Assalamualaikum warohmatullah. Moganya hari ini, kita lebih baik daripada semalam ya!
Nak tanya. Siapa je yang takpernah berharap pada manusia? Aku pernah berharap pada manusia. Anda? Tahu-tahu sendiri kan. Apabila kita berharap pada manusia dan keputusan yang kita dapat tu tak seperti yang kita harapkan, takke kecewa? Pedih perit menusuk jantung semua lah. Aku pernah rasa. Boleh tahan sakit dia tau!
Itulah. Siapa suruh bergantung harap pada manusia. Sekarang, aku cuba didik diri untuk sentiasa bergantung harap hanya pada Allah. Hanya Allah. Apa-apa yang aku buat, aku mohon dekat Allah dahulu. Apa-apa keputusan yang aku akan dapat, aku cuba didik diri untuk redha sebab Allah tahu yang terbaik lebih daripada apa yang aku tahu. Ok aku bagi contoh.
Aku basuh baju di pagi hari. Langit macam redup je. Aku macam alaa mana matahari ni. Oh! Aku lupa akan maha kuasa tu hanya Allah. Cepat-cepat aku doa lebih kurang gini; Ya Allah. Moganya harini matahari muncul agar baju-baju yang aku basuh tu kering. Sesungguhnya engkaulah yang Maha Kuasa di langit dan di bumi serta tahu yang terbaik untuk aku.
Aku tawakal dekat Allah. Apa-apa yang jadi, aku redha. Dan ya. Allah Maha Kuasa. Taklama tu matahari memancarkan sinarnya. Ya Allah maha suci engkau. Aku senyum. Ada suatu hari tu, langit redup je. Matahari takkeluar sangat. Aku dah doa maka aku redha dan berlapang dada apa adanya. Aku sangka baik dengan Allah. Allah tahu apa yang terbaik maka aku takkecewa langsung. Aku tetap senyum.
Aku nakpesan. Bergantung haraplah hanya pada Allah. Berhajatlah hanya pada Allah. Mohon pada Dia apa-apa sahaja. Walaupun hakikatnya Allah dahtahu apa yang kita nak minta, Allah tetap perintahkan kita agar memohon hanya kepada Allah. Terharu tak?!
Didiklah diri untuk sentiasa berharap hanya kepada Allah walau pada pandangan manusia nampak mustahil untuk terjadi, ah pedulikan aja. Tiada yang mustahil bagi Allah untuk makbulkannya. Cubalah. Anda akan rasa apa yang aku dah rasa. Ah indahnya berharap kepada Allah!
Semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua. Allahumma aamiin.
Wallahu a'lam.
Friday, December 18, 2015
Hebatnya Dia!
Sunday, August 23, 2015
Sehelai kain.
"Ok semua! Kita lepaskan anak panah bersama-sama!"
Kelihatan anak-anak panah Islam sudah bersedia di kedudukan masing-masing.
"Bismillah!", laung Encik Fuad.
Semua anak panah Islam menarik busur masing-masing yang sudah diletakkan anak panah.
"Allahu akbar!"
Tiap persatu anak panah dilepaskan daripada busurnya. Ada yang kena pada target adapula sebaliknya. Ah itu tidak penting. Yang penting, niat itu. Niat itu lillah(kerana Allah) dan untuk mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.
Setelah beberapa ketika, anak-anak panah Islam diberi kebebasan untuk memanah. Kelihatan dua daripada anak-anak panah Islam menjerit.
"Ada anak panah yang patah! Fuyyo!", jerit seorang daripada mereka.
Si kakak bertudung koshibo hitam melihat keadaan anak panah itu. Anak panah itu berlabel pink beserta nama pemilik anak panah itu. "Oh. Aku punya anak panah patah", monolog si kakak bertudung koshibo hitam. Dia mengambilnya daripada anak-anak panah Islam yang masih kecil itu dan diletakkan di tepi agar tidak mengganggu sesi latihan memanah yang sedang dijalankan. Seorang daripadanya berusaha sedaya upaya untuk menyambungkan kembali anak panah yang patah itu. Si kakak bertudung koshibo hitam geli hati melihat gelagatnya.
Setelah beberapa ketika, si kakak bertudung koshibo hitam dan dua orang anak panah Islam itu kelihatan sudah kamceng. Si abang daripada dua orang anak panah Islam itu bertanya kepada si kakak bertudung koshibo hitam. "Muka kakak macam mana eh? Kenapa kakak tutup? Nampak mata je", tanya si abang.
Si kakak bertudung koshibo hitam hanya senyum dan menunjukkan isyarat agar si abang diam dengan menggunakan jari telunjuk. Kelihatan si abang dan si adik tidak berpuas hati dan ingin mendapatkan jawapan yang dapat memuaskan hati mereka. Sebenarnya, mereka berdua ni jenis yang aktif. Biasalah, budak-budak.
