} -->

Friday, December 18, 2015

Hebatnya Dia!

Assalamualaikum warohmatullah. Moganya hari ini, kita lebih baik daripada semalam ya!

Nak tanya. Siapa je yang takpernah berharap pada manusia? Aku pernah berharap pada manusia. Anda? Tahu-tahu sendiri kan. Apabila kita berharap pada manusia dan keputusan yang kita dapat tu tak seperti yang kita harapkan, takke kecewa? Pedih perit menusuk jantung semua lah. Aku pernah rasa. Boleh tahan sakit dia tau!

Itulah. Siapa suruh bergantung harap pada manusia. Sekarang, aku cuba didik diri untuk sentiasa bergantung harap hanya pada Allah. Hanya Allah. Apa-apa yang aku buat, aku mohon dekat Allah dahulu. Apa-apa keputusan yang aku akan dapat, aku cuba didik diri untuk redha sebab Allah tahu yang terbaik lebih daripada apa yang aku tahu. Ok aku bagi contoh.

Aku basuh baju di pagi hari. Langit macam redup je. Aku macam alaa mana matahari ni. Oh! Aku lupa akan maha kuasa tu hanya Allah. Cepat-cepat aku doa lebih kurang gini; Ya Allah. Moganya harini matahari muncul agar baju-baju yang aku basuh tu kering. Sesungguhnya engkaulah yang Maha Kuasa di langit dan di bumi serta tahu yang terbaik untuk aku.

Aku tawakal dekat Allah. Apa-apa yang jadi, aku redha. Dan ya. Allah Maha Kuasa. Taklama tu matahari memancarkan sinarnya. Ya Allah maha suci engkau. Aku senyum. Ada suatu hari tu, langit redup je. Matahari takkeluar sangat. Aku dah doa maka aku redha dan berlapang dada apa adanya. Aku sangka baik dengan Allah. Allah tahu apa yang terbaik maka aku takkecewa langsung. Aku tetap senyum.

Aku nakpesan. Bergantung haraplah hanya pada Allah. Berhajatlah hanya pada Allah. Mohon pada Dia apa-apa sahaja. Walaupun hakikatnya Allah dahtahu apa yang kita nak minta, Allah tetap perintahkan kita agar memohon hanya kepada Allah. Terharu tak?!

Didiklah diri untuk sentiasa berharap hanya kepada Allah walau pada pandangan manusia nampak mustahil untuk terjadi, ah pedulikan aja. Tiada yang mustahil bagi Allah untuk makbulkannya. Cubalah. Anda akan rasa apa yang aku dah rasa. Ah indahnya berharap kepada Allah!

Semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua. Allahumma aamiin.

Wallahu a'lam.


Sunday, November 29, 2015

Lembut atau kasar? Nak pilih mana satu ni!



Assalamualaikum warohmatullah.

Hari ni, aku nak kupas fasal kotoran. Nampak simple tapi complicated eceh kemain.

Nak tanya, anda prefer untuk guna kain kasar atau kain lembut nak bersihkan kotoran-kotoran dekat lantai, meja, kerusi dan seangkatan dengannya? Kain lembut? Kain kasar? Mana satu yang betul-betul berkesan ni?

Mungkin akan ada yang kata pakai kain lembut lebih berkesan malah akan ada juga akan kata pakai kain kasar cepat tanggal kotoran semua tu. Tak juga anda.

Dua-dua kain kita perlu. Kasar dan lembut. Perlu seimbang. Mula-mula kita gosok dia dengan kain lembut agar kotoran tu akan jadi mudah tanggal. Hilang sikit-sikit pun ok walaupun tak bersih sepenuhnya. Selepas itu, kita gosok dia dengan kain kasar. Sebab tadi dahlembut kan.

Sama juga dengan hati kita yang penuh dengan kotoran-kotoran dosa ni. Kadang kita perlu teguran yang lembut sebab time tu kita down sangat-sangat. Terkadang perlu teguran yang kasar sebab bila tegur lembut-lembut, tak ambil berat pula.

Apa-apa pun yang hadir dalam hidup kita, pasti ada hikmah yang Allah berikan.

"Dia tampar aku sebab aku carut je. Sakit tau!"

"Ada hikmah tu".

"Mana hikmahnya mana?!"

"Adakah kau sudah fikir dan renung apa hikmah yang mahu Allah sampaikan melaluinya? Dahcuba?"

"Err..."

