Suasana petang ini mendamaikan dan cuaca terlihat baik-baik sahaja. Tidak ada tanda-tanda hujan mahu turun. Waktu terbaik untuk aku keluar dari bilik dan merehatkan mindaku yang serabut. Aku pandang langit. Cantik sekali. Teringat akan bait-bait kata suatu ketika dahulu, "langit itu kelihatan indah dan bersih kerna tiada manusia yang hidup di sana. Suci dari tangan-tangan kotor".
Jujur. Aku rindu. Aku rindu akan tenangnya hati ini. Hidup aku terlalu serabut memikirkan hal-hal dunia yang entah bila mahu habis. Terkadang benci itu hadir dalam diri. Terasa mahu campak segala apa yang ada di depan mata untuk memuaskan rasa. Tapi, aku sedar yang itu takkan membuahkan hasil apa-apa. Hanya sekadar nafsu terlaksana namun ketenangan masih tidak mampu dimiliki.
Jam menunjukkan waktu semakin dekat dengan waktu solat Maghrib. Hati ini terdetik. Sudah lama tidak merasa suasana solat berjemaah, mendengar azan secara terus daripada bilal. Baiklah. Hari ini aku mahu solat sama-sama di sana. Aku lebih selesa memilih untuk pergi berseorangan ke sana. Sekarang aku di fasa itu, mahu menyendiri dan tidak mahu serabut dengan manusia lain. Seketika aja barangkali.
Tiada orang di saf perempuan. Tak mengapa. Mungkin itu yang terbaik untuk aku bersendiri memahami diri yang sudah lama sesat ke ceruk mana. Azan mula berkumandang. Sayup-sayup kedengaran dan semakin jelas di pendengaranku. Allah. Setiap apa yang dilafazkan oleh bilal, menusuk terus ke dalam hati. Aku rindu perasaan ini. Perasaan memahami setiap lafaz itu dan hati mula berdegup kencang. Mata mula berair tetapi aku menahannya. Rindunya aku pada-Mu ya Rabbi.
Iya, aku sedar. Sebenarnya yang hilang daripada diri aku sendiri adalah ketenangan dan kedamaian. Aku terlalu leka dengan tugas-tugas harianku di tempat ini sehinggakan rohani aku kering kontang tidak diisi. Sedih. Kunci pada semua itu hanya boleh dapat bilamana aku taqarrub, mendekatkan diri aku pada Dia.
Sudah-sudahlah membawa diri jauh daripada Tuhan. Pusing ceruk mana, pergi sejauh mana pun, pada akhirnya kau pasti akan temui, Allah SWT jawapannya. Cuma terkadang diri sendiri yang menidakkan. Tidak mahu terima hakikat hidup, hakikat yang sebenarnya kita hanya perlu Dia untuk menjalani kehidupan yang sangat mencabar ini.
We are not belong in this dunya.
Cuma itulah, perjalanan hendak ke sana itu, kita perlu hadap bermacam-macam ujian. Sabar. Moga tabah. Allah kan ada. Al-Quran dan As-Sunnah jangan lupa ya.
Semoga sama-sama dapat menjadi diri sendiri yang lebih baik daripada sebelumnya. Jangan pernah putus asa daripada rahmat Allah.
No comments:
Post a Comment
Mind your words. Thank you.