} -->

Thursday, August 24, 2017

1st time panggil bomba

Assalamu'alaikum warohmatullah. Sebenarnya, dah lama plan nak buat post fasal benda ni tapi asyik tertangguh je. Ok sekarang datang dah moodnya so jom baca.


6 Ogos 2016
Masa ni, ada dengar bunyi anak kucing dekat belakang. Expect dah tu anak kucing Jelita(kucing bela dekat belakang) sebab ritu dia bunting. Nyaring je bunyinya. Bila intai daripada tingkap atas, tak nampak pula. Mungkin dia dekat rumah acik lain kot. So, kitorang biarkan je lah bunyi tu.

7 Ogos 2016
Tergerak hati nak pi jenguk dekat belakang. Nampaklah si Jelita tu tengah dok tercongok dekat laluan saluran air hujan dekat tepi longkang tu. Bila pergi dekat situ, rupanya bunyi anak kucing tu daripada dalam saluran air tu! Kesian Jelita. Dia jenguk jugak dalam saluran air tu. Kitorang expect yang anak kucing tu tersekat dekat situ. Masuk daripada lubang dekat longkang tu. Jalan je ke depan. Iyelah, anak kucing kan.

Bunyi anak kucing tu daripada saluran air ni haa. Belakang rumah.
Dah bersihkan sikit dekat bahagian longkang tu ha. Banyak
dengan tumbuhan menjalar. Serabut longkang kami.

Kitorang panggillah anak kucing tu. Mengiau sama. Apitkan sedikit suara agar bunyi tu persis anak kucing. At last, tak keluar jugak. Anak kucing tu pun respon juga. Try juga nak capai anak kucing tu dengan tempat nak cat tu(ada dalam gambar di bawah) tapi tak berjaya sebab tak sampai.

Dah banyak kali panggil tu, kitorang decide masuk dulu lah sebab dah nak maghrib. Do'a sungguh-sungguh agar Allah guide anak kucing tu keluar daripada saluran air tu. Lama sikit after dah masuk tu, jenguklah daripada tingkap bilik belakang. Eh dah keluar! Jelita tengah jilat-jilat anak kucing tu. Warna oren. Comel gebus je.

8 Ogos 2016
Dengar lagi bunyi anak kucing tu. Ehh. Ingatkan dah keluar, warna oren semalam tu. Kitorang pergi belakang balik. Suluh juga dalam tu. Tak nampak. Datang idea nak tangkap gambar pakai phone dengan fill light(option dekat phone camera aku). Alhamdulillah! Nampak dah mana lokasi si anak kucing tu. Dekat hujung sekali tuu. Dekat bucu huruf L saluran air tu. Bila pegang dekat papan saluran air bawah sekali tu, rasa panas. Alaaaa kesian sangat tau. Bila ketuk, lagi galak dia ngiau. Meruntun jiwa weh!

Kedudukan anak kucing tu dalam bulatan merah. Dekat area situ
dia tersangkut. Dekat bucu huruf L saluran air.

Nampak ekor anak kucing tu.

Nampak macam dia tak tahu nak patah balik. Siannya!

Panggil punya panggil, tak keluar jugak. Dia meronta-ronta dalam tu. Dengar dia macam struggle sangat nak keluar. Dengar cakarannya dia dekat dinding saluran air tu. Takde pilihan lain, kitorang terpaksa masuk. Anak kucing tu mengiau nyaring. Kadang berhenti. Mungkin penat. Pahtu, sambung balik. Dah nak Maghrib, kitorang terpaksalah masuk rumah. Aku try cari facebook Balai Bomba dekat sini. Banyak pilihan yang keluar. Aku pilih satu daripadanya. Dengan beraninya aku gi message FB tu & hantar beberapa gambar.


9 Ogos 2016
Adik aku bagitahu yang dia tak boleh tidur nyenyak sebab bunyi anak kucing tu. Iyelah. Bilik dia dekat dengan lokasi anak kucing tu tersekat. So, aku gi check semula. Memang struggle sangat dia dekat dalam tu. Kesian sangat tau. Aku cuba panggil dia suruh keluar & buat bunyi supaya nanti dia dapat ikut sumber bunyi tu. Bila dah banyak kali try & possibility untuk anak kucing tu keluar dengan sendiri, takde. Ohya. Aku monitor perkembangan anak kucing tu dengan menggunakan camera phone aku. Tu yang nampak keadaan dia tu. At last, aku ambil keputusan untuk try lagi cari FB Balai Bomba dekat sini since message aku semalam tu takde respon daripada pihak Bomba. Aku message sama macam message semalam tu dalam pukul 3:06pm. Aku hantar gambar laluan saluran air tu & video anak kucing tu tengah struggle nak keluar. Meh tengok. Sedih sangat ya Allah.