Kita kena cari hikmah tu. Kita kena fikir apa tujuan sebenar Allah hadirkan sesuatu itu dalam hidup kita. Kalau kita memanjang sangka buruk, bagaimana mahu dapat hikmah tu? Logik tak?

Selepas terima apa-apa, fikir dahulu. Apa sebenarnya yang mahu Allah tunjukkan melalui perkara ini? Mengapa dia tegur aku kasar sampai aku nakje marah dia?

Mungkin dengan cara kasar itu, sifat marah akan timbul dan ketika itu, Allah menguji kita sama ada ingin bersabar atau terus tengking dia. Kita ada pilihan. Baik dan buruk. Pilih baik-baik dengan memohon agar Allah berikan petunjuk dan hidayahNya kepada kita.

Maka, lembut atau kasar?
Dua-duanya perlu.

Wallahu a'lam.


Friday, November 27, 2015

Tegur orang tapi dia pun salah?!

Assalamualaikum warohmatullah. Jumu'ah mubarak!

Kadang mungkin antara kita pernah terbaca atau terdengar seseorang kata; kau tegur aku tapi diri sendiri pun salah. Tu ha orang sebelah kau pun salah juga apesal tak tegur?

Kalau nak tunggu semua orang sempurna dan betul, teguran tu tak akan ada sebab kita ni mana boleh jadi sempurna. Manusia memang tak akan lekang membuat dosa. Ingat.

Kalau teguran takde, cemana kita nak audit diri? Nak muhasabah diri? Kita sangka semua benda kita buat ni betul tapi sebenarnya tidak!

"Rambut kau takat mana eh? Sebab sanggul kau macam tinggi sangat je"

"Ce senyum elok2. Kenapa buat mulut macam tu pelik la haha boleh sangkut hanger"

"Lengan baju kau terselak tu. Kau ada followers lelaki kan? Delete gambar tu ya?"

Macam PU Amin cakap; Islam agama memikat bukan menyekat. PU Abu pula cakap; berkongsi bukan menghukum.

Tegur dengan berhikmah bukan sahaja membawa maksud kepada cakap elok2 sopan2. Ianya membawa maksud bijaksana yakni teguran tu ngam dengan orang yang nak ditegur. Adab dan akhlak juga perlu seiringan.

Berlapang dadalah dalam apa jua keadaan. Bersifat malu lah untuk apa jua perkara.

Kalau ditegur dan kita balas dengan membandingkan dengan kesalahan orang lain dan berkata saya tak maksum, adakah ianya akan memberi manfaat pada diri?

Jangan tuding jari, jangan ungkit payahnya nak berhijrah. Itulah ujian. Kita sabar atau tidak untuk hadapi. Kita minta agar Allah beri kita kekuatan. Bila orang tegur, taksabar. Walhal, dengan cara ditegur orang membuatkan kita lebih kuat. Fikir, renung.

Kalau tak ditegur, adakah kita tahu salah kita? Contohlah kita tidur berdengkur dan mengganggu tidur orang lain, adakah kita tahu salah kita selagi takde yang tegur "kau tidur berdengkurlah wei".

Adakah kita tahu salah kita yang terambil port dekat cafe yang dah dicop orang lain selagi takde orang yang bagitahu/ada bukti?

Terimalah teguran dengan berlapang dada. Teguran itu daripada Allah melalui manusia. Kita melenting, maka kita melenting dengan Allah.

Kita ada hak untuk tegur dengan berhikmah;
Allah punya hak untuk beri hidayah dan petunjuk.

Pelik kalau orang masih sama selepas ditegur? Mungkin Allah belum nak beri hidayah kepadanya dan mungkin dosa2 kita menjadi asbab terhalangnya hidayah Allah.

Wahai Allah. Lembutkan hati2 kami untuk sedia menerima teguran orang lain.

Allahumma solli 'ala Muhammad. Wa 'ala ali Muhammad.

Saturday, October 17, 2015

Ah ujian!

Assalamualaikum warohmatullah.

"Allah burdens no soul beyond what it can bear". Surah Al-Baqarah, verse 286.

Bilamana kita diuji dengan sesuatu, renung dan fikir; ujian yang aku hadap ini, mampu ataupun tidak untuk aku hadapinya? Aku mampu! Kerana Allah menjanjikan bahawa Dia tidak membebani hamba-Nya di luar kemampuan dan kudrat mereka.

Maka, mahukah kita nafikan lagi??

