} -->
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts

Friday, June 28, 2019

Damai yang hilang

Suasana petang ini mendamaikan dan cuaca terlihat baik-baik sahaja. Tidak ada tanda-tanda hujan mahu turun. Waktu terbaik untuk aku keluar dari bilik dan merehatkan mindaku yang serabut. Aku pandang langit. Cantik sekali. Teringat akan bait-bait kata suatu ketika dahulu, "langit itu kelihatan indah dan bersih kerna tiada manusia yang hidup di sana. Suci dari tangan-tangan kotor".

Jujur. Aku rindu. Aku rindu akan tenangnya hati ini. Hidup aku terlalu serabut memikirkan hal-hal dunia yang entah bila mahu habis. Terkadang benci itu hadir dalam diri. Terasa mahu campak segala apa yang ada di depan mata untuk memuaskan rasa. Tapi, aku sedar yang itu takkan membuahkan hasil apa-apa. Hanya sekadar nafsu terlaksana namun ketenangan masih tidak mampu dimiliki.

Jam menunjukkan waktu semakin dekat dengan waktu solat Maghrib. Hati ini terdetik. Sudah lama tidak merasa suasana solat berjemaah, mendengar azan secara terus daripada bilal. Baiklah. Hari ini aku mahu solat sama-sama di sana. Aku lebih selesa memilih untuk pergi berseorangan ke sana. Sekarang aku di fasa itu, mahu menyendiri dan tidak mahu serabut dengan manusia lain. Seketika aja barangkali.

Tiada orang di saf perempuan. Tak mengapa. Mungkin itu yang terbaik untuk aku bersendiri memahami diri yang sudah lama sesat ke ceruk mana. Azan mula berkumandang. Sayup-sayup kedengaran dan semakin jelas di pendengaranku. Allah. Setiap apa yang dilafazkan oleh bilal, menusuk terus ke dalam hati. Aku rindu perasaan ini. Perasaan memahami setiap lafaz itu dan hati mula berdegup kencang. Mata mula berair tetapi aku menahannya. Rindunya aku pada-Mu ya Rabbi.

Iya, aku sedar. Sebenarnya yang hilang daripada diri aku sendiri adalah ketenangan dan kedamaian.  Aku terlalu leka dengan tugas-tugas harianku di tempat ini sehinggakan rohani aku kering kontang tidak diisi. Sedih. Kunci pada semua itu hanya boleh dapat bilamana aku taqarrub, mendekatkan diri aku pada Dia.

Sudah-sudahlah membawa diri jauh daripada Tuhan. Pusing ceruk mana, pergi sejauh mana pun, pada akhirnya kau pasti akan temui, Allah SWT jawapannya. Cuma terkadang diri sendiri yang menidakkan. Tidak mahu terima hakikat hidup, hakikat yang sebenarnya kita hanya perlu Dia untuk menjalani kehidupan yang sangat mencabar ini.

We are not belong in this dunya.

Cuma itulah, perjalanan hendak ke sana itu, kita perlu hadap bermacam-macam ujian. Sabar. Moga tabah. Allah kan ada. Al-Quran dan As-Sunnah jangan lupa ya.

Semoga sama-sama dapat menjadi diri sendiri yang lebih baik daripada sebelumnya. Jangan pernah putus asa daripada rahmat Allah.

Monday, October 17, 2016

Tak percaya Allah?


Assalamu'alaikum warohmatullah. Kejadian ni time aku form 5. Moga bermanfaatlah yep.

***

Waktu ni kitorang tengah minggu exam. So, after rehat kitorang masuk kelas macam biasa. Aku duduk tempat aku. Aku ni jenis yang suka berangan jugaklah. Tetiba time aku pandang pintu kelas tu, terdetik dekat hati aku,

Kot satgi ada orang datang nak bagi hadiah dekat aku ke kan...

Entahlah ngape aku gitu. Nak dijadikan cerita, tetiba kawan aku panggil. "Ada orang nak jumpa kau". Aku kaget sat. Siapa pulak dah nak jumpa ni. Bila aku dah menapak dekat luar tu, aku pandang sebelah kanan. Berdiri dua orang budak lelaki dekat situ. Aku sapa lah depa.

"Ye kenapa?"

"Ada orang bagi ni", kata seorang daripada budak lelaki tu sambil hulurkan beg kertas warna coklat dekat aku.

"Siapa bagi?"

*Dia sebut nama penuh orang tu*

Aku pun macam, panjang gila nama. Aku jawab, "Eh takpelah". Budak lelaki tu nak jugak bagi dekat aku. Then, rasanya kawan perempuan aku datang dan cakap dengan diorang. Aku blah masuk kelas. Time tu cikgu tak masuk lagi so classmates aku borak-boraklah dalam kelas tu. Suasana luar kelas tu, budak-budak form lain semua sibuk pergi masuk kelas dan ke destinasi yang dituju.

Aku duduk tempat aku. Kawan aku masuk balik after dah cakap-cakap dengan budak lelaki dua orang tu. Pahtu, ada kawan aku tanya, "Kenapa tak ambik? Dosa ke?". Aku jawablah yang tak boleh ambik sebab nanti timbul fitnah. Ada yang cakap, isi dalam beg kertas tu lasagna. Sedap gak kan. Takpe. Boleh buat sendiri ekekeke. Aku pesan dekat classmates aku supaya tak hebahkan apa yang dah jadi tadi. Bahaya ok. Buat diam aja ye. Habis situ.

Bila aku fikir balik, memang betullah. Apa yang betulnya? Allah tu Maha Mengetahui, Maha Mendengar. Aku terdetik benda tu dekat hati je kot. Haa kan dah jadi betul-betul. Dengan kejadian itu, makin kuatlah yakin aku akan Allah. Sebab tu, janganlah rasa macam, eh Allah dengar ke eh apa yang aku minta ni?. Jangan gitu. Yakin yakin yakin! Allah Maha Mendengar.

Don't hesitate to ask Allah. Mintak je apa-apa. Istiqomah berdo'a dan bersangka baiklah dengan Allah. Contoh, kita mintak dekat Allah yang kita nak pergi Bukit Broga tapi sudahnya Allah turunkan hujan. Jangan marah Allah. Jangan! Sangka baik. Mungkin ada sebab dan hikmah kenapa Allah tak izinkan kita pergi Bukit Broga haritu. Ok?

Allah tahu apa yang kita nak tapi Allah beri apa yang kita perlu. Sayangnya Allah dekat kita kan! Kita sayang Allah tak? Mestilah sayang! Maka, buktikan. Sama-samalah kita yep.