Pukul 3:11pm, pihak Balai Bomba dan Penyelamat dekat sini reply my message.


Time tu aku cuak dah. Iyelah. Nak kena call untuk buat aduan. Aiseyman. Syukur time tu kredit aku belum tamat tempoh lagi. Fikir punya fikir, tanya pendapat adik aku & fikir fasal keadaan anak kucing tu. Memang kalau kudrat kitorang, memang takleh nak selamatkan dah. Ada fikir juga suruh abah potong je benda tu tapi tak jadi. At last, aku call. Bismillah! Dah settle pegawai tu tanya apa yang patut, aku gi cepat-cepat bersiap & gitau kakak aku yang satgi Bomba sampai. Tunggulahh dalam 15 minit lebih.

Setelah beberapa kali percubaan, Alhamdulillah. Pihak bomba(3 orang) dapat keluarkan anak kucing tu dari tempat dia tersekat tu. Potong pakai gergaji. Kesian anak kucing tu tau sebab sampai dah buang air besar dalam tu. Kitorang pun mandikanlah dia biar wangi sikit.


Ni haa yang pihak bomba potong pakai gergaji tu


Masha Allah! So comel kann!

Peristiwa ni menyebabkan aku belajar yang ada masanya kita perlu berani untuk melangkah dan mencuba sesuatu yang kita rasa kita takde keberanian nak buat. Buat je. Redah je. Yakinkan diri. Bismillah. Jika itu yang terbaik, Alhamdulillah. Jika sebaliknya, PUN Alhamdulillah. Semoga Allah kurniakan keberanian kepada kita untuk menghadapi ujian-ujian di dunia ini. Aamiin ya Rabb.

"There are times people have to do what they think is impossible".-Hanako Kumagai

Sunday, May 21, 2017

Tak sangka...

Assalamu'alaikum warohmatullah. Lama sungguh tak publish post dekat blog kan. Almaklumlah, agak busy semenjak bergelar mahasiswi UiTM. Haa UiTM mana tu? Alhamdulillah. Aku dapat tawaran belajar di UiTM Pulau Pinang @ UiTM Permatang Pauh @ UiTM Kampus Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Hat ni 2nd intake UPU tu. 1st intake tak berjaya so aku apply lagi sekali.

Sebelum pergi sana, dah booking homestay yang berdekatan UiTM tu. HNZ Homestay. Kami bertolak ke sana after solat Jumaat. Dipendekkan cerita, time hujan lebat dekat Shah Alam, tiba-tiba wiper kereta jammed. Memang cuak dah tu. Pergi repair dekat kedai sambil tu pergi kedai kawan abah dekat area situ. Alhamdulillah. Dah settle, kami teruskan perjalanan ke Pulau Pinang. Alhamdulillah, kami selamat sampai di homestay tu dalam pukul 12am++. And, kitorang supper dekat kedai char kuey teow dekat dengan homestay tu. Tak sangka yang kedai tu masih bukak lagi and ada je yang mai. Fuh. Char Kuey Teow dia, masha Allah, sedap! Yang geli hatinya, tukang ambik order tu cakap loghat Penang. Pekat nau. Sengih je aku. Tak sangka dah sampai Penang. Alhamdulillah.

Ni lah kedainya. Dekat je dengan homestay tu dengan UiTM.


Esok pagi, gerak ke UiTM awal jugak. Pendaftaran pukul 8.30am. Aku ingatkan korang yang kalau bawak file tu, bawak elok-elok tau sebab risau kalau ada dokumen yang penting tercicir sebab haritu gambar passport aku 8 keping tu terjatuh and syukur aku perasan. Dah settle semua, family aku pun pergilah meninggalkan aku. Sedih gak. Rasa nak teriak je tapi kena controllah yep. Naik bilik, kemaslah barang-barang mana yang sempat sebab haritu jugak dah start Minggu Destini Siswa(MDS). Ada yang cakap, mds ni tak best, memenatkan dan yada yada tapi aku cuba positifkan diri sebab mds ni kan untuk bantu Mahasiswa Baharu(MB) untuk lebih tahu mengenai universiti yang akan menjadi tempat belajar mereka.

Petang tu jugak dah start mds. Aku tak berapa ingat sangat tapi aku share mana yang aku ingat and mungkin bermanfaat untuk yang lain. Mds kitorang untuk yang 2nd intake ni, Alhamdulillah, 4 hari aje. 1st intake haritu, depa cakap 1week. Allah knows best kan. Paling ingat, kitorang kena naik tangga ke Dewan Seminar, Bangunan Perdana di tingkat 3. Pergh. Dahlah aku time lepas SPM tu jarang sangat nak exercise. Memanglahh. Tapi, aku cuba positifkan diri. Sangka baik dan motivasikan diri dengan kata-kata semangat. In Shaa Allah, boleh tempuh semua kesusahan ni. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 286, Allah berfirman yang bermaksud; Allah tidak membebani seseorang itu melebihi kemampuannya. Maknanya, Allah uji sebab kita mampu. Terpulang kepada kita untuk terus yakin, percaya dan usaha.

