} -->
Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Wednesday, October 7, 2015

Ish malulah!

Assalamualaikum warohmatullah. Salam penuh keni'matan kerana masih dipinjamkan nyawa oleh Allah untuk meneruskan tanggungjawab sebagai abdullah(hamba Allah) di bumi yang fana(sementara) ini.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Takde perkataan yang mampu aku ucapkan melainkan itu. Alhamdulillah.

Bagi mereka yang ada account Facebook, mungkin mereka sudah tahu akan hal ini. Team Facebook akan hantar notification; You have memories with ____ to look back on today.

Aku ingat perkara itu hanya biasa-biasa untuk mengenang kembali memory dulu-dulu. Hari ini, 7October2015, aku dapat lagi notification mengenai ini. Memory yang kot-kot aku nak kenangkan balik haa acah gitulah. Konon.

Ada beberapa status yang telah aku post pada tahun 2011. Aku hanya mampu gelak dan geli hati. Teruknya aku dahulu. Benda remeh macam tu pun dipost. Orang lain baca kot, haih malu!

Aku yakin, semua orang ada masa silam dia yang seakan taknak dikenang langsung. Janganlah begitu. Jikalau tidak ada masa silam, mana mungkin kau, aku, kita semua mampu jadi sebegini. Kan?

Yang mampu didelete dan dihapuskan, usahalah. Moga Allah bantu kita semua untuk menutup aib-aib kita yang kita sebar pada waktu sedar ataupun tidak.

Man jadda wa jada!

p/s; zaman myspace dulu lagilah weii.

#facebook #dulutakberapanakfikirpanjangsangatsebelumpost #sekarangnimoganyafikirduatigaempatbanyakbanyakkali #deletestatus2merepektuuumaluhaih #tahupunaibsendirinaktutuptapiaiborangsibuknakjaja #myspacetutaktahujadiapa


Wednesday, September 16, 2015

Untitled

Assalamualaikum warohmatullah. Moganya anda sentiasa dalam lindungan Allah.

Terkadang, rasa sayu itu hadir di waktu ketika engkau rasa you're useless to others. Mungkin terlalu membuka pintu untuk yang lain mendekati diri merupakan langkah yang tidak bijak malah akan memberi kesan-kesan yang tidak sepatutnya ke atas pihak-pihak tertentu.

Keputusan yang muktamad telah dilakukan mungkin akan diperkotak-katikkan oleh mereka yang merasakan perkara itu tidak perlu dibuat.

Mungkin apabila diri ini merasakan semuanya bagai tidak kena, mengangkat kaki dan melangkah pergi membawa diri berseorangan itu langkah yang terbaik. Membiarkan diri hanya dengan si Dia yang sering memahami malah langsung tidak akan menyakitkan diri, itu yang terbaik buat diri.

Wahai Tuhan, maafkan jika ada antara kami lalai dalam mengingatimu kerana terlalu bahagia dengan ni'mat yang Kau kurniakan. Terima kasih kerana menghadirkan mereka yang pernah menjadikan hidup ini dihiasi dengan tawa gembira, tangisan hiba dan sebagainya. Mungkin sudah tiba masanya aku melepaskan semua dan merelakan diri ini menuju kepadaMu dengan harapan yang tinggi.

Setiap yang terjadi itu ada yang Allah mahu kita belajar dan sedar betapa hanya Allah yang memiliki segalanya. Pabila adanya hadir, pasti adanya pisah. Semoga Allah memberkati kita semua.

Dan sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.


Tuesday, September 1, 2015

Jarak.

Walau jarak itu memisahkan jasad-jasad kita--
Pendirian ini tetap teguh meyakinkan;
Hati kita bisa bersatu.
Dengan izin-Nya Dia.

Tidak perlu kerap berbicara dan berhubung sakan,
Tetapi cukuplah ingatan untuk mendo'akan antara satu sama lain tiap kali selepas solat fardhu.

Biar rasa itu sentiasa ada;
Biarpun jasad tak kelihatan pada mata.


Saturday, June 13, 2015

Setelah sekian lama.

بِسـمِ اللَّهِ الرَّحمَنِ الرَّحِيم.