Ingat, semua benda ni ujian yang Allah beri. Maka, hadapilah dengan sabar. Jangan lupa berdo'a pada Allah. Letakkan segala pergantungan pada Allah. Allah aja tempat kita bergantung segala harap kita, bukannya manusia.

Itu ajelah. Semoga bermanfaat di dunia dan di akhirat.

Saturday, April 2, 2016

Jom renung sejenak!

Assalamualaikum warohmatullah.

"Something for us muslimah to ponder".—@_2431_

Semoga bermanfaat di dunia dan di akhirat. Moga-moga Allah lindung kita daripada fitnah akhir zaman. Aamiin ya Rabb.


Sunday, January 24, 2016

Hikmah di sebalik ujian.


Pernah suatu ketika aku memohon agar Allah kurniakan aku kekuatan untuk menghadapi cabaran hidup ini. Aku rasa taktahan dengan ujian. Aku pinta agar Allah pinjamkan aku kekuatan agar aku mampu untuk teruskan kehidupan di dunia ni.
Tapi, apa yang aku dapat? Ujian lagi dan lagi. Aku bingung. Apa yang Allah mahu beri pada aku sebenarnya? Sampai satu tahap, aku terasa nak bunuh diri. Taktahan. Sangat. Aku terseksa. Na'uzubillahi min zalik. (Itu waktu dahulu).
Tiba suatu hari tu aku terfikir. Aku pinta agar Allah kurniakan kekuatan kepada aku. Mungkin, dengan ujian yang Allah timpakan ini, menjadi asbab(penyebab) untuk aku kuat! Ujian ini adalah proses untuk mencapai kekuatan yang aku sering minta. Oh hebatnya Allah.
Dalam pada aku hendak peroleh kekuatan, Allah hadirkan aku pelbagai ujian yang pastinya aku mampu untuk hadapinya sebab Allah sudah berjanji dalam Surah Al-Baqarah ayat 286.
Tidaklah Allah membebani seseorang melainkan sesuai dengan daya kudratnya.
Kini aku semakin yakin dan percaya dengan Allah. Ujian2 ini, yang hadir sentiasa, adalah untuk aku lebih dekat pada Dia dan peroleh apa yang terbaik buat aku.
Bersangka baiklah dengan Allah ar-Rahman ar-Rahim.
Usahalah memikirkan hikmah di sebalik semua perkara.
Itu yang terbaik.
Yakin dan percaya pada Allah.
Itu kuncinya.

Sunday, January 3, 2016

Kritikan ni baik ke tidak??

Assalamualaikum warohmatullah.

"Macam mana nak atasi manusia yang suka komplen, kritik kita?"
.
Kenapa pula nak atasi manusia yg jenis begini ya? Takke dengan komplen dan kritikan itu dapat memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik? Itupun jika kita pandang dari sudut yg positif.

Contoh. Kita sedang makan di gerai bersama-sama kawan2 . Cerita fasal itu ini, pahtu gelak terkekek-kekek. Kurang sopan. Ada adik kecil tegur, "akak, janganlah gelak kuat sangat tau. Ganggu orang".
.
Janganlah terus menengking dan memandang rendah kepada adik itu. Kita tidak wajar memandang siapa yang berkata tetapi pandanglah apa yang dikatakan. Fikir, renung.

Jangan bersangka buruk. Fikirlah apa yang baik. Jika apa yang dikomplen itu benda yang tidak baik, maka positifkan diri.

Terkadang kita taksedar akan kesalahan kita sebab kita rasa biasa je. Dengan hadirnya komplen dan kritikan ini, dapat membantu kita membetulkan benda yang biasa, dan biasakan benda yang betul serta dapat menaiktaraf kualiti sesuatu itu.

Maka, jika perkara itu akan membawa kebaikan dan tidak mengundang murka Allah, teruskan. Pelan2 didik diri. Dakwahlah dengan berhikmah yakni bijaksana. Sesuai dengan keadaan semasa. Hadirkan niat lillah(kerana Allah). Semoga Allah beri kefahaman kepada kita semua. Aamiin.

Ohya. Selamat kembali ke sekolah ya!

Wallahu a'lam


Friday, December 18, 2015

Hebatnya Dia!

Assalamualaikum warohmatullah. Moganya hari ini, kita lebih baik daripada semalam ya!

Nak tanya. Siapa je yang takpernah berharap pada manusia? Aku pernah berharap pada manusia. Anda? Tahu-tahu sendiri kan. Apabila kita berharap pada manusia dan keputusan yang kita dapat tu tak seperti yang kita harapkan, takke kecewa? Pedih perit menusuk jantung semua lah. Aku pernah rasa. Boleh tahan sakit dia tau!

Itulah. Siapa suruh bergantung harap pada manusia. Sekarang, aku cuba didik diri untuk sentiasa bergantung harap hanya pada Allah. Hanya Allah. Apa-apa yang aku buat, aku mohon dekat Allah dahulu. Apa-apa keputusan yang aku akan dapat, aku cuba didik diri untuk redha sebab Allah tahu yang terbaik lebih daripada apa yang aku tahu. Ok aku bagi contoh.

Aku basuh baju di pagi hari. Langit macam redup je. Aku macam alaa mana matahari ni. Oh! Aku lupa akan maha kuasa tu hanya Allah. Cepat-cepat aku doa lebih kurang gini; Ya Allah. Moganya harini matahari muncul agar baju-baju yang aku basuh tu kering. Sesungguhnya engkaulah yang Maha Kuasa di langit dan di bumi serta tahu yang terbaik untuk aku.

Aku tawakal dekat Allah. Apa-apa yang jadi, aku redha. Dan ya. Allah Maha Kuasa. Taklama tu matahari memancarkan sinarnya. Ya Allah maha suci engkau. Aku senyum. Ada suatu hari tu, langit redup je. Matahari takkeluar sangat. Aku dah doa maka aku redha dan berlapang dada apa adanya. Aku sangka baik dengan Allah. Allah tahu apa yang terbaik maka aku takkecewa langsung. Aku tetap senyum.

Aku nakpesan. Bergantung haraplah hanya pada Allah. Berhajatlah hanya pada Allah. Mohon pada Dia apa-apa sahaja. Walaupun hakikatnya Allah dahtahu apa yang kita nak minta, Allah tetap perintahkan kita agar memohon hanya kepada Allah. Terharu tak?!

Didiklah diri untuk sentiasa berharap hanya kepada Allah walau pada pandangan manusia nampak mustahil untuk terjadi, ah pedulikan aja. Tiada yang mustahil bagi Allah untuk makbulkannya. Cubalah. Anda akan rasa apa yang aku dah rasa. Ah indahnya berharap kepada Allah!

Semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua. Allahumma aamiin.

Wallahu a'lam.


Sunday, November 29, 2015

Lembut atau kasar? Nak pilih mana satu ni!



Assalamualaikum warohmatullah.

Hari ni, aku nak kupas fasal kotoran. Nampak simple tapi complicated eceh kemain.

Nak tanya, anda prefer untuk guna kain kasar atau kain lembut nak bersihkan kotoran-kotoran dekat lantai, meja, kerusi dan seangkatan dengannya? Kain lembut? Kain kasar? Mana satu yang betul-betul berkesan ni?

Mungkin akan ada yang kata pakai kain lembut lebih berkesan malah akan ada juga akan kata pakai kain kasar cepat tanggal kotoran semua tu. Tak juga anda.

Dua-dua kain kita perlu. Kasar dan lembut. Perlu seimbang. Mula-mula kita gosok dia dengan kain lembut agar kotoran tu akan jadi mudah tanggal. Hilang sikit-sikit pun ok walaupun tak bersih sepenuhnya. Selepas itu, kita gosok dia dengan kain kasar. Sebab tadi dahlembut kan.

Sama juga dengan hati kita yang penuh dengan kotoran-kotoran dosa ni. Kadang kita perlu teguran yang lembut sebab time tu kita down sangat-sangat. Terkadang perlu teguran yang kasar sebab bila tegur lembut-lembut, tak ambil berat pula.

Apa-apa pun yang hadir dalam hidup kita, pasti ada hikmah yang Allah berikan.

"Dia tampar aku sebab aku carut je. Sakit tau!"

"Ada hikmah tu".

"Mana hikmahnya mana?!"

"Adakah kau sudah fikir dan renung apa hikmah yang mahu Allah sampaikan melaluinya? Dahcuba?"

"Err..."

Kita kena cari hikmah tu. Kita kena fikir apa tujuan sebenar Allah hadirkan sesuatu itu dalam hidup kita. Kalau kita memanjang sangka buruk, bagaimana mahu dapat hikmah tu? Logik tak?

Selepas terima apa-apa, fikir dahulu. Apa sebenarnya yang mahu Allah tunjukkan melalui perkara ini? Mengapa dia tegur aku kasar sampai aku nakje marah dia?

Mungkin dengan cara kasar itu, sifat marah akan timbul dan ketika itu, Allah menguji kita sama ada ingin bersabar atau terus tengking dia. Kita ada pilihan. Baik dan buruk. Pilih baik-baik dengan memohon agar Allah berikan petunjuk dan hidayahNya kepada kita.

Maka, lembut atau kasar?
Dua-duanya perlu.

Wallahu a'lam.


Friday, November 27, 2015

Tegur orang tapi dia pun salah?!

Assalamualaikum warohmatullah. Jumu'ah mubarak!

Kadang mungkin antara kita pernah terbaca atau terdengar seseorang kata; kau tegur aku tapi diri sendiri pun salah. Tu ha orang sebelah kau pun salah juga apesal tak tegur?

Kalau nak tunggu semua orang sempurna dan betul, teguran tu tak akan ada sebab kita ni mana boleh jadi sempurna. Manusia memang tak akan lekang membuat dosa. Ingat.

Kalau teguran takde, cemana kita nak audit diri? Nak muhasabah diri? Kita sangka semua benda kita buat ni betul tapi sebenarnya tidak!

"Rambut kau takat mana eh? Sebab sanggul kau macam tinggi sangat je"

"Ce senyum elok2. Kenapa buat mulut macam tu pelik la haha boleh sangkut hanger"

"Lengan baju kau terselak tu. Kau ada followers lelaki kan? Delete gambar tu ya?"

Macam PU Amin cakap; Islam agama memikat bukan menyekat. PU Abu pula cakap; berkongsi bukan menghukum.

Tegur dengan berhikmah bukan sahaja membawa maksud kepada cakap elok2 sopan2. Ianya membawa maksud bijaksana yakni teguran tu ngam dengan orang yang nak ditegur. Adab dan akhlak juga perlu seiringan.

Berlapang dadalah dalam apa jua keadaan. Bersifat malu lah untuk apa jua perkara.

Kalau ditegur dan kita balas dengan membandingkan dengan kesalahan orang lain dan berkata saya tak maksum, adakah ianya akan memberi manfaat pada diri?

Jangan tuding jari, jangan ungkit payahnya nak berhijrah. Itulah ujian. Kita sabar atau tidak untuk hadapi. Kita minta agar Allah beri kita kekuatan. Bila orang tegur, taksabar. Walhal, dengan cara ditegur orang membuatkan kita lebih kuat. Fikir, renung.

Kalau tak ditegur, adakah kita tahu salah kita? Contohlah kita tidur berdengkur dan mengganggu tidur orang lain, adakah kita tahu salah kita selagi takde yang tegur "kau tidur berdengkurlah wei".

Adakah kita tahu salah kita yang terambil port dekat cafe yang dah dicop orang lain selagi takde orang yang bagitahu/ada bukti?

Terimalah teguran dengan berlapang dada. Teguran itu daripada Allah melalui manusia. Kita melenting, maka kita melenting dengan Allah.

Kita ada hak untuk tegur dengan berhikmah;
Allah punya hak untuk beri hidayah dan petunjuk.

Pelik kalau orang masih sama selepas ditegur? Mungkin Allah belum nak beri hidayah kepadanya dan mungkin dosa2 kita menjadi asbab terhalangnya hidayah Allah.

Wahai Allah. Lembutkan hati2 kami untuk sedia menerima teguran orang lain.

Allahumma solli 'ala Muhammad. Wa 'ala ali Muhammad.

Saturday, October 17, 2015

Ah ujian!

Assalamualaikum warohmatullah.

"Allah burdens no soul beyond what it can bear". Surah Al-Baqarah, verse 286.

Bilamana kita diuji dengan sesuatu, renung dan fikir; ujian yang aku hadap ini, mampu ataupun tidak untuk aku hadapinya? Aku mampu! Kerana Allah menjanjikan bahawa Dia tidak membebani hamba-Nya di luar kemampuan dan kudrat mereka.

Maka, mahukah kita nafikan lagi??

Apa-apa pun yang kita hadapi, In Shaa Allah, kita mampu!

p/s; jangan pula kata kalau duduk melangut aja dengan masalah bertimbun-timbun, kita mampu atasinya. Usahanya mana? Haa.


Wednesday, October 7, 2015

Ish malulah!

Assalamualaikum warohmatullah. Salam penuh keni'matan kerana masih dipinjamkan nyawa oleh Allah untuk meneruskan tanggungjawab sebagai abdullah(hamba Allah) di bumi yang fana(sementara) ini.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Takde perkataan yang mampu aku ucapkan melainkan itu. Alhamdulillah.

