} -->

Wednesday, October 30, 2013

Human-being nowadays.

Dulu kau jahil

Kau belajar untuk baiki diri kau

Makin lama kau makin berubah

Berubah sedikit demi sedikit

Orang sekeliling kau pandang serong dekat kau

Cakap itu ini

Tapi kau kentalkan hati kau

Sebab apa

Sebab kau percaya dan yakin yang Allah akan sentiasa lindungi hamba-hambaNya no matter what happend

But oneday, mungkin kau terlupa

Kau terpengaruh dengan anasir luar yakni orang-orang di sekeliling kau

Kau terlalu ingin menampakkan diri kau sebagai wanita yang moden gitu

Kau jadi kau yang dulu

Pakai baju tak cukup kain

Pakai tudung tak cukup labuh and tebal

Pakai seluar macam chewing gum yang asyik melekat tu – mengada nak tunjuk ‘tiang elektrik’ letu

Tunjukkan anggota badan kau yang telah dilabel oleh Allah yakni Aurat

Kau bangga

Sebab orang dekat luar puji kau itu ini

Orang cakap kau cantik nak mampos pakai pakaian macam ni

tampak kewanitaan sangat -.-


Mungkin iman kau tak cukup kuat

Terlalu suka mengikut dan terpengaruh dengan orang lain

Takpa

Selagi kau masih dipanjangkan umur

Kau takdak expired date untuk berubah dan bertaubat

Berubah ler sebelum ajal sampai.

and stop buat aksi menggoda tahap nak dapatkan perhatian orang


Sekian.


p/s : mungkin kau rasa pakai tudung pendek (even tuduung tu act labuh, kau pendekkan), baju nampak lekuk badan, seluar nampak bentuk paha-betis, tak nak pakai stoking bajet buruk ler tu kalau pakai and sengseng lengan baju sampai siku. wait. kata kau Islam. Takkan bab-bab Aurat pun belum khatam lagi -.-

Monday, October 21, 2013

Undang-undang tudung.

Assalamualaikum.


Perempuan zaman sekarang kan, hm cuba kau tilik betui-betui, diorang pakai tudung acane eh? Ada yang pakai tudung belit-belit, ada yang pakai tudung tapi macam tak pakai tudung. Hahh terasa tak (?) lol.


As muslimah act, kau patut tahu macam mana nak pakai tudung dengan mengikut syariat Islam. Eh bukan kemain syok sediri kau belit-belit tudung tu and lastly dah macam tak pakai tudung dah aku tengok. Macam sarang tebuan wkwkwk.


Firstly, kau kena scan dulu tudung tu dan buat analysis pasal tudung yang kau nak pakai or beli. Memang kalau nampak je tudung, terus rembat. Mentang-mentanglah tudung tu ada orang yang ‘famous’ pakai, semua nak rembat ha.


Kalau boleh or mesti dulu korang kena tahu ciri-ciri tudung yang mengikut syariat Islam:

[1] tak jarang macam plastic Tesco yang isi sayur tu;

[2] tak telus cahaya yang boleh menampakkan batang tengkuk anda;

[3] tak pendek macam tudung budak tadika heh.



If tudung korang ada ciri-ciri dekat atas tu, hah tudung tu amat selamat untuk korang gunakan ! Selamat wei ! Nanti takdaknye orang-orang dekat sekeliling kau dok tenung kau macam nak terkeluar biji mata diorang tu hah tengok korang pakai tudung yang tak ‘semenggah’ tu. Paham dok ni?


And bila korang pakai tudung tu, korang kena pastikan ye tudung tu labuh yang dapat menutupi bahu, belakang dan bahagian depan anda! Yang bahagian depan tu kena labuh macam korang letak tangan for solat tu. Paham dak?


Yang penting sekali tudung tu kena seimbang. Bukannya depan pendek, belakang kemain panjang. If tudung sekolah korang tu agaknyalah macam gitu, takpa, next year korang pilih tudung elok-elok yea.


Bagi peminat tudung bawal ni, korang kena tahu yang ada certain bawal ni cantik tapi kain dia jarang giler kemain. Perasan dak? Kalau dah perasan, takmo ler pakai. Buat dosa je yanggg. So time korang beli tudung bawal tu, korang kena pilih yang tak jarang tau! Btw, sekarang ada tudung bawal yang banyak corak tu hah. Jenis creepy tak silap. Lupa ler.


Conclusionnya, korang kena pilih tudung yang betul-betul ikut syariat Islam! Takmo ler nanti orang luar hina Islam semata-mata diorang jugde pasal pemakaian tudung.



***


Bagi perempuan yang suka pakai tudung bawal then mengada takmo pin, saja nak jimat pin lah kononyaaa, lebih baik kau pin elok-elok. Dekat bahagian batang leher depan kau tu pun kena pastikan takdak terowong (lubang) yang boleh menampakkan halkum kau yang omey angat tu ye. Kalau mengada jugak, meh pakai baldi. Terus tak payah pakai pin. Gampang!


Bagi yang suka pakai pashmina and etc, kau jangan nak saja-saja pendekkan bahagian depan dengan belakang. Asalnya pashmina tu punyaler labuh macam blanket tapi disebabkan nak nampak ‘moden’ lah konon, sengaja kau pendekkan sampai nampak semua benda dekat badan kau yang tak sepatutnya ditayangkan tu.


And Nurin prefer pakai tudung syria yang labuh tu dengan pashmina. Sebabnya, tudung syria boleh tarik ke depan for tutup bawah dagu and pashmina pulak dia labuh and tebal. So takdaklah nak gelabah main tarik-tarik tali dengan pashmina tu hah.