---

Assalamualaikum warohmatullah, muslimin wa muslimat. Harapnya sihat wal 'afiat. Berbulan juga tak update apa-apa. Nak kata busy, tak juga. Gian juga nak menulis, buat cerita yang dapat ispirasikan diri sendiri(ceh).

Hanya nak share benda yang mungkin bermanfaat untuk anda.

"Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah pengharapan, supaya kamu mengetahui bahwa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain Dia. Maka Allah menghalangimu daripada perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya".-Imam Syafie.

Barakallahu fikum wa usratikum. May Allah bless us and our family.

Wallahu a'lam.

p/s; floating button 'extra' mungkin tak dapat mengakses anda ke laman tersebut sebab URL blog sudah ditukar daripada www.nurin-aqilah.blogspot.com ke www.blooming-tulips.blogspot.com. In Shaa Allah, I will fix it as soon as possible. Keep sabr and have faith in Allah.

Saturday, December 6, 2014

Menangis tanda lemah? Big no.

  Rabaknya hati tu taksama macam remuknya kertas. Taksama macam pecahnya gelas. Taksama langsung macam kereta remuk ditindas-tindas. Hati tu bila rabak dek kerana terlalu menyerap tiap bait kata orang-orang, makin lembik, rabak pun boleh kira teruk jugak. Hailah hati.

  Betullah. Bilamana hati tu dahmudah nak terasa, senang kata; mudah touching dengan segala benda, sungguh aku kata, payah dan makin parah hendak dikawal. Bila sampai satu ketika, tekak terasa berpasir, lidah kelu nak menghamburkan kata-kata, dada sebu taktahu nak bilang bagaimana, hanya hati yang mampu tafsirkan segala benda dan hasilnya, itulah air mata yang deras mengalir di pipi sang mangsa.

 Dulu sudah dikata sebagai azam sehingga akhir nyawa, mengalirkan air mata itu hanya sia-sia kecuali hanya untuk Yang Maha Esa. Tetapi, ada suatu kisah yang aku mohon tidak dilupa sehingga jasad dimamah usia, itu dia yang menyedarkan bertapa preciousnya setiap titisan air mata.

  Dan kini aku percaya dengan mereka yang pernah berkata;

menangis tu dapat ringankan sedikit rasa.

menangislah jika kau rasa sangat terseksa
.
menangis bukan tanda lemah tetapi menangis itu tandanya seseorang itu sudah bertahan lama dan ingin menjadi kuat untuk abad yang seterusnya.

  Menangislah jika engkau tak dapat luahkannya dengan bait kata-kata. Menangislah jika engkau rasa tiada siapa melayan apa yang kau kata. Menangislah kerana dulunya leka dan alpa dengan apa yang ada. Menangislah jika engkau hendak melembutkan kembali, mengikis kembali, semua karat jahiliyyah di dalam hati yang sudah mati lagi basi.

  Sungguh, menangis tu dapat express segala rasa. Hanya yang sudah rasa tahu menilainya bagaimana. Stop being too judgemental. Take some food from my plate and chew them. Then, talk. And you will be understand what i am talking and nagging about,

  Maaf atas segala salah silap kata. Moga Allah redha. Barakallahu fik wa usratik!  

Wallahu a’lam.

Monday, March 31, 2014

random [2]


orang kata, tak kenal maka tak cinta.,
mungkin ada juga yang kata, cinta kena lihat paras rupa,
mungkin juga cinta bertaut bila bertentang mata.

tapi sekarang statement tu bukan hightlightnya,
hanya nak kata, melalui aksara juga boleh bertemu cinta,
cinta kepada tulisannya, cinta kepada penulisnya,
bukan kata gatal semata,
nak kata penulisannya boleh membawa kepada tautan ukhuwah menuju ke JannahNya.

***
Salam ‘Alaik.

Harap semuanya sihat belaka. Sebenarnya takda nak type apa. May Allah bless all of us. Moga sentiasa dalam perlindungan Allah. Semoga sentiasa mendapat hidayah daripadaNya. Semoga dipermudahkan segala.


p/s: rindu dia. sangat.