Bagi mereka yang ada account Facebook, mungkin mereka sudah tahu akan hal ini. Team Facebook akan hantar notification; You have memories with ____ to look back on today.

Aku ingat perkara itu hanya biasa-biasa untuk mengenang kembali memory dulu-dulu. Hari ini, 7October2015, aku dapat lagi notification mengenai ini. Memory yang kot-kot aku nak kenangkan balik haa acah gitulah. Konon.

Ada beberapa status yang telah aku post pada tahun 2011. Aku hanya mampu gelak dan geli hati. Teruknya aku dahulu. Benda remeh macam tu pun dipost. Orang lain baca kot, haih malu!

Aku yakin, semua orang ada masa silam dia yang seakan taknak dikenang langsung. Janganlah begitu. Jikalau tidak ada masa silam, mana mungkin kau, aku, kita semua mampu jadi sebegini. Kan?

Yang mampu didelete dan dihapuskan, usahalah. Moga Allah bantu kita semua untuk menutup aib-aib kita yang kita sebar pada waktu sedar ataupun tidak.

Man jadda wa jada!

p/s; zaman myspace dulu lagilah weii.

#facebook #dulutakberapanakfikirpanjangsangatsebelumpost #sekarangnimoganyafikirduatigaempatbanyakbanyakkali #deletestatus2merepektuuumaluhaih #tahupunaibsendirinaktutuptapiaiborangsibuknakjaja #myspacetutaktahujadiapa


Tuesday, September 1, 2015

Allah knows best.

Assalamualaikum warohmatullah.

Aku tak berapa ingat samaada semalam ataupun kelmarin, hasrat aku untuk menghayati setiap bait kata-kata yang dilagukan oleh Halim Ahmad, Dalam Sujud Cintaku. Aku berusaha untuk mendownload lagu itu tetapi tidak berhasil.

Aku cuba dan cuba, namun hasilnya tetap sama. Almaklumlah, line internet tidak berapa baik sebab dah berada di penghujung bulan. Aku akur dengan hasilnya. Sabar. Itulah perkataan yang selalu aku ingatkan apabila perkara yang aku mahukan tidak dapat aku capai.

Hari ini, sungguh aku tidak jangka bahawa lagu itu dapat aku dengar. Allahu akbar! Alunan merdu suara Halim Ahmad berkumandang di radio yang berfrekuensi 91.5(Ikim.fm). Bukan hanya suaranya yang aku hayati,malah setiap kalimah yang dituturnya, aku hadam perlahan-perlahan. 'Rasa' itu yang aku ingin kecapi.

Tertunai sudah impian aku yang tahpape ini. Mungkin yang sedang baca ini hanya mampu meng-ek-eleh kelakuan aku. Tenang wahai manusia. You know nothing but Allah does. Tak perlu gelabah untuk mencari punchline saya yee. Sengih pun dah cukup.

ﻭَﻣَﻜَﺮُﻭﺍ ﻭَﻣَﻜَﺮَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ۖ ﻭَﺍﻟﻠَّﻪُ ﺧَﻴْﺮُ ﺍﻟْﻤَﺎﻛِﺮِﻳﻦ
[QS Surah Ali-Imran, 3: 54)

Allah knows best for us. Jikalau apa yang kita nak sangat tidak dapat dicapai, jangan kecewa sehingga memberontak tak tentu fasal. Tenang. Bersangka baiklah dengan Allah. Kita merancang dan Allah juga merancang. Dan sebaik-baik perancang ialah Allah. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita walaupun kita rasa benda itu tidak munasabah untuk berlaku.

Percaya dan yakin akan Allah. Letaklah segala kebergantungan harapan kepada Allah, pemilik segala yang ada di bumi dan di langit.

Semoga Allah merahmati dan memberkati kita semua.

Wallahu a'lam.


Sunday, August 23, 2015

Sehelai kain.

Matahari pagi galak memancarkan sinarannya. Anak-anak panah Islam yang beratur dalam barisan sudah berkobar-kobar semangatnya; ingin melepaskan anak panah mereka. Seorang daripada tenaga kuat Al-Qabilah Archery yang juga merangkap founder dan ketua; Encik Fuad melontarkan suaranya. Kuat.

"Ok semua! Kita lepaskan anak panah bersama-sama!"

Kelihatan anak-anak panah Islam sudah bersedia di kedudukan masing-masing.

"Bismillah!", laung Encik Fuad.

Semua anak panah Islam menarik busur masing-masing yang sudah diletakkan anak panah.

"Allahu akbar!"

Tiap persatu anak panah dilepaskan daripada busurnya. Ada yang kena pada target adapula sebaliknya. Ah itu tidak penting. Yang penting, niat itu. Niat itu lillah(kerana Allah) dan untuk mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.

Setelah beberapa ketika, anak-anak panah Islam diberi kebebasan untuk memanah. Kelihatan dua daripada anak-anak panah Islam menjerit.

"Ada anak panah yang patah! Fuyyo!", jerit seorang daripada mereka.

Si kakak bertudung koshibo hitam melihat keadaan anak panah itu. Anak panah itu berlabel pink beserta nama pemilik anak panah itu. "Oh. Aku punya anak panah patah", monolog si kakak bertudung koshibo hitam. Dia mengambilnya daripada anak-anak panah Islam yang masih kecil itu dan diletakkan di tepi agar tidak mengganggu sesi latihan memanah yang sedang dijalankan. Seorang daripadanya berusaha sedaya upaya untuk menyambungkan kembali anak panah yang patah itu. Si kakak bertudung koshibo hitam geli hati melihat gelagatnya.

Setelah beberapa ketika, si kakak bertudung koshibo hitam dan dua orang anak panah Islam itu kelihatan sudah kamceng. Si abang daripada dua orang anak panah Islam itu bertanya kepada si kakak bertudung koshibo hitam. "Muka kakak macam mana eh? Kenapa kakak tutup? Nampak mata je", tanya si abang.

Si kakak bertudung koshibo hitam hanya senyum dan menunjukkan isyarat agar si abang diam dengan menggunakan jari telunjuk. Kelihatan si abang dan si adik tidak berpuas hati dan ingin mendapatkan jawapan yang dapat memuaskan hati mereka. Sebenarnya, mereka berdua ni jenis yang aktif. Biasalah, budak-budak.

"Kenapa kakak tutup eh?", tanya si abang. Lagi.

Si adik menyampuk sambil menuding jari telunjuknya kepada si kakak bertudung koshibo hitam.

"Sebab muka kakak hodoh!", si adik jerit.