Apa-apa pun yang kita hadapi, In Shaa Allah, kita mampu!

p/s; jangan pula kata kalau duduk melangut aja dengan masalah bertimbun-timbun, kita mampu atasinya. Usahanya mana? Haa.


Wednesday, October 7, 2015

Ish malulah!

Assalamualaikum warohmatullah. Salam penuh keni'matan kerana masih dipinjamkan nyawa oleh Allah untuk meneruskan tanggungjawab sebagai abdullah(hamba Allah) di bumi yang fana(sementara) ini.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Takde perkataan yang mampu aku ucapkan melainkan itu. Alhamdulillah.

Bagi mereka yang ada account Facebook, mungkin mereka sudah tahu akan hal ini. Team Facebook akan hantar notification; You have memories with ____ to look back on today.

Aku ingat perkara itu hanya biasa-biasa untuk mengenang kembali memory dulu-dulu. Hari ini, 7October2015, aku dapat lagi notification mengenai ini. Memory yang kot-kot aku nak kenangkan balik haa acah gitulah. Konon.

Ada beberapa status yang telah aku post pada tahun 2011. Aku hanya mampu gelak dan geli hati. Teruknya aku dahulu. Benda remeh macam tu pun dipost. Orang lain baca kot, haih malu!

Aku yakin, semua orang ada masa silam dia yang seakan taknak dikenang langsung. Janganlah begitu. Jikalau tidak ada masa silam, mana mungkin kau, aku, kita semua mampu jadi sebegini. Kan?

Yang mampu didelete dan dihapuskan, usahalah. Moga Allah bantu kita semua untuk menutup aib-aib kita yang kita sebar pada waktu sedar ataupun tidak.

Man jadda wa jada!

p/s; zaman myspace dulu lagilah weii.

#facebook #dulutakberapanakfikirpanjangsangatsebelumpost #sekarangnimoganyafikirduatigaempatbanyakbanyakkali #deletestatus2merepektuuumaluhaih #tahupunaibsendirinaktutuptapiaiborangsibuknakjaja #myspacetutaktahujadiapa


Wednesday, September 16, 2015

Untitled

Assalamualaikum warohmatullah. Moganya anda sentiasa dalam lindungan Allah.

Terkadang, rasa sayu itu hadir di waktu ketika engkau rasa you're useless to others. Mungkin terlalu membuka pintu untuk yang lain mendekati diri merupakan langkah yang tidak bijak malah akan memberi kesan-kesan yang tidak sepatutnya ke atas pihak-pihak tertentu.

Keputusan yang muktamad telah dilakukan mungkin akan diperkotak-katikkan oleh mereka yang merasakan perkara itu tidak perlu dibuat.

Mungkin apabila diri ini merasakan semuanya bagai tidak kena, mengangkat kaki dan melangkah pergi membawa diri berseorangan itu langkah yang terbaik. Membiarkan diri hanya dengan si Dia yang sering memahami malah langsung tidak akan menyakitkan diri, itu yang terbaik buat diri.

Wahai Tuhan, maafkan jika ada antara kami lalai dalam mengingatimu kerana terlalu bahagia dengan ni'mat yang Kau kurniakan. Terima kasih kerana menghadirkan mereka yang pernah menjadikan hidup ini dihiasi dengan tawa gembira, tangisan hiba dan sebagainya. Mungkin sudah tiba masanya aku melepaskan semua dan merelakan diri ini menuju kepadaMu dengan harapan yang tinggi.

Setiap yang terjadi itu ada yang Allah mahu kita belajar dan sedar betapa hanya Allah yang memiliki segalanya. Pabila adanya hadir, pasti adanya pisah. Semoga Allah memberkati kita semua.

Dan sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.


Tuesday, September 1, 2015

Allah knows best.

Assalamualaikum warohmatullah.

Aku tak berapa ingat samaada semalam ataupun kelmarin, hasrat aku untuk menghayati setiap bait kata-kata yang dilagukan oleh Halim Ahmad, Dalam Sujud Cintaku. Aku berusaha untuk mendownload lagu itu tetapi tidak berhasil.

Aku cuba dan cuba, namun hasilnya tetap sama. Almaklumlah, line internet tidak berapa baik sebab dah berada di penghujung bulan. Aku akur dengan hasilnya. Sabar. Itulah perkataan yang selalu aku ingatkan apabila perkara yang aku mahukan tidak dapat aku capai.