Saturday, November 30, 2013

untuk dia hey ;

Assalamualaikum.


I  just wanna say something to her through this entry so, lets begin.


Bila dikatakan takdir, semua manusia tak boleh bantah even ada yang mengaku dia Tuhan olok-olok tapi dia pun tak boleh nak ubah. Mungkin ia satu kebaikan atau satu keburukan bagi seseorang. Semuanya Allah dah aturkan cantik molek dekat situ special untuk hamba-hambaNya yang disayangi.


Pertemuan aku dengan engkau secara kebetulan dekat laman social last month terasa hot issue lagi. Macam ‘wah. Dapat tambah satu lagi kawan.’ Dahler dia tu sejiwa dengan aku – exo stan lol. Bolehlah sejiwa jugak, heh ._. Bagi aku, kau macam ada ‘something’ yang buat aku nak kenal kau... lagi rapat. Tbh, aku selalu berangan nak ada kawan. Kawan baru. Yang aku cari sendiri.


Bukan nak kata kawan aku sekarang tak gempak cuma aku macam nak jugak rasa ada new friend haaa. Macam best je. Maybe in real life aku kepoh sikit but hey, aku kepoh dengan classmates aku je eh. Dengan orang lain, pergh terasa melekat bibir ni nak cakap. Senyum je. Awkward okay. Naik tegang kulit muka. Dah boleh kot jadi duta ‘Fab tak kak ton’ urgh ;A;


Allah dah takdirkan aku jumpa kau. Buat kawan dengan kau. Unmention tweet dengan kau. Semuanya takdir. Tapi bila one day tu aku tahu kau bukan macam kawan-kawan aku dekat sini, aku terasa nak tahu apa sebenarnya your problem is. Kau lain. Yang buat kau macam pesakit insomnia, always stress and get migrained. Hidup dirasakan lifeless and always cry everyday. Disebabkan kelainan kau tu, aku tertarik /peace/


Kau luah dekat aku sikit demi sikit. Macam mana hidup kau. Masalah kau. Impak daripada semua tu, kau tanggung sorang-sorang. Yes. Aku simpati. Simpati dengan kau and disebabkan tu, aku tak nak jadi macam diorang yang kau kata diorang anggap kau macam sampah sebab bila tak perlu, diorang buang. Aku nak support kau. Aku nak kau rasa betapa bahagianya ada kawan. Aku dekat sini, kau dekat Terengganu. Oh mak ai. Macam mano deh gua nak pi sano jenguk mu. So because of that, laman social lah jadi penghubung kita – penjalin dan penghubung ukhuwah kita.


Kau kata tak ada kawan pun tak apa sebab susah nak cari kawan yang betul-betul kawan. Tapi bagi aku, if nak survive hidup, sekurang-kurangnya kau kena ada kawan. Kawan yang always support kau dalam semua keadaan. Gembira, sedih, susah, sakit hati. Kawanlah list yang ketiga dalam hidup aku. If family tak ada nak bagi support, aku pergi dekat kawan-kawan aku but mostly aku suka pendam dalam hati. So dengan diorang, aku selalu happy je. Cerita macam-macam and bergelak ketawa sekali. Menangis? Of course ada tapi diorang jelah. Aku watlek dekat sini lol. Act, aku susah nak nangis... hm dah stop talking about that.


Tapi dalam kes kau, ada kawan, lagi beban. Mungkin aku tak berapa nak tahu sangat about your groups but adalah sikit aku tahu. Just a little bit. Mungkin tu semua ujian yang Allah nak uji dekat kau. Tentu ada hikmahnya. Trust me. Allah bukan saja-saja bagi beban dekat seseorang tu kalau bukan untuk kebaikan dia.


Just, kau perlu think positive. Kau settlekan masalah dengan diorang elok-elok but jangan lupa do’a untuk persahabatan korang. Jangan putus ukhuwah. Allah tak suka. Kalau boleh, teruskan even perit sekali pun. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Allah tahu sampai mana kudrat kau nak tahan dengan semua benda ni. Dengan masalah with your groups plus dengan sakitnya kau lagi. Tu semua ada hikmah sayang. Aku tahu kau sorang je rasa betapa peritnya masalah ni tapi please my dear, jangan putus asa. Kau kena teruskan hidup kau, for your future. Pls.