"Sebab muka kakak cantik sangat sampai orang nak dengan kakak!", si abang pula menyuarakan pendapatnya.

Si kakak bertudung koshibo hitam hanya geleng kepala dengan telatah si abang dan si adik yang merupakan anak-anak panah Islam yang masih muda! Hailah budak. Jujur sungguh!

Si kakak bertudung koshibo hitam hanya diam tanpa mengeluarkan sebarang jawapan bagi pernyataan di atas. Dia tidak pasti, jawapan apakah yang sesuai untuk diperkatakan kepada si abang dan si adik. Si kakak bertudung koshibo hitam perlu menyusun ayat-ayat dengan betul agar maksud yang hendak disampaikan oleh si kakak, dapat ditafsirkan dengan betul kepada si abang dan si adik tadi.

Disebabkan kejadian itu, si kakak bertudung koshibo hitam terimbau kembali akan sejarah bagaimana dia boleh membuat keputusan untuk memakai sehelai kain, bagi menutup sebahagian wajahnya, dan hanya menampakkan matanya sahaja.

Dengan kehadiran anak-anak panah Islam yang masih muda itu, si kakak bertudung koshibo hitam dapat tajdid(memperbaharui) niatnya; mengapa dia memakai kain ini, bagi menutupi wajahnya. Mereka berdua menjadi asbab kekuatan si kakak bertudung koshibo hitam untuk menghadapi anggapan orang ramai mengenai sehelai kain yang menutupi sebahagian wajah, lebih-lebih lagi pada akhir zaman.

Pengajaran daripada cerita ini, jangan bangga apabila dipuji. Jangan lemah apabila dicaci. Tetaplah teguh dan kuat walau apapun yang menimpa kerana Allah itu kekuatan bagi hamba-hambaNya.

"If you do something for the sake of Allah, you will not fear about what others think about you".

Semoga Allah merahmati dan memberkati semua.

Wallahu a'lam.

Sunday, August 16, 2015

Kisah sebatang whiteboard marker.



Assalamualaikum warohmatullah, muslimin dan muslimat sekalian. Moga kita semua sihat wal'afiat dan begitu juga iman serta rohani kita.

Malam ini, aku mahu berkongsi fasal kejadian petang tadi. Sekadar renungan untuk aku dan semua. Moga bermanfaat dan dapat mengambil ibrah daripadanya.

Aku memang dah lama berhajat nak beli whiteboard marker untuk study group kami; The Champion Girls. Iyelah. Takke senang untuk explain dekat yang lain mengenai subjek yang sedang dibincangkan dengan menggunakan whiteboard? Acah acah macam cikgu leee ni. Alhamdulillah, petang tadi hajat aku sudah tertunai!

Sebelum pilih marker yang aku nak, aku belek-belek juga. Samaada nak hat marker yang ada refill dekat belakang atau marker Artline yang macam biasa tu. Aku pilih hat marker jenama Artline. Warna hitam. Sebatang aja cukupler.

Malam tadi, scroll instagram dan stalk satu instagram madrasah milik seorang following aku. Pihak madrasah upload gambar-gambar semasa sesi pengajian dilakukan dan aku tertarik dengan tulisan jawi yang ditulis di atas whiteboard, menggunakan whiteboard marker; khat(serong).

Aku bermonolog lebih kurang begini, "Cantiknya tulisan jawi niii. Kan best kalau aku beli whiteboard marker hat khat tadi".

Selepas dah habis mencuci mata dengan gambar-gambar tulisan khat tu, aku bercadang nak buka balutan plastik dekat whiteboard marker yang aku beli tadi. Semasa membuka balutan plastik tu, aku baru tersedar bahawa aku telah membeli whiteboard marker hat khat seperti apa yang aku inginkan sebentar tadi! Allahurabbi! Masha Allah! Masha Allah! Masha Allah!

Aku mengukir senyum. Sungguhlah, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Dia Maha Mengetahui apa yang kita sangat-sangat perlukan. Dengan kejadian tadi, makin kuatlah keyakinan aku akan Allah. Seringkali perkara seakan sebegini terjadi tetapi aku tak pernah kongsikan. Aku yakin yang setiap antara kita pasti ada kisah yang lebih kurang begini. Yang membuktikan betapa besarnya kebesaran Allah.

Rumusan daripada kisah ini. Yakinlah dan percayalah akan Allah. Bergantunglah segala harapan kepada Allah. Jikalau apa yang kita dapat tidak seperti apa yang kita minta dan inginkan, bersabarlah. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Have faith in Allah!

May Allah bless all of us.

Wallahu a'lam.


Monday, June 22, 2015

Urutan cara berbuka puasa.

Assalamu'alaikum warohmatullah, muslimin wa muslimat yang dirahmati oleh Allah SWT sekalian.

Based on that picture, I hope that, we can follow it step by step. Sertakan juga niat untuk mengamalkan sunnah Nabi Muhammad SAW.

May Allah bless us.

Wallahu a'lam.


Sunday, April 19, 2015

Mengatakan seseorang itu pendek, gemuk dan etc. Adakah salah?


[Mengumpat]

Aisyah RA ada mengatakan kepada Rasulullah SAW bahawa Sufiyyah(satu daripada isteri baginda) seorang yang pendek. Baginda bersabda; "kamu telah mengatakan sesuatu perkataan yang sekiranya dicampurkan dengan air laut sekalipun, tak akan mengubah apa-apa." 

Maksudnya di sini, air laut kan banyak. Sepatutnya, apabila sesuatu benda contohnya air sirap, diletakkan ke dalam laut, secara fakta, air sirap itu akan ditutupi oleh air laut. Tak akan memberi kesan kepada air laut sebab air laut banyak.

Tetapi, baginda mengatakan demikian kerana perkataan yang Aisyah RA katakan itu adalah sesuatu yang sangat berat dan kesan perkataan itu tak akan hilang apabila dicampur dengan air laut.

Sufiyyah memang seorang yang pendek. Walaupun benda itu sesuatu yang benar, itulah yang dipanggil mengumpat. Kalau sesuatu itu tidak benar, itulah yang dipanggil fitnah.

Moga Allah beri kefahaman.

Wallahu a'lam.

Sumber; Cinta Ilmu @ TV Al-Hijrah. Slot ceramah Ustaz Haryanto.

#mengumpat #backbiting #fitnah

Friday, March 20, 2015

Fitnah Wanita!


Assalamualaikum warohmatullah.

Fitnah wanita!

Boleh saja pakai pakaian warna putih atau hijau, lambang cintakan sunnah nabi.

