} -->

Monday, September 15, 2014

A story [2]


“I am going away. Hidup baik-baik.”

Matanya memandang laut yang terbentang luas di hadapan.

“But, why? How dare you do this to me.” Suaraku mulai sebak.

Dia senyum. Senyum tu. Aku rindu. Sungguh.

“Ada sebab.” Suaranya senada.

Aku melihat raut wajah dia. Tenang tapi tak sama dengan hati dia. Sakitnya semakin melarat. Dia tabah.

“Sebab apa?” Aku bertanya dia.

Dia membetulkan letak niqabnya. Agak sedikit senget akibat daripada angin yang menyapa. Nyaman.

Dia mengelus lembut tanganku dan dibawa ke dalam genggamannya. Matanya memandang aku persis anak kecil. Mata hazelnya. Subhanallah.

“Sebab sayang. Moga Allah jaga kau dan yang lainnya. Aku tak mampu tapi Dia mampu. I am a bad friend. So bad. Sorry. Go away and find another friend that can lead you to His Jannah. Go.”

Aku kaget. Bentengku seakan-akan mahu pecah dan akhirnya, menitis jua air jernih membasahi pipiku. Aku menangis persis anak kecil yang akan ditinggalkan ibunya.

Dia mendakap aku. Erat. Seakan tidak mahu dilepas. Kuat. Tangisanku semakin kuat kedengaran.

“Jangan pergi. Aku tak sanggup lepaskan kau. Jangan. Sampainya hati k-kau,” kata aku dengan suara yang sebak.

Dia mengusap-ngusap belakang badanku. Tenang tapi entah. Air mata makin laju mengalir. Habis basah niqab yang dipakai. Mahu lencun.

“Sayang. Aku cuma minta kau lepaskan aku. Aku tahu kau sakit sebab aku. Sebab sayang, aku kena pergi.” Dia tersenyum walaupun hakikatnya hanya mata hazelnya yang terdedah. Aku tahu yang dia... senyum.

Aku merungkaikan pelukan. Aku memandang dia. Wajahnya tenang. Bagai tiada apa-apa yang berlaku walaupun hakikatnya, ada.

“Tapi kau kena janji yang kau akan datang balik. Ok?”

Dia menala pandang ke atas. Langit. Biru.

“Aku tak pasti. Stop put a high expectation on me.”

Aku akur.



Telefonku berbunyi menandakan ada notification masuk. Aku mengambilnya dan screen di swipe ke atas.

“Oh. Wechat. Harapnya dia.”


From : Ad ‘95
Shes gone. Al-Fatihah...


Hati aku bagai disentak. Berkecai. Tekak terasa pasir. Fikiran aku terasa kosong.

Kosong.

“Innalillahi wa inna ilaihi roji’un.”

Ucapan tahlil aku ucapkan. Al-Quran kucapai. Helaian Al-Quran diselak dan terhenti pada muka surat 440.


Yaasiin.


Suara kualunkan memenuhi suasana pada waktu solat Jumaat itu. Walaupun sebak, aku gagahkan jua. Dengan air mata yang tidak berhenti mengalir, aku berjaya membaca daripada awal sehingga ke akhir surah. Alhamdulillah.

Aku bangun daripada dudukku. Al-Quran kuletakkan di atas meja. Aku membawa diri ke tepi tingkap yang terbuka. Aku memandang langit. Langit yang... biru.


“Sebiru hari ini tu lagu fav aku.”
“Faham erti J
“Dan kau akan tahu nanti.”
“Hidup baik-baik.”


Segala kata yang dia pernah ungkap, terimbas kembali dalam memori aku. Bagaikan pita rakaman yang sedang memainkan isinya. Rindu, ya Rabbi.

“Allah tahu apa yang Terbaik untuk kau. Aku tak lepaskan kau. Aku cuma, serah kau dekat Dia,” kata aku suatu masa dahulu.

Rupanya, ini yang terbaik untuk kau, sahabat. Rindu, sayang, tu sentiasa ada selagi Dengan Izin Dia. Moga kau tenang di sana. Moga tergolong dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa.


Al-Fatihah.
140801.1330hrs.
Rindu.



wallahu a’lam.

1 comment:

  1. baca pun boleh sebak nie :( . tak ramai sahabat mcm tu

    ReplyDelete

Mind your words. Thank you.