Memang dah berulang kali aku cakap dekat kau benda ni. Trust Him. Kau pohon do’a dekat dia. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Maybe certain manusia, dia tak suka dengar masalah orang, tapi no problem lah. Allah ada. Apa kesah dengan diorang tu kan. Be strong my dear. I will always pray for you, for us, kebahagiaan dunia dan akhirat.


Just remember this words. Lekat dekat ingatan kau okay.  

I (we) always stand by your side. Always. Dengan izinNya, In Shaa ALLAH ♡♡♡

“Setiap orang Islam yang ditimpa penyakit atau lain-lain musibah, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya seperti mana pohon kayu yang menggugurkan daun-daunnya. (Hadis Riwayat Bukhari, NO:1658)


p/s : Aku akan sentiasa dengar masalah kau, In Shaa Allah. Aku nak support kau. Aku rasa bertanggungjawab so let me hm?

Tuesday, November 26, 2013

no followback?




Assalamualaikum.

Kenapa tak nak followback? sombong ah.


Okay now. Memang dulu aku jenis yang suka main follow twitter acc semua orang ikut suka hati jari aku. Bila dah follow, timeline twitter aku akan dipenuhi dengan semua following aku. Pelbagai tweets ada. Tweet da'wah, tweet ilmu, tweet cinta, tweet lawak, tweet yang mengaibkan orang, tweet gambar tak senonoh and wtv.

Aku pikir, kenapa aku perlu follow twitter acc yang tak kena dengan hati aku? bila aku baca tweet diorang, aku akan mula judge. Bila judge, aku akan fikir positive dan negative dan mulalah aku fikir itu ini pasal owner twitter acc tu.

Satu ketika, aku kenal someone. Dia jarang follow orang yang dia tak kenal. Aku anggap dia sombong sebab jet jet tak nak followback followers yang mention dia tapi bila aku tahu sebab musabab dia tak suka follow orang sesuka hati, aku sedar. Sebab dia kata ;


Aku taknak mainkan perasaan orang. Nanti bila aku main follow je and one day aku nak 
unfollow dia sebab tweets dia tak kena dengan cara aku, aku takut dia sakit hati.


Sebab tu sekarang aku letak caption no followback dekat bio twitter acc aku. Bukan bermakna aku bajet, sombong and retis macam tu. Jujur aku kata aku tak sanggup nak hampakan diorang yang mention aku "mind followback?" . Sebabtulah aku letak. Get it?

Sebab musabab aku tak nak ada orang mention macam tu, aku taknak nanti bila aku followback and tweets dia menyakitkan hati aku-macam tak kena jiwa ah, aku akan mula cakap dia itu ini dan mengutuk dalam hati. Btw, tweets yang ayat dia macam geli-geleman tu, serious aku tak suka. Lagi-lagi tweets yang suka curse semua tu.

Dan aku follow orang ikut kata hati aku. Kalau aku rasa dia okay dan tak akan menimbulkan perasaan aku untuk judge dia, so okay. If aku rasa aku 'patut' follow dia, aku follow. And now bila aku nak unfollow someone, aku dah tak click button unfollow dah.


Aku terus block.


Aku block sebab aku tak nak diorang cari aku lagi. Nanti dia maki aku. Manusia sekarang mana suka unfollowers and haters. Ha takke takut centu? lol.

Bagi aku, if nak follow twitter someone kena tengok dulu beberapa tweet dia sebab daripada situ kita boleh agak perwatakan owner twitter acc tu macam mana. Bila dah follow, kenalah terima semua tweet dia. Takke gitu? Dah follow kenalah terima apa saja even tweet diorang tu annoying ke apa. Ha siapa suruh follow. Kena ah tanggung risiko.

p/s : lately ni, aku selalu sleepy -.-

Wednesday, November 20, 2013

people;

 Assalamualaikum.

Rasanya tak mati kut kalau tak pakai ayat-ayat carut dalam kehidupan seharian?
Tak pelik kut kalau nak maki-maki orang pakai ayat-ayat carut?


