lewatkan sahur.
Mengapa? Kerana melewat-lewatkan sahur merupakan sunnah Rasulullah SAW.

Dari Anas, beliau meriwayatkan dari Zaid bin Thabit,  telah berkata:

Maksudnya: ”Kami telah bersahur bersama dengan Nabi Muhammad SAW kemudian bangun untuk bersolat. Aku telah berkata(Anas) : Berapa lama tempoh antara azan dan bersahur? Dia (Zaid) menjawab: Dengan kadar 50 ayat(bacaan Al-Quran)".[HR Muslim:1097]

Kadar 50 ayat bacaan Al-Quran adalah sama dengan 10minit.

Jangan pula anda bersahur awal. Kadang, ada yang bersahur pukul 0000hours. Itu bukan sahur tapi supper.

Mungkin ada juga yang akan berkata bahawa; Mengapa perlu bersahur? Penting sangat ke? Banyak ke fadhilatnya(kelebihannya)?


Nabi Muhammad SAW bersabda;

Maksudnya: ”Bersahurlah, sesungguhnya, pada makanan sahur itu ada keberkatan".[HR Muslim:1095]


Dari ‘Amru bin Al-‘As, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda;

Maksudnya: ”Perbezaan antara puasa kita dan puasa ahli kitab adalah makan sahur". [HR Muslim:1096]


Harapnya, dengan sedikit info ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita semua. Kalau tak mampu buat semua sunnah Nabi Muhammad SAW, jangan tinggal semua.


Rujukan: Tazkirah daripada Ustaz Ahmad Noor Zaimi dan website ini.


Wallahu a'lam.


No comments:

Post a Comment

Mind your words. Thank you.