Hari ini, sungguh aku tidak jangka bahawa lagu itu dapat aku dengar. Allahu akbar! Alunan merdu suara Halim Ahmad berkumandang di radio yang berfrekuensi 91.5(Ikim.fm). Bukan hanya suaranya yang aku hayati,malah setiap kalimah yang dituturnya, aku hadam perlahan-perlahan. 'Rasa' itu yang aku ingin kecapi.

Tertunai sudah impian aku yang tahpape ini. Mungkin yang sedang baca ini hanya mampu meng-ek-eleh kelakuan aku. Tenang wahai manusia. You know nothing but Allah does. Tak perlu gelabah untuk mencari punchline saya yee. Sengih pun dah cukup.

ﻭَﻣَﻜَﺮُﻭﺍ ﻭَﻣَﻜَﺮَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ۖ ﻭَﺍﻟﻠَّﻪُ ﺧَﻴْﺮُ ﺍﻟْﻤَﺎﻛِﺮِﻳﻦ
[QS Surah Ali-Imran, 3: 54)

Allah knows best for us. Jikalau apa yang kita nak sangat tidak dapat dicapai, jangan kecewa sehingga memberontak tak tentu fasal. Tenang. Bersangka baiklah dengan Allah. Kita merancang dan Allah juga merancang. Dan sebaik-baik perancang ialah Allah. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita walaupun kita rasa benda itu tidak munasabah untuk berlaku.

Percaya dan yakin akan Allah. Letaklah segala kebergantungan harapan kepada Allah, pemilik segala yang ada di bumi dan di langit.

Semoga Allah merahmati dan memberkati kita semua.

Wallahu a'lam.


Jarak.

Walau jarak itu memisahkan jasad-jasad kita--
Pendirian ini tetap teguh meyakinkan;
Hati kita bisa bersatu.
Dengan izin-Nya Dia.

Tidak perlu kerap berbicara dan berhubung sakan,
Tetapi cukuplah ingatan untuk mendo'akan antara satu sama lain tiap kali selepas solat fardhu.

Biar rasa itu sentiasa ada;
Biarpun jasad tak kelihatan pada mata.


Sunday, August 23, 2015

Sehelai kain.

Matahari pagi galak memancarkan sinarannya. Anak-anak panah Islam yang beratur dalam barisan sudah berkobar-kobar semangatnya; ingin melepaskan anak panah mereka. Seorang daripada tenaga kuat Al-Qabilah Archery yang juga merangkap founder dan ketua; Encik Fuad melontarkan suaranya. Kuat.

"Ok semua! Kita lepaskan anak panah bersama-sama!"

Kelihatan anak-anak panah Islam sudah bersedia di kedudukan masing-masing.

"Bismillah!", laung Encik Fuad.

Semua anak panah Islam menarik busur masing-masing yang sudah diletakkan anak panah.

"Allahu akbar!"

Tiap persatu anak panah dilepaskan daripada busurnya. Ada yang kena pada target adapula sebaliknya. Ah itu tidak penting. Yang penting, niat itu. Niat itu lillah(kerana Allah) dan untuk mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.

Setelah beberapa ketika, anak-anak panah Islam diberi kebebasan untuk memanah. Kelihatan dua daripada anak-anak panah Islam menjerit.

"Ada anak panah yang patah! Fuyyo!", jerit seorang daripada mereka.

Si kakak bertudung koshibo hitam melihat keadaan anak panah itu. Anak panah itu berlabel pink beserta nama pemilik anak panah itu. "Oh. Aku punya anak panah patah", monolog si kakak bertudung koshibo hitam. Dia mengambilnya daripada anak-anak panah Islam yang masih kecil itu dan diletakkan di tepi agar tidak mengganggu sesi latihan memanah yang sedang dijalankan. Seorang daripadanya berusaha sedaya upaya untuk menyambungkan kembali anak panah yang patah itu. Si kakak bertudung koshibo hitam geli hati melihat gelagatnya.

Setelah beberapa ketika, si kakak bertudung koshibo hitam dan dua orang anak panah Islam itu kelihatan sudah kamceng. Si abang daripada dua orang anak panah Islam itu bertanya kepada si kakak bertudung koshibo hitam. "Muka kakak macam mana eh? Kenapa kakak tutup? Nampak mata je", tanya si abang.

