} -->

Wednesday, June 20, 2018

Move on.

"Aku dah cakap. Benda tu bukan hak milik kekal kita".

Dia menjeling tajam. "Kau tak rasa, memanglah. Aku yang hadap semua ni. Peritnya aku. Kau tahu apa?", jawab Sara.

Maya menghela nafas, perlahan.

"Sara. Kau kena faham. Kita punya kehendak tak sama dengan kehendak Allah. Boleh jadi apa yang kita nak sangat-sangat, tak baik untuk kita dan apa yang kita tak suka tu boleh jadi baik untuk kita. Kita ni hanya bergantung segala harap pada Dia. Kena ingat tu", pujuk Maya.

Sara merenung jauh. Mungkin sedikit terkesan dengan kata-kata Maya.

"Maya. Kau tahu kan hubungan aku dengan dia macam mana. Rapatnya kami. Kau tak faham", tutur Sara.

Maya mengusap lembut tangan Sara. Dia mengukir senyum pada Sara.

"Sara. Kau nak tahu. Dulu, aku pun begini. Mengenal seseorang dan pada akhirnya, aku yang sakit. Betul. Tak mudah untuk menerimanya. Jujur aku katakan. Aku yang salah. Terlalu meletakkan pengharapan yang tinggi padanya. Hakikatnya, dia juga cuma hamba. Takde kuasa atas sesuatu."

Sara menunjuk minat untuk mendengat cerita Maya dengan lebih lanjut.

"Habistu, macam mana kau move on?"

"Nak mendidik hati untuk terima semuanya memang perit. Pelan-pelan kayuh. Didik hati yang semuanya milik Allah. Balik semula pada Dia. Betullah. Allah sahaja tempat kita meletakkan seluruh pergantungan. Sebab itu, apa-apa yang kita miliki sekarang, kita perlu bersedia untuk kehilangannya."

"Sara. Sahabat kau pergi mesti ada hikmahnya. Andai tak nampak sekarang, In Shaa Allah, suatu hari nanti kau akan faham dan mengerti apa yang sebenarnya di sebalik semua ni. Terkadang, itulah jawapannya untuk doa-doa yang selalu kita lafazkan. Kau mampu hadap benda ni. Sabar dan solat. Jangan tinggal yang itu", pesan Maya sambil menepuk lembut bahu sahabatnya.

Hargailah setiap apa yang kita miliki. Tapi, jangan lupa yang hakikatnya, semua ini milik Allah. Kadang-kadang sampai suatu saat, perasaan ingin meluahkan itu cukup kuat. Ya. Luah pada Allah itu patut diletakkan di tempat yang teratas sekali berbanding yang lain. Semoga berjaya.