} -->

Friday, December 19, 2014

don't give up, para pendakwah!


Assalamualaikum warohmatullah.

punyalah para ustaz ustazah, 'alim ulama', pendakwah dan seangkatan dengannya bertungkus lumus utk mentarbiyah para remaja. 

ada yg kata, menyebarkan da'wah itu seni. terpulang kepada individu itu sendiri. boleh bawa pendekatan dengan cara menyentap, lemah lembut, berkawan dan sebagainya.

yg penting, akhlak itu perlu ada. adab itu perlu ada. boleh lihat dan contohi cara da'wah Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat.

hati kita Allah yg pegang. tugas kita, hanya 'pemberi peringatan' bukannya 'pemberi hidayah'. kita nasihat dia, kita tegur dia, tapi dia hanya berdiam diri dan masih lakukan yg salah, dia selamat. selamat daripada apa?? selamat daripada mempersoalkan apa yg Allah dah tentukan.

takpe. teruskan menyebarkan kebaikan. teruskan mengajak kepada kebenaran.
 
Soal dia BERUBAH ATAUPUN TIDAK, itu hal dia dengan Allah. kita hanya mampu memberi peringatan bukannya terus memberi hidayah kepada seseorang itu. 

tapi, pabila ada yg berubah kepada yg lebih baik setelah kita menegur dan menasihatnya, itu adalah satu ni'mat.

yg penting, berda'wah itu perlu dgn pelbagai cara. nanti bila Allah soal; adakah kita buat ataupun tidak, kita ada jawapan untuk itu dan sebaliknya.

ingat--
semua benda yang terjadi, semua Dengan Izin Allah.
have faith in Him. May Allah bless us.

Sollu 'alan Nabiyy! Allahumma solli 'ala muhammad wa 'ala ali muhammad.
Takbir! Allahu akbar!

wallahu a'lam.

Saturday, December 6, 2014

Menangis tanda lemah? Big no.

  Rabaknya hati tu taksama macam remuknya kertas. Taksama macam pecahnya gelas. Taksama langsung macam kereta remuk ditindas-tindas. Hati tu bila rabak dek kerana terlalu menyerap tiap bait kata orang-orang, makin lembik, rabak pun boleh kira teruk jugak. Hailah hati.

  Betullah. Bilamana hati tu dahmudah nak terasa, senang kata; mudah touching dengan segala benda, sungguh aku kata, payah dan makin parah hendak dikawal. Bila sampai satu ketika, tekak terasa berpasir, lidah kelu nak menghamburkan kata-kata, dada sebu taktahu nak bilang bagaimana, hanya hati yang mampu tafsirkan segala benda dan hasilnya, itulah air mata yang deras mengalir di pipi sang mangsa.

 Dulu sudah dikata sebagai azam sehingga akhir nyawa, mengalirkan air mata itu hanya sia-sia kecuali hanya untuk Yang Maha Esa. Tetapi, ada suatu kisah yang aku mohon tidak dilupa sehingga jasad dimamah usia, itu dia yang menyedarkan bertapa preciousnya setiap titisan air mata.

  Dan kini aku percaya dengan mereka yang pernah berkata;

menangis tu dapat ringankan sedikit rasa.

menangislah jika kau rasa sangat terseksa
.
menangis bukan tanda lemah tetapi menangis itu tandanya seseorang itu sudah bertahan lama dan ingin menjadi kuat untuk abad yang seterusnya.

  Menangislah jika engkau tak dapat luahkannya dengan bait kata-kata. Menangislah jika engkau rasa tiada siapa melayan apa yang kau kata. Menangislah kerana dulunya leka dan alpa dengan apa yang ada. Menangislah jika engkau hendak melembutkan kembali, mengikis kembali, semua karat jahiliyyah di dalam hati yang sudah mati lagi basi.

  Sungguh, menangis tu dapat express segala rasa. Hanya yang sudah rasa tahu menilainya bagaimana. Stop being too judgemental. Take some food from my plate and chew them. Then, talk. And you will be understand what i am talking and nagging about,

  Maaf atas segala salah silap kata. Moga Allah redha. Barakallahu fik wa usratik!  

Wallahu a’lam.