Si kakak bertudung koshibo hitam hanya senyum dan menunjukkan isyarat agar si abang diam dengan menggunakan jari telunjuk. Kelihatan si abang dan si adik tidak berpuas hati dan ingin mendapatkan jawapan yang dapat memuaskan hati mereka. Sebenarnya, mereka berdua ni jenis yang aktif. Biasalah, budak-budak.

"Kenapa kakak tutup eh?", tanya si abang. Lagi.

Si adik menyampuk sambil menuding jari telunjuknya kepada si kakak bertudung koshibo hitam.

"Sebab muka kakak hodoh!", si adik jerit.

"Sebab muka kakak cantik sangat sampai orang nak dengan kakak!", si abang pula menyuarakan pendapatnya.

Si kakak bertudung koshibo hitam hanya geleng kepala dengan telatah si abang dan si adik yang merupakan anak-anak panah Islam yang masih muda! Hailah budak. Jujur sungguh!

Si kakak bertudung koshibo hitam hanya diam tanpa mengeluarkan sebarang jawapan bagi pernyataan di atas. Dia tidak pasti, jawapan apakah yang sesuai untuk diperkatakan kepada si abang dan si adik. Si kakak bertudung koshibo hitam perlu menyusun ayat-ayat dengan betul agar maksud yang hendak disampaikan oleh si kakak, dapat ditafsirkan dengan betul kepada si abang dan si adik tadi.

Disebabkan kejadian itu, si kakak bertudung koshibo hitam terimbau kembali akan sejarah bagaimana dia boleh membuat keputusan untuk memakai sehelai kain, bagi menutup sebahagian wajahnya, dan hanya menampakkan matanya sahaja.

Dengan kehadiran anak-anak panah Islam yang masih muda itu, si kakak bertudung koshibo hitam dapat tajdid(memperbaharui) niatnya; mengapa dia memakai kain ini, bagi menutupi wajahnya. Mereka berdua menjadi asbab kekuatan si kakak bertudung koshibo hitam untuk menghadapi anggapan orang ramai mengenai sehelai kain yang menutupi sebahagian wajah, lebih-lebih lagi pada akhir zaman.

Pengajaran daripada cerita ini, jangan bangga apabila dipuji. Jangan lemah apabila dicaci. Tetaplah teguh dan kuat walau apapun yang menimpa kerana Allah itu kekuatan bagi hamba-hambaNya.

"If you do something for the sake of Allah, you will not fear about what others think about you".

Semoga Allah merahmati dan memberkati semua.

Wallahu a'lam.

Sunday, August 16, 2015

Kisah sebatang whiteboard marker.



Assalamualaikum warohmatullah, muslimin dan muslimat sekalian. Moga kita semua sihat wal'afiat dan begitu juga iman serta rohani kita.

Malam ini, aku mahu berkongsi fasal kejadian petang tadi. Sekadar renungan untuk aku dan semua. Moga bermanfaat dan dapat mengambil ibrah daripadanya.

Aku memang dah lama berhajat nak beli whiteboard marker untuk study group kami; The Champion Girls. Iyelah. Takke senang untuk explain dekat yang lain mengenai subjek yang sedang dibincangkan dengan menggunakan whiteboard? Acah acah macam cikgu leee ni. Alhamdulillah, petang tadi hajat aku sudah tertunai!

Sebelum pilih marker yang aku nak, aku belek-belek juga. Samaada nak hat marker yang ada refill dekat belakang atau marker Artline yang macam biasa tu. Aku pilih hat marker jenama Artline. Warna hitam. Sebatang aja cukupler.

Malam tadi, scroll instagram dan stalk satu instagram madrasah milik seorang following aku. Pihak madrasah upload gambar-gambar semasa sesi pengajian dilakukan dan aku tertarik dengan tulisan jawi yang ditulis di atas whiteboard, menggunakan whiteboard marker; khat(serong).

Aku bermonolog lebih kurang begini, "Cantiknya tulisan jawi niii. Kan best kalau aku beli whiteboard marker hat khat tadi".

Selepas dah habis mencuci mata dengan gambar-gambar tulisan khat tu, aku bercadang nak buka balutan plastik dekat whiteboard marker yang aku beli tadi. Semasa membuka balutan plastik tu, aku baru tersedar bahawa aku telah membeli whiteboard marker hat khat seperti apa yang aku inginkan sebentar tadi! Allahurabbi! Masha Allah! Masha Allah! Masha Allah!

