Rabaknya hati tu taksama macam remuknya kertas. Taksama
macam pecahnya gelas. Taksama langsung macam kereta remuk ditindas-tindas. Hati
tu bila rabak dek kerana terlalu menyerap tiap bait kata orang-orang, makin
lembik, rabak pun boleh kira teruk jugak. Hailah hati.
Betullah. Bilamana hati tu dahmudah nak terasa, senang
kata; mudah touching dengan segala benda, sungguh aku kata, payah dan
makin parah hendak dikawal. Bila sampai satu ketika, tekak terasa berpasir, lidah
kelu nak menghamburkan kata-kata, dada sebu taktahu nak bilang bagaimana, hanya
hati yang mampu tafsirkan segala benda dan hasilnya, itulah air mata yang deras
mengalir di pipi sang mangsa.
Dulu sudah dikata sebagai azam sehingga akhir nyawa,
mengalirkan air mata itu hanya sia-sia kecuali hanya untuk Yang Maha Esa.
Tetapi, ada suatu kisah yang aku mohon tidak dilupa sehingga jasad dimamah
usia, itu dia yang menyedarkan bertapa preciousnya setiap titisan air
mata.
Dan kini aku percaya dengan mereka yang pernah berkata;
menangis tu dapat ringankan sedikit rasa.
menangislah jika kau rasa sangat terseksa
.
menangis bukan tanda lemah tetapi menangis itu tandanya
seseorang itu sudah bertahan lama dan ingin menjadi kuat untuk abad yang
seterusnya.
Menangislah jika engkau tak dapat luahkannya dengan bait
kata-kata. Menangislah jika engkau rasa tiada siapa melayan apa yang kau kata.
Menangislah kerana dulunya leka dan alpa dengan apa yang ada. Menangislah jika
engkau hendak melembutkan kembali, mengikis kembali, semua karat jahiliyyah di
dalam hati yang sudah mati lagi basi.
Sungguh, menangis tu dapat express segala rasa. Hanya yang sudah rasa tahu menilainya bagaimana. Stop being too judgemental. Take some food from my plate and chew them. Then, talk. And you will be understand what i am talking and nagging about,
Sungguh, menangis tu dapat express segala rasa. Hanya yang sudah rasa tahu menilainya bagaimana. Stop being too judgemental. Take some food from my plate and chew them. Then, talk. And you will be understand what i am talking and nagging about,
Maaf atas segala salah silap kata. Moga Allah redha.
Barakallahu fik wa usratik!
Wallahu
a’lam.
No comments:
Post a Comment
Mind your words. Thank you.