Daripada mengeluh time nak naik tangga tu kan, lebih baik kita berzikir. Ikut line elok-elok. Jangan nak buat perangai. Hormat antara satu sama lain yep. Perkataan yang paling popular time mds ni; Pantas siswi pantassss. Bukan apa. Depa buat gini sebab tak nak drag time. Kalau drag, kita jugak yang dapat kesannya jugak. Nak tak nak, kenalah pantas yep.

Perkara yang aku paling respect and kagum adalah time sebelum kitorang gerak ke Pusat Islam(PI) untuk solat Subuh berjemaah dalam pukul 5.30pagi, akak-akak Pemimpin MDS(PMDS @ PM) akan check sama ada kitorang pakai stokin atas buku lali dan handsock dak. Kalau sebaliknya, MB kena cari jugak and pakai. Pinjamlah daripada sesiapa pun asalkan pakai sebelum bergerak ke PI.

Mula-mula mds tu, bila berkumpul dekat PI and Dewan Seminar, bau peluh sendiri and yang lain tu Allah jelah tahu. Dah lama-lama tu, dah biasa dah. Nak buat macam mana kan. Time makan pulak, kitorang diberi masa 5 minit je nak makan. Aku ingat lagi time tu. Aku ni jenis makan sampai habis. Senang kata takde tinggal sebutir nasi and apa-apa lauk kecuali sebab-sebab tertentu. Tak baik tau kalau tak habiskan makanan. Membazir amalan syaitonnn. Tapi, bila dah kena desak oleh para PM, aku paksa makan laju-laju sampai satu masa tu nak muntah weh. Serious tau. Tahan ajelah. Doa banyak-banyak time tu.

Aku jenis tak minum air time makan and sebaik sahaja habis makan. Macam manalah depa yang minum air tu lahaii. Sedih jugaklah sebab tak dapat nak habiskan makanan and lauk tu. Nak buat cane. Terpaksa. Paling terseksa time makan malamlah. Kitorang makan malam dalam pukul 7pm macam tu and kejar masa untuk bersiap nakpi solat Maghrib. Kalau masa drag daripada yang ditetapkan, lagilah kena push. Aku tahu, diorang bukan saja-saja push kitorang tapi nak kejar masa. So, semua kena sama-sama bantulah. Eceh.

Yang paling sedih bila ada sebahagian MB yang sanggup mengumpat and maki para PM dekat socmed/kawan. Bila suruh mengaku, liat pulak. Jangan begitu ye. Tak baik. Kalau tak puas hati, cakap elok-elok dekat depa. Baru ada jalan penyelesaian. Takdelah tergantung macam tu. Sepanjang mds ni, depa ada selitkan aktiviti menari. Menari ke eh? Macam rehat daripada dengar talk lah. Gitu. Best jugak time tu. Bukan tu je, kadang depa buat game tau. Teka-teki dia memang buat aku lagi stress adalah sebab aku tak tahu jawapannya. Pening kepala dok pikir. Fuh. Critical thinking betul. Ke aku je yang tak dapat?

Dipendekkan cerita, hari last mds tu memang sedih gaklah sebab yelah dah nak habis kan. Lagu pun tangkap leleh gaklah. Time mds tu, aku nasihatkan yang kalau time ceramah ke atau ada orang cakap dekat depan, tolong hormat tau. Kalau mengantuk, cuba lawan dengan apa-apa cara sekalipun. Ok? Do'alah banyak-banyak. Sepanjang mds tu, aku jenis tak berapa minat duduk dengan orang yang aku kenal. Eh macamlah aku dah kenal ramai orang. Maksudnya, aku jenis kalau dengar orang berucap dekat depan, aku elakkan diri aku bercakap sebagaimana orang di depan tengah bercakap. Tak focuslah kalau gitu dan agak biadap sebab tak menghormati mereka yang berucap di hadapan.

Ohya, Depa ada jugak bagi borang untuk feedback dan cadang kita sepanjang program mds ni. Korang jawablah elok-elok ye. Jangan pakat main tanda je. Bantulah mereka untuk perbaiki apa-apa yang patut. Itu ajelah kot setakat ni. In Shaa Allah, nanti aku share pulak fasal UiTM Permatang Pauh tercinta kita ni. Semoga bermanfaat. Maaf kalau ada kekurangan ye.


p/s: Alhamdulillah. Saya pelajar Diploma Seni Pastri. Batch kitorang ialah batch kedua untuk kos ni (peace sikit).