"Kenapa kakak tutup eh?", tanya si abang. Lagi.
Si adik menyampuk sambil menuding jari telunjuknya kepada si kakak bertudung koshibo hitam.
"Sebab muka kakak hodoh!", si adik jerit.
"Sebab muka kakak cantik sangat sampai orang nak dengan kakak!", si abang pula menyuarakan pendapatnya.
Si kakak bertudung koshibo hitam hanya geleng kepala dengan telatah si abang dan si adik yang merupakan anak-anak panah Islam yang masih muda! Hailah budak. Jujur sungguh!
Si kakak bertudung koshibo hitam hanya diam tanpa mengeluarkan sebarang jawapan bagi pernyataan di atas. Dia tidak pasti, jawapan apakah yang sesuai untuk diperkatakan kepada si abang dan si adik. Si kakak bertudung koshibo hitam perlu menyusun ayat-ayat dengan betul agar maksud yang hendak disampaikan oleh si kakak, dapat ditafsirkan dengan betul kepada si abang dan si adik tadi.
Disebabkan kejadian itu, si kakak bertudung koshibo hitam terimbau kembali akan sejarah bagaimana dia boleh membuat keputusan untuk memakai sehelai kain, bagi menutup sebahagian wajahnya, dan hanya menampakkan matanya sahaja.
Dengan kehadiran anak-anak panah Islam yang masih muda itu, si kakak bertudung koshibo hitam dapat tajdid(memperbaharui) niatnya; mengapa dia memakai kain ini, bagi menutupi wajahnya. Mereka berdua menjadi asbab kekuatan si kakak bertudung koshibo hitam untuk menghadapi anggapan orang ramai mengenai sehelai kain yang menutupi sebahagian wajah, lebih-lebih lagi pada akhir zaman.
Pengajaran daripada cerita ini, jangan bangga apabila dipuji. Jangan lemah apabila dicaci. Tetaplah teguh dan kuat walau apapun yang menimpa kerana Allah itu kekuatan bagi hamba-hambaNya.
"If you do something for the sake of Allah, you will not fear about what others think about you".
Semoga Allah merahmati dan memberkati semua.
Wallahu a'lam.
Sunday, August 16, 2015
Kisah sebatang whiteboard marker.
Assalamualaikum warohmatullah, muslimin dan muslimat sekalian. Moga kita semua sihat wal'afiat dan begitu juga iman serta rohani kita.
Malam ini, aku mahu berkongsi fasal kejadian petang tadi. Sekadar renungan untuk aku dan semua. Moga bermanfaat dan dapat mengambil ibrah daripadanya.
Aku memang dah lama berhajat nak beli whiteboard marker untuk study group kami; The Champion Girls. Iyelah. Takke senang untuk explain dekat yang lain mengenai subjek yang sedang dibincangkan dengan menggunakan whiteboard? Acah acah macam cikgu leee ni. Alhamdulillah, petang tadi hajat aku sudah tertunai!
Sebelum pilih marker yang aku nak, aku belek-belek juga. Samaada nak hat marker yang ada refill dekat belakang atau marker Artline yang macam biasa tu. Aku pilih hat marker jenama Artline. Warna hitam. Sebatang aja cukupler.
Malam tadi, scroll instagram dan stalk satu instagram madrasah milik seorang following aku. Pihak madrasah upload gambar-gambar semasa sesi pengajian dilakukan dan aku tertarik dengan tulisan jawi yang ditulis di atas whiteboard, menggunakan whiteboard marker; khat(serong).
Aku bermonolog lebih kurang begini, "Cantiknya tulisan jawi niii. Kan best kalau aku beli whiteboard marker hat khat tadi".
Selepas dah habis mencuci mata dengan gambar-gambar tulisan khat tu, aku bercadang nak buka balutan plastik dekat whiteboard marker yang aku beli tadi. Semasa membuka balutan plastik tu, aku baru tersedar bahawa aku telah membeli whiteboard marker hat khat seperti apa yang aku inginkan sebentar tadi! Allahurabbi! Masha Allah! Masha Allah! Masha Allah!
Aku mengukir senyum. Sungguhlah, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Dia Maha Mengetahui apa yang kita sangat-sangat perlukan. Dengan kejadian tadi, makin kuatlah keyakinan aku akan Allah. Seringkali perkara seakan sebegini terjadi tetapi aku tak pernah kongsikan. Aku yakin yang setiap antara kita pasti ada kisah yang lebih kurang begini. Yang membuktikan betapa besarnya kebesaran Allah.
Rumusan daripada kisah ini. Yakinlah dan percayalah akan Allah. Bergantunglah segala harapan kepada Allah. Jikalau apa yang kita dapat tidak seperti apa yang kita minta dan inginkan, bersabarlah. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Have faith in Allah!
May Allah bless all of us.
Wallahu a'lam.