Mungkin ada yang kata, carut tu skill. Pergh! Pandai buat kesimpulan ye -.- Tak rasa bersalah ke kalau mencarut? Ke lagi rasa bangga? Ke nak cakap, zaman moden so kena ikut cara zaman-zaman tertentu?


Oh tidak. Lagi-lagi orang yang aci sedap dia je maki orang. Orang buat salah sikit, pi maki. Orang yang tak buat salah pun nak maki jugak. And yang lagi satu tu, pantang aku dengar sesedap mulut dia je panggil/gelar orang dengan nama haiwan.


Eh. Tak reti panggil nama dia ke apa? Ke lidah terbelit sampai gelar orang binatang? Amboi amboi. Kang orang cakap parents kau tak ajo, hah pandai pulak nak cakap jangan main mak bapak segala bagai.  For your information, akhlak anak-anak mengikut cara didikan parents dia. So tak salah rasanya bila nak libatkan your parents. Kan?


Lainlah kalau your parents dah didik betul-betul tapi harem diri tu tak ambik pusing. Hm. Bagai mencurah air ke daun keladi gitu. Asyik nak ikut kepala dia je. Orang nasihat, eh sukahati je tuduh orang bajet alim. Oh bloody jerk lah. Orang nasihat tanda sayang. Orang keliling kau nak suruh kau berubah ke arah yang lebih baik.


Takke kau rasa diri kau bertuah sebab Allah utuskan hamba-hambaNya untuk membimbing kau? Orang yang nasihatkan kau tu merupakan pertolongan daripada Allah tau. Tak semestinya Allah bagi direct terus dekat kau. Mungkin Allah bagi pertolongan dekat  kau melalui perantaraan kawan-kawan kau, melalui status facebook or tweet from twitter. Biaq tarbiyah sikit diri tu.


Cubalah fikir positive sikit. Ni asyik mention orang then maki panggil orang binatang ke amenda semua tu. Oh so lifeless ah lu der. Yeah memang rasa bila buat benda pelik semua orang dok mengata pandang semua. Eh. Suka jadi barang pameran eh? Attention seekers gitu? Oh pleaselah.


Cuba fikir. Kalau tak sekarang kau berubah, bila lagi? Kita tak tahu esok masih ada lagi ke untuk kita berubah? Bukannya suruh berubah tu, terus selubung pakai jubah ke semua tu. No. Ubah bahagian dalaman atau luaran dulu. Ubah satu-satu. Jangan gelojoh. Asalkan kau istiqomah. Don’t worry. Allah sentiasa ada. Sentiasa ada mendengar segala rintihan rayuan kau. Dia tak pernah jemu. Dia Maha Mengetahui segala yang terlintas di benak fikiranmu.



Kita hidup saling lengkap-melengkapi. Aku nasihat kau. Kau nasihat aku. Tiada yang mustahil jika Dia mengizinkannya. Wallahu’alam.

jangan jadikan kata-kata makian sebagai makanan ruji kau. Please jadikan ayat suci Al-Quran sebagai makanan buat rohani kau. Rohani pun kena makan okay.

p/s : orang kata kamu bodoh bukan maksudnya kamu tu bodoh sebab tak berpelajaran, tapi kamu bodoh sebab buat-buat bodoh sebab hakikatnya kamu tahu benda tu salah. Faham dak? So jangan blaming people if diorang kata kamu bodoh. Tengok diri dulu. But tak payahler sesuka hati nak kata bodoh dekat sesiapa. Get it?

Tuesday, October 15, 2013

Hanya sebab...

Sebaiknya tak payah keluar,

Bila keluar buat sakit hati,

Bila dah target, terbayang pulak,

Bila dah siasat, ahahahaha lagi perit hati,

Yeah sebaiknya tak payah keluar,

Biar terperap dalam rumah buat apa yang patut,

Daripada keluar rumah buat mata pandang benda tak sepatutnya,

Hati pulak yang jadi mangsa - sakit,

Fikiran berkecamuk - hidup tunggang-langgang,

Tiap masa nak terbayang-bayang,

Fikir benda yang buat hati diasak rasa sakit,

Duduk termenung macam orang tak dak kerja,

Imbau balik apa perkara yang jadi,

Mengalir air mata jatuh ke pipi,

Rasa macam lawak bila menangis dekat benda yang tah amenda tah,

Bila orang tanya- kata tak ada apa-apa,

Bila lama dipendam - makin menusuk rasa sakit,

Hanya satu sebab - sebab kau keluar.

entry kali ni memang pelik sikit

Tuesday, August 6, 2013

Gurau. Lawak.