Tapi semoleknya, nak jadi bidadari, memang digalakkan memakai pakaian hitam seperti gagak. Zaman dahulu wanita sangat takutkan fitnah.Mereka sanggup ambil sarang labah2 lumur kat pakaian supaya pakaian nampak kusam. Pemahaman aurat wanita zaman dahulu dan wanita zaman sekarang sangat berbeza. Mereka tak beritahu nama kepada umum.

Kerana tak mahu lelaki asing menyebut2 namanya. Berbeza dengan para isteri nabi. Kita wajib tahu nama mereka kerana mereka ialah ibu2 kita dan para isteri nabi. Wanita Tarim mengikuti contoh mereka. Kerana itu, jika ada orang luar mahu mengambil gambar, mereka tak redha kerana diri ibarat aurat padanya.

Jika ada seseorang call, mereka takkan bersuara melainkan orang disana bersuara dahulu untuk memastikan jantina pemiliknya. Ustaz saya cerita ramai wanita berniqab upload gambar kat fb. Isterinya menangis, beliau kata mereka dah tertipu dengan fitnah dajjal.

Percayalah, fitnah takkan datang jika wanita tidak cuba2 membukanya. Lupakah tentang Nabi Muhammad pernah bersabda, dugaan lelaki pada akhir zaman yang terbesar ialah fitnah wanita.

Umar Al Khattab pun yang dikenali dengan sifat bengis, berani dan garang pada musuh, takut dengan fitnah wanita. Beliau lebih sanggup berjalan dibelakang seekor singa, dari berjalan dibelakang seorang wanita. Itu kata, wanita ni mahal tapi mereka tak percaya. Masih juga mahu buat tayangan perdana diri sendiri kepada umum.

Janganlah jadi watak akhir zaman seperti wanita berpakaian tapi sebenarnya bertelanjang. Hukum tarik perhatian lelaki bukan halal ialah haram.

Na'uzubillah minzalik.

Sumber: Facebook.

Tuesday, July 15, 2014

Cara mengirim salam yang sepatutnya kepada orang lain.

Assalamualaikum w.b.t.


Dulunya, aku juga sering berkirim salam dengan yang lain macam gini.


A: “Tolong kirim salam dekat si fulan.”
B: “Ok.”

***

B: “Si A kirim salam.”
C: “ Ok wa’alaikumussalam.”


Bila dah tahu cara kirim salam begitu tidak menepati syarat mengirim salam, kena ubah. Sebenarnya, cara mengirim salam kepada orang lain, patutnya begini.


A: “Tolong kirim salam, Assalamu’alaikum, dekat si fulan.”
B: “Ok In Shaa Allah.”


Bila dah macam tu, yang si B akan berkata dekat si fulan dengan cara begini:


B: “Si A kirim salam, Assalamu’alaikum dekat kau.”
C: “Wa’alaiki/Wa’alaika wa’alaihissalam.”


Kenapa si C kena menjawab sedemikian? Sebab, si B sudah menyampaikan amanah yang diberikan oleh si A. Jadi, macam menghargai si B lah. Islam ni indah. Hanya dengan membantu menyampaikan salam, orang lain akan mendo’akan kita. Kan best tu. Btw, jika ada yang meminta kita mengirim salam kepada seseorang, kita wajib tunaikan kerana itu adalah amanah yang diberikan kepada kita. Faham?


Kenapa kena ada Wa’alaiki/Wa’alaika? Sebab, jika yang menyampaikan salam itu ialah perempuan, kena jawab wa’alaiki wa’alaihissalam. Jika yang menyampaikan salam itu ialah lelaki, kena jawab wa’alaika wa’alaihissalam.


Maksud bagi wa’alaiki/wa’alaika wa’alaihissalam : selamat sejahtera ke atas kamu dan ke atas dia/nya.


Jadi, sekarang dah tahu kan? Jadi kena praktikkan. Jangan buat tak endah. Amalkan. Bagitahu kepada yang belum tahu. Kalau masih tak faham, sila bertanya. Moga Allah berkati, Moga Allah redha, Moga Allah lindung, semua In Shaa Allah.


Wallahu a’lam

Saturday, June 28, 2014

Zina melalui tulisan.


Assalamualaikum. 

fuh. but first, let me say; Allahumma Balighna Ya Ramadhan! Moga dipanjangkan umur dan diri sihat fizikal serta mental untuk berpuasa dalam bulan Ramadhan In Shaa Allah!

Ok. Ni nak kata je. Nak share je. Bukan nak bash pihak ini pihak itu so, no hard feeling lahyer anak anak.


Pada pandangan aku, remaja zaman sekarang makin teruk. Bukan remaja je. Budak kecik pun sama. Bukan apa. Minda dah tak macam orang dulu-dulu. Straight to the point, aku nak bincang pasal zina. Iye zina. Mungkin bila sebut zina ni, semua fikir yang zina tu bila bersetubuh dengan yang bukan mahram. Iye memang gitu tapi zina ada banyak cabang. Yang aku nak kata dekat sini fasal zina hati



وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓ‌ۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ فَـٰحِشَةً۬ وَسَآءَ سَبِيلاً۬ (٣٢ 
"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu 
perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." -Surah Al-Israk: ayat 32


I bet that yang semua baca buku but bukan buku sekolah tu. Buku lain such as novel, puisi and so on. Kan? Ok now. Lately ni, buku-buku tu dah tak macam buku dulu-dulu. Penulisan dia yeah aku ngaku yang ayat dia best but pengisian dia tu ha. Spoil Ya Allah. Cerita fasal hm benda-benda yang blue. Tahu kan? Bukan blue colour but blue--pornography. 


Ya Allah. Certain buku memang ada letak 18tahun ke atas but ada je yang langgar rule tu. Pejadah ah gitu. Orang lain ingat, kita baca buku yang adalah jugak manfaatnya tapi sedangkan pengisian buku tu ke arah yang memudaratkan. Memang hanya tulisan tapi kita yang manusia ni ada otak, ada minda, ada hati kan? Kita mampu untuk bayangkan sesuatu hanya melalui tulisan. Kan? 


Sabda Rasulullah S.A.W: "Hindarilah zina sebab zina menimbulkan enam kesan buruk.
 tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, 
menyebabkan fakir dan mengurangi umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina 
menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka." -Hadis riwayat Baihaqi


Dah kalau ayat-ayat dia menjurus ke arah benda-benda yang tak senonoh, otak fikir apa? Minda terbayangkan apa? Hati terasa getarannya macam mana? Dan kalau dah sampai timbul syahwat, ok dosa dah. Dosa. That's what we call zina hati! Pikiaq benda, pikiaq bentuk ini bentuk itu. Dah dosa. Allahurabbi. Bila parents tanya, tak keluar ke outing ke lepak ke, kita jawab nak baca buku and parents pun expect yang kita baca buku biasa-biasa je. Alah macam cerita thriller, cintan cintun, ukhuwah and so on but hakikatnya? Duduk dalam bilik, ambik buku, selak muka surat, baca bait-bait aksara dan fikiran mula membayang. Ha!