So apa pilihan korang?


Nak yang susah or yang senang?


Nak dapat perhatian orang or perhatian makhluk-makhluk di langit?



Think dear. This is about your aurah!


Nurin suggestkan korang tengok video ni!

 

p/s: korang boleh mutekan lagu blog ni dekat slide status dekat belah kiri

Tuesday, October 15, 2013

Hanya sebab...

Sebaiknya tak payah keluar,

Bila keluar buat sakit hati,

Bila dah target, terbayang pulak,

Bila dah siasat, ahahahaha lagi perit hati,

Yeah sebaiknya tak payah keluar,

Biar terperap dalam rumah buat apa yang patut,

Daripada keluar rumah buat mata pandang benda tak sepatutnya,

Hati pulak yang jadi mangsa - sakit,

Fikiran berkecamuk - hidup tunggang-langgang,

Tiap masa nak terbayang-bayang,

Fikir benda yang buat hati diasak rasa sakit,

Duduk termenung macam orang tak dak kerja,

Imbau balik apa perkara yang jadi,

Mengalir air mata jatuh ke pipi,

Rasa macam lawak bila menangis dekat benda yang tah amenda tah,

Bila orang tanya- kata tak ada apa-apa,

Bila lama dipendam - makin menusuk rasa sakit,

Hanya satu sebab - sebab kau keluar.

entry kali ni memang pelik sikit

Monday, October 14, 2013

Jom ubah ! Kita kan kuat !

Entry ni lebih ditujukan kepada kaum perempuan. Kaum lelaki pun boleh je untuk mengambil manfaat.


Zaman sekarang, kalau tak couple tak sah.
Orang yang tak couple dikatakan kuno.
Ewah-ewah, sukahati kau cop hokum ye.


Cuba kau fikir, punca couple ni amenda sebenarnya.


Punca pertama hm boleh dikatakan pengaruh zaman. Haha. Boleh pulak. Hati kau tu sebenarnya mengada nak couple. Kalau hati dengan iman kau kuat, takdanya kau terjebak dalam ‘jenayah’ tu wei.


One more thing, satu je aku nak nasihat dekat kaum perempuan. Yes aku mengaku aku tak layak nak bagi opinion dekat orang lain tapi aku cuba je. Kalau dapat diguna pakai, okey ler tu kan.


Sambung balik yang tadi, kaum perempuan ni, jelingan mata dia ada panahan ‘syaitan’. Wait. Aku tak reka okay. Dengar dekat radio Ikim.fm haritu. So if korang suka jalan-jalan or tak suka ke, bila kau bertembung ke berselisih ke menyeberangi ke melintasi lelaki, kau bukannya disyorkan untuk memandang tepat dekat mata lelaki tu.


Macam tak pernah cuba kan. Apa kau rasa bila kau tatap mata lelaki ? Akan timbul satu perasaan. Perasaan yang tak sihat bagi diri kau. Nanti sakit kang susah nak diubati – aiyok. Jadi, bila kau berselisih dengan para ajnabi ni, kau patut tunduk. Setunduk yang boleh ler. Yang penting, kau dapat block mata kau daripada terpandang ajnabi tu.


Tak salah kau nak tenung dia tapi Allah dah berfirman yang Allah tak suka orang yang melampaui batas. Dan perempuan ni mahal mahal mahal. Jangan disebabkan kau pandang mata yang polos gitu, kau jadi murah sebab jenayah tu ler. But boleh ke kau pandang ajnabi dengan pandangan kosong ?


Punca yang seterusnya kau nak melekat dengan lelaki tu ialah – bila lelaki tu mula tegur kau. Siapa yang tak gelabah lelaki tegur but kau tu perempuan. Bukannya kucing nak boleh melekat dekat orang yang dia suka.


Jadi sebagai takmo diibaratkan macam kucing, kau patut bertindak bijak dengan meng’ignore’ teguran ajnabi tu. If dia tu kawan kau, kau balas dengan perkataan yang so-so je. Tak payah pakai sound manja ke amenda.


Kau balas apa yang perlu. Kalau tak perlu, kau buat diam macam TV kena tekan button mute. Okay ? Lagi kau layan, lagi ajnabi tu nak gebang-gebangkan cerita. Sebenarnya cerita tu pendek tapi dia panjangkan lol.


Ahha ! If ajnabi tu mula ambik langkah dulu nak propose kau dengan cara ‘couple’ dengan menghantar surat ke mention dekat Twitter or etc ke, kau buat muka pelik dulu tau. Amendelah budak sekolah hantar benda-benda macam ni. Kau bebel dulu depan laptop or hp or surat tu. Nak gelak pun dipersilakan.


Contoh dia buat ceni : “ Hai awak. Kita kan dah lama kenal and saya pun dah sebati dengan awak. Apa kata kita couple ? Saya betul-betul nak couple dengan awak. Saya janji yang saya nak bla bla bla...”


Wakakaka. Tak sanggup nak tulis lol -.- .Kau just balas macam ni : “ Terima kasih kerana menulis surat kepada saya. Nak tahu tak ? Couple tu haram so saya sebagai orang Islam taknak terjebak dalam gejala haram. Terima kasih sekali lagi.”


Actually korang boleh reply amenda yang korang nak. Ingat ! Allah sentiasa melindungi semua hamba-hambaNya. Allah sayang dekat orang yang menjauhkan diri daripada zina.



Moga bermanfaat ! Maaf jika ayat yang digunakan terlalu kasar bagi korang tapi ni jelah cara aku ._.