} -->

Saturday, September 20, 2014

A story [3]


Telefon di atas meja kucapai. Screen diswipe ke atas. Dialer ditouch dan nombor didail. Wuish. Dah rindu betul ni, kata hati aku. Talian disambung. Aku menunggu talian untuk diangkat di sebelah sana.

Hello?

Aku mengoyak sengih.

“Assalamualaikum. Is this Im?” soal aku.

Suasana terasa sepi seketika.

Yes i am. Who is this?” tanya dia kehairanan.

Aku menahan gelak. So funnylah my dear ni haha comel!

Hi my long lost sister. How are you doing? Imma Nurin ssup!” ujar aku dengan penuh ceria.

Ketawa pecah. Mata aku menala pandang keluar tingkap. Langit. SubhanAllah cantik! Biru. Aku senyum.

Yezza. Imma ok saja!” Dia jawab.

Aku terdiam seketika. Rindu.

“Alhamdulillah. How is your study? Is it okay?” tanya aku prihatin. Saja nak korek rahsia haha ok tak lawak.

My study? So far so good.

Aku mengerutkan dahi. Eh dia ni taknak tanya khabar aku ker? Eii sabar je ler.

“Rindu,” kata aku sepatah. Manja.

Dia diam. Agak lama. Aku menjauhkan screen daripada telinga untuk melihat samaada talian masih bersambung ataupun tidak.

Masih.

Hello? Are you there my dear Im?” tanya aku kehairanan.

“Aha yes i am still here. Pe?”

“Rindu,” kata aku sepatah. Mengulang kembali ayat yang aku kata tadi. Mungkin dia tak dengar.

“Oh. Okok.”

Ouch. Sakitnya hati ni. Dia ni takde perasaan ker? Geram pulak adomak.

“Kau tak rindu aku ker?” soal aku.

“Entah.”

Aku menghela nafas panjang. Rasa mahu dihempuk saja smartphone ni.

“Kenapa tak rindu? Lama kot tak jumpa, tak borak. Nanges ah gini.” Suara aku seakan-akan merajuk.

Dia ketawa.

“Rindu tu ujian. Sakit rindu pun ujian", kata dia. Tenang.

Aku terkedu. Apa dia ni.

“Wei apa ni. Sakitlah hati ni ha... ha...”

“Oh sakit hati. Jangan pernah anggap aku wujud, so, kau mungkin takkan sakit,” kata dia.

Pintu dikuak. Muka ibu menyapa pandangan.

“Buat apa tu?” tanya ibu.

Call kawan.”

Ibu mula melangkah masuk ke bilik. Bahuku dipegang.

“Ada kawan nak jumpa. Dekat family room,” ujar ibu dengan riak tenang. Ceria. Eh.

Timbul persoalan dalam benak fikiran aku. Siapa pulak datang ni? I bet that all of my friends were going to vacation. Siapa pulak eh yang nak main surprise-surprise ni. Takde inform aku apa-apa pun.

Aku bangun dari dudukku dan melangkah keluar dari bilik. Kaki kuatur ke ruang tamu dengan penuh debaran. Panggilan telefon tadi, masih bersambung.

Hold on,” kata aku.

“Ok.”

Setibanya aku di family room, aku terpaku. Lidah aku kelu. Apa yang aku nampak depan mata aku sekarang, ada seorang perempuan, all in black, sedang duduk di atas sofa .

Who are you?” soal aku kehairanan kepada perempuan tu. Hitam?

Dia memalingkan mukanya menghala ke aku.

Aku kaget.

Mata tu.

Mata tu.

Hazel.

Hi,” ucap dia dengan slang.

Aku memandang kembali telefon yang sedang kupegang. Masih bersambung.

Where are you right now, Im? I bet that you are not in Malaysia right?” soal aku.

I. Am. In. Malaysia. I am infront of you. I am in your house and you look so... shocked?” kata dia sepatah-sepatah.

Aku macam tak percaya. Ni mimpi ker? Kalau mimpi, wuish indah betul! Kalau realiti, indah infinity and beyond! Aku meletakkan telefonku di atas meja kopi. Aku berlari-lari anak dan terus memeluknya. Erat! Sangat!

“Eiii rindunya Ya Allah Ya Rabbi! Apa buat aku gini ni eiii so surprise you know!” kata aku sambil memeluknya. Macam taknak lepas!

“Haha kau ni. Aku kan handsome so thats why aku pandai buat gini haha,” ujar dia sambil membalas kembali pelukanku.

“Eii koya.”

“Kau pun sama. Koya.”

“Kita geng koya aaa eiii rindu sangat eiii wuish!”

“Saja datang nak jenguk buah hati ni,” kata dia sambil merungkaikan pelukan.

Kami sama-sama duduk di atas sofa. Ibu langsung tidak kelihatan. Dekat dapur barangkali. Aku memegang tangan dia dan membawanya ke ribaku. Seakan tidak mahu dilepas.

“Kenapa datang balik after 3months?” soal aku dekat dia sambil bermain dengan kukunya.

Dia membuka ikatan niqabnya. Dia senyum. Manis. Sangat. Mahu kena diabetes melitus gamaknya!

“Oh. Saja. Sebab nanti nak pergi selama-lamanya? Tunggu okok,” kata dia lembut. Tenang.

Aku diam. Aku hanya mengukir senyum. Biasa dah gini. Aku mula teringat sesuatu!

“Wei! Where is my phone eh? I didnt end call lah tadi Ya Allah habis credit aku,” jerit aku.

Im gelak. Gelak sangat. Galak sungguh.

“Haha you are so koya lah girl. Relax ler. Aku dah end call. Eii kedekut,” dia mencucuk pinggangku dengan jarinya. Aku melatah.

“Astaghfirullah!”

Aku memandang dia sambil membuat muka seakan-akan emoji di apps Whatsapp yang toya tu.

“Ko dah pehal main cucuk-cucuk ni.”

Dia senyum.

Indah sungguh hari ini. Terima kasih Ya Allah atas segala yang Engkau beri pada aku!



Wallahu a’lam.

1 comment:

Mind your words. Thank you.