Iye. Memang we are alone at our bedroom but mungkin lupa kot, kotlah yang Allah tu Maha Mengetahui, Maha Melihat, Maha Tahu Segala even kita tak ucap. Manusia tak nampak tapi Sang Pencipta manusia nampak. Kan gerun tu. Malaikat kiri kanan dah standby nak catit apa yang kita buat. Kadang diri ni lupa. Lupa yang Dia tu ada bila-bila aje. 
Aku tak tuju dekat kauorang aje. Ni ha tuju dekat kitaaa semuaaa. Kalau dah tahu buku tu tak elok, lucah senang kata, stop. Jangan nak mengada pergi baca. Jangan. Kotor hati. Dah tahu teruk, stop baca ok. Tolong lawan nafsu sikit. Jangan asyik nak mengekor je apa nafsu kata. Cuba tabahkan hati tu! Cuba! Selagi ajal belum tiba, cuba! Tak rugi. 


"Man sobaro, zafira!"
-"Siapa sabar, dia beruntung!"-


Moga saling berpesan-pesan dekat yang lainnya. Tegur dengan cara yang berhemah. Tegur bukan hina. Tegur yang tidak mengaibkannya. Dah tegur, kita do'a. Moga Allah permudahkan segala In Shaa Allah kerana hati ni Dia pegang. Moga bermanfaat.


Wallahua'lam.

p/s : kadang bukan buku je. dekat social media pun. gambar pun sama. sama-sama muhasabah diri sendiri.

Saturday, May 17, 2014

nasihat aje;


Pakai tudung tapi baju lengan pendek,
Pakai tudung tapi tak pakai stoking,
Pakai tudung tapi saja buat ‘bonggol unta’,
Pakai tudung tapi baju fit,    
Pakai tudung tapi seluar ikut bentuk kaki,
Pakai tudung tapi hanya takat atas dada,
Pakai tudung tapi tudungnya telus cahaya,
Semuanya takde guna sebab aurat juga.

Aduhai muslimah. Sampai bila nak macam ni? Sampai bila nak mempermainkan apa yang Allah dah suruh kita patuh? Kenapa? Patut nak salahkan your parents? Tapi diri sendiri? Tak aci bila kau asyik nak tuding orang. Lupa yang diri tu pun ada salahnya. Mohon ubah cara pemakaian. Memang payah nak ke arah tu. Aku pernah rasa. Yeler dulunya jahil tapi Alhamdulillah hidayah Allah. Syukur. Slow-slow. Kadang takut nak dengar pandangan orang lain. Tapi, sampai bila nak takut dengan kata nista diorang? Sampai bila nak maju? Mesti nanti kau dengar macam-macam kata-kata manusia. Kau bajet alim. Kau ustazah/ustaz. Ikut kawan. Berlagak lebih. Diamkan aja.


Gila kau tak sakit hati. Perit wei bila dengar. Cuma cuba sabar(?) Allah ada berfirman; orang-orang yang bersabar, akan peroleh ganjaran yang besar. Takke kau nak? Just sabar. Kawal nafsu amarah. Diam. Biarlah diorang. Kau tadah je pahala depa. Syukur apa J


Tak salah nak berubah. Tak salah nak ikut orang. Hidayah milik Allah. Orang tegur kau, patut kau terima even macam telan pasir sekalipun. Allah dah utus dia. Bersyukur sikit please. First step, kau patut cari surrounding yang mampu bawak kau ke arah yang lebih baik such as kau berdamping dengan kawan-kawan yang baik akhlaknya. Join usrah, pergi majlis ilmu and etc. Second step, mula ubah diri. Mungkin boleh mula from tutup aurat dengan sempurna. Belek balik pakaian yang ada dalam gobok tu. Sambil belek-belek, fikir yang pakaian tu ikut syari’at idok. Nak beli baju, seluar, tudung, kain, biar pilih elok-elok. Sebaiknya, pakai jubah. Jubah tu pulak jangan beli yang jenis melekat mak datok wei. Geli ko tahu even aku yang perempuan tengok perempuan pakai macam tu. Macam nak melalak dekat situ suruh dia masuk dalam guni time tu jugak.


"Seseorang itu berada atas cara hidup kwnnya. Maka, perhatikanlah tiap seorang 
daripada kamu, siapakah yang didampinginya." -Hadis Riwayat At-Tirmizi


Tudung hm biar labuh tutup dada, bahagian belakang sampai pinggang. Sebolehnya labuh sampai punggung. Ye ye memang kau beli tudung tu labuh tapi sebab sengaja, kau terasa nak ikut zaman moden lah konon, tarik tudung sampai atas dada, apehal. Gelilah wei. Tak malu ke para ajnabi tengok (nangis tepi dinding). Bila ajnabi tengok, kadang ada yang tersipu-sipu malu sebab ingat dia syok dekat kau tapi dia syok tengok benda lain. Faham kan? Kadang ada yang marah ajnabi sebab tengok lama dekat kau. Macam pervert ha. Dah kau pi bagi peluang dengan pakai macam tu, adake yang nak lepaskan peluang? Maybe certain je yang elak. Yang lain, layan.

"Do not tell your daughters to wear a hijab, but tell them to cover their aurat."

Third step, hm ikut kau. Idea dah kering dah. Lagi satu, stokin. Kau memang pemakai selipar tegar tapi tak boleh nak salahkan selipar, kau tak boleh pakai stokin. Eh ada je stokin yang ikut jari tu lol cemana nak explain. Stokin yang boleh masuk jari satu-satu or just ibu jari. Ada. If taknak, kau pakai ah kasut sampan. Kasut sarung actually haha. Nak pakai sneakers pun okay jugak but seeloknya pakai stokin gegurl semua.


Yang handsock/armsock. Bagi yang jenis bila bercakap, tangan tak reti duduk diam ha kena pakai. Senang kata semua harus pakai. Memang baju tu dah lengan panjang tapi just in case terselak and time tu jugak ada mata-mata ajnabi memerhati, tak ke naya. Nanti dah lama kau pakai, aku jamin yang kau takkan tinggal. Payah. Bila tak pakai, hati resah, tak tenang. Rasa sexy pun ada juga macam Kak Asyiq kata.