Assalamualaikum.


Yeahhh entry yang ke-2 after trial pmr . Ewah ewahh . Macam dah PMR bebenor je ? Keke . Sedar weih sedar . Lagi berapa hari je nak PMR . Tolak makan tolak tidur tolak masuk keluar bilik air tolak dok melangut taip entry tolak tolak tolak semualah . hmm maybe beberapa jam je nak study .



Dah .



Hidup kalau tak bergurau macam serba tak kena. Bagi diri akulah. Korang i don’t knowlah pulak . Gurau plus sakat-sakat orang tu dah sebati dengan hidup aku ecece.




But , yang aku nak hujah kononyalah dekat sini , ada jugak bab sensitive part gurau ni . Kalau main goreng je ayat tu plus mulut kemain laser , pergh sentap hati ah kawan tu .



Sebelumlah kan nak gurau or sakat kawan tu, anda sendiri patut tahu apa perkataan or something yang dapat touching kan hati dia tu. Kalau dah tahu, tak payah nau nak pakai ayat yang dapat touching dia or lebih tepat lagi kesannya amat bahaya. Nak ke jadi orang yang memutuskan tali ukhuwah ?




Eh tak mo tak mo.




Mungkin ada yang kata ;



Bergurau ? Sorrylah . Dalam kamus hidup aku takdak nya main gurau-gurau ni. Study study !




Loyar buruk punye gurau. Ahhh tension. Benci !





Ehem . Study study jugak but tak stress ke ? Tak macam ala-ala nak pitam gitu ?




Kalau ye pun kena ah release tension tu sikit. Bagi aku, kalau tak gurau tu macam hm bosan sikit ah.



Ayat takdak gurau;


“Eh kau tengah buat apa tu?”


“Study. Dah pergi sana.”


*krik krik*



 Sense of humor takdak and perbualan tu habis macam tu jo ? Pendek . Padat . Tak best ah .



Ayat gurau gitu;


“Wei kau buat apa ni hm?”


“Hahhhhh ! Aku tengah buat jalan ni hah. Jom ah tolong aku”


“What ?! Tolong kau ? Sorry ah. Nanti kulit aku kena sinaran ultraungu gitu.Eh tak mo tak mo.”


“Kau kalau aku bagi simbah sikit air pun best jugak au. Aku penat ni. Tolong ah”


“Diam ah kau. Aku nak mandi susu sat. Tata *lambai tangan like a princess*”


“Sampai hati mu”


“Dah kau tak payah nak buat drama sinetron beratus-ratus episode. Meh ajarkan aku Mathematics lagi bagus”


“Okaylah . Aku pun macam pandai je Mathematics ni lol”


“Ni macam nak gigit je kau hm. Nasih baik aku sayang kau kawannnn”



Hahhhh hambek kau . Gurau plus macam loya buruk pulak aih but best apa macam ni. Ceria je hidup kuikui. Tapi tak tahulah kehidupan korang macam mana. I love to gurau-ing with my friends lol.



Mungkin.



Ada yang tak suka orang yang suka gurau ni. Maybe dia seorang yang strict . Kerja semua nak buat tension-tension . Kerut-kerut muka . Alergic dengan orang yang suka bergurau (loya buruk) .



Hmmmm.



Aku rasalah takdak ah buruk mana gurauan ni ah . Dah kau pi buat gurauan buruk tahap petala 4 siapa suruh ? Lain kali bagi modified sikit gurauan tu . Biaq orang lain terhibur . Asyik nak sedih-sedih pun hm sedih weih.



Macam tak masuk je entry Nurin kali ni . Ayat pakat gengster je kuikui . Janji ada lol -.-