Tahu dah ada yang nanti kata aku macam pengecut ke gedik ke sebab mengada nak nasihat orang. Biarlah engkau. Aku sampaikan apa yang aku tahu. Nak bajet famous tu lain ceritalah. Bukan dapat pahala famous pun. Asalkan kau manfaat apa yang aku dah tulis. Hidayah milik Allah. Aku cuma do’akan aje. Harapnya sedar. Penatlah tengok diri sendiri tak reti tutup aurat dengan sempurna. Letih. Tak kata satgi kau sarung jubah, pakai purdah. Mula perlahan-perlahan. Hidup dah tak lama. Bumi dah tua. Manusia dah macam apa je.


Asalkan nyawa tak dikerongkong, kau masih punya peluang.


Apa guna freehair sebab kelak nanti kau dapat balasan. Apa guna berkasih-sayang sebelum kahwin dengan ajnabi sebab kelak nanti merana diri. Apa guna bergelar perempuan tapi senang-senang jual maruah diri.

Sabda Nabi S.A.W : Perempuan itu aurat, maka apabila dia keluar 
mendongak syaitan memandang akan dia.

Wallahua’lam.

Saturday, March 15, 2014

Handsock and The Gang ;;;

Handsock & the Gang
Persoalan timbul.
'Kenapa aku perlu kowtim dengan Handsock & The Gang?'
Persoalan lain timbul
Kowtim wa Handsock & The Gang itu apa?
Kowtim
Most of the time together.
Susah & senang bersama.
Takkan berpisah selamanya.
Handsock & The Gang

Handsock & The Gang terdiri daripada;
1. Handsock
2. Tudung labuh
3. Stokin kaki
4. Tutup bawah dagu.

Kenapa perlu kowtim dengan Handsock & The Gang?
Err. Perlu sangat ke?
Kalau tak kowtim dosa & neraka ke?
Kalau kowtim konfem masuk Syurga ke?
Meh gua jawab satu-satu pasal Handsock & The Gang
----------------------------------------------------------------
Handsock
----------------------------------------------------------------
Handsock.
kenapa?
why?
limaza?
Guna handsock tak wajib. Serious tak wajib.
Tapi jom kita ushar dalam fiqh, ada kaedah:
ma laa yatimmul wajib illa bihi, fahua wajib.
apa-apa benda wajib yang tidak sempurna tanpa 'something itu', maka something itu jadi wajib.
yes, i never ever can't deny guna handsock tak wajib.

TAPI,

boleh bagi jaminan dengan tanpa handsock akan tidak nampak aurat u olls bahagian yang patut ditutup itu?
kasi gua jaminan.
kasi gua guarantee.

*senyap tiada bantahan*

so, that's why you guys need handsock to cover up apa yang patut dicover up.
sebab tanpa handsock, BESAR probability untuk nampak aurat itu.,
----------------------------------------------------------------
Tudung labuh
----------------------------------------------------------------
Allah kata dalam Quran Kareem:

Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga dada-dada mereka - Surah An-Nur : 31

Err yang tu cukup dah kot.

Ada bantahan from anyone?

*semua geleng kepala*

tak semestinya guna tudung labuh macam hustajah-hustajah,
asalkan tutup dan labuh menutupi apa yang patut ditutup itu sudah memadai.
cuma kalau guna macam hustajah-hustajah itu lebih molek!

*salute*

----------------------------------------------------------------
Stokin kaki
----------------------------------------------------------------
Jom ushar hadis from Ummu Salamah:
Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidak mempunyai sarung? 
Nabi menjawab,

“Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan menutupi zahir kedua kakinya.”
Hadis Riwayat Abu Daud

Ada pendapat yang mengatakan ini hadis bukan daripada Rasulullah, namun daripada Ummu Salamah sendiri
Tapi Ummu Salamah ialah Isteri Nabi. So, kalau betul bukan Hadis Nabi pun still boleh ambil Iktibar.
Isteri Nabi kot 
So, gunalah stokin kaki untuk tutup kaki u olls!
----------------------------------------------------------------
Tutup bawah dagu
----------------------------------------------------------------
khilaf Ulama'

pendapat #1
pendapat yang lemah sebahagian Ulama' mengatakan no need to tutup bawah dagu.

pendapat #2
pendapat majoriti Ulama' mengatakan perlu tutup bawah dagu.

Boleh je nak ambik pendapat lemah sebahagian Ulama' mengatakan tak perlu tutup bawa dagu.
Tapi majoriti Ulama' mengatakan perlu tutup bawah dagu.
So molek lagi tutup ikut Ulama' majoriti 
uhukk,
gua kasi hujah sikit ye kenapa perlu tutup.

muka = bukan aurat.
leher = aurat.

bawah dagu (?)
di manakah sepadan antara muka dan leher?
tak tahu kan?
bawah dagu itu anggota leher atau anggota muka?
tak tahukan?
bawah dagu itu ada line tak bezakan antara bahagian muka dan leher?
tiada bukan?
tapi,

muka = bukan aurat.
leher = aurat.

macam mana nak tutup aurat bahagian leher tapi bawah dagu itu tak cakap pun mana satu bahagian leher dan bahagian muka.
so kaedah Fiqh digunakan dalam masalah ini:
Ma laa yatimmul waajib illa bihi fahua wajib.
apa-apa benda wajib yang tidak sempurna tanpa 'something itu', maka something itu jadi wajib.
maka tutup bawah dagu itu menjadi satu perkara yang penting banget.
So, that's why kena tutup terus bawah dagu untuk tutup apa yang patut ditutup.
Well, tutuplah bawah dagu u olls! 
----------------------------------------------------------------
Dah kenal Handsock & The Gang?
so it's your choice untuk pilih mana satu?

nak 'tutup'
nak 'tak tutup'

cuma ia membezakan martabat solehah seorang perempuan.

'tak tutup' = solehah
'tutup' = super solehah

Bagi aku, tiada muslimat yang tak solehah.
Semua solehah,
Tapi yang aku lihat tidak ramai yang super solehah. Solehah yang Superb.
Solehah yang Superb?
Kowtim lah dengan Handsock & The Gang! 
Panas. Leceh. Orang kutuk?
Hiraukan. Diorang jealous dengan u olls sebab u olls dah naik pangkat solehah 
kata nak jadi muslimat solehah yang bernilai batu berlian permata daripada lapisan ke-7 bumi?
jagalah apa yang patut dijaga.
tutuplah apa yang patut ditutup.
labuhlah apa yang patut dilabuh.
Moga Allah tambah Cinta kat u olls 
Setakat ini sahaja kalam Inche kopiah dalam entry : 'Handsock & The Gang'

Assalamualaikum *lambai tangan

***
credit to Fb; Geng Tudung Labuh