Aku mengukir senyum. Sungguhlah, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Dia Maha Mengetahui apa yang kita sangat-sangat perlukan. Dengan kejadian tadi, makin kuatlah keyakinan aku akan Allah. Seringkali perkara seakan sebegini terjadi tetapi aku tak pernah kongsikan. Aku yakin yang setiap antara kita pasti ada kisah yang lebih kurang begini. Yang membuktikan betapa besarnya kebesaran Allah.

Rumusan daripada kisah ini. Yakinlah dan percayalah akan Allah. Bergantunglah segala harapan kepada Allah. Jikalau apa yang kita dapat tidak seperti apa yang kita minta dan inginkan, bersabarlah. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Have faith in Allah!

May Allah bless all of us.

Wallahu a'lam.


Monday, June 22, 2015

Urutan cara berbuka puasa.

Assalamu'alaikum warohmatullah, muslimin wa muslimat yang dirahmati oleh Allah SWT sekalian.

Based on that picture, I hope that, we can follow it step by step. Sertakan juga niat untuk mengamalkan sunnah Nabi Muhammad SAW.

May Allah bless us.

Wallahu a'lam.


Saturday, June 20, 2015

Ramadhan Al-Mubarok.

Allah berfirman;

Maksudnya: ”Wahai orang-orang yang beriman, telah difardhukan puasa ke atas kamu, sepertimana difardhukan ke atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa". [QS Al-Baqarah, 2:183]

Assalamualaikum warohmatullah, muslimin wa muslimat yang dirahmati Allah sekalian.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Kita masih diberi peluang untuk meni'mati ramadhan pada tahun ini. Moganya, ramadhan kali ini lebih baik daripada ramadhan sebelumnya.

In Shaa Allah, Nurin nak kongsikan satu benda yang amat bermanfaat untuk semua.

[1] Melewat-lewatkan sahur.
Mengapa? Kerana melewat-lewatkan sahur merupakan sunnah Rasulullah SAW.

Dari Anas, beliau meriwayatkan dari Zaid bin Thabit,  telah berkata:

Maksudnya: ”Kami telah bersahur bersama dengan Nabi Muhammad SAW kemudian bangun untuk bersolat. Aku telah berkata(Anas) : Berapa lama tempoh antara azan dan bersahur? Dia (Zaid) menjawab: Dengan kadar 50 ayat(bacaan Al-Quran)".[HR Muslim:1097]

Kadar 50 ayat bacaan Al-Quran adalah sama dengan 10minit.

Jangan pula anda bersahur awal. Kadang, ada yang bersahur pukul 0000hours. Itu bukan sahur tapi supper.

Mungkin ada juga yang akan berkata bahawa; Mengapa perlu bersahur? Penting sangat ke? Banyak ke fadhilatnya(kelebihannya)?


Nabi Muhammad SAW bersabda;

Maksudnya: ”Bersahurlah, sesungguhnya, pada makanan sahur itu ada keberkatan".[HR Muslim:1095]


Dari ‘Amru bin Al-‘As, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda;

Maksudnya: ”Perbezaan antara puasa kita dan puasa ahli kitab adalah makan sahur". [HR Muslim:1096]


Harapnya, dengan sedikit info ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita semua. Kalau tak mampu buat semua sunnah Nabi Muhammad SAW, jangan tinggal semua.


Rujukan: Tazkirah daripada Ustaz Ahmad Noor Zaimi dan website ini.


Wallahu a'lam.


Saturday, June 13, 2015

Setelah sekian lama.

بِسـمِ اللَّهِ الرَّحمَنِ الرَّحِيم.

---

Assalamualaikum warohmatullah, muslimin wa muslimat. Harapnya sihat wal 'afiat. Berbulan juga tak update apa-apa. Nak kata busy, tak juga. Gian juga nak menulis, buat cerita yang dapat ispirasikan diri sendiri(ceh).

Hanya nak share benda yang mungkin bermanfaat untuk anda.

"Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah pengharapan, supaya kamu mengetahui bahwa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain Dia. Maka Allah menghalangimu daripada perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya".-Imam Syafie.

Barakallahu fikum wa usratikum. May Allah bless us and our family.

Wallahu a'lam.

p/s; floating button 'extra' mungkin tak dapat mengakses anda ke laman tersebut sebab URL blog sudah ditukar daripada www.nurin-aqilah.blogspot.com ke www.blooming-tulips.blogspot.com. In Shaa Allah, I will fix it as soon as possible. Keep sabr and have faith in Allah.

Sunday, April 19, 2015

Mengatakan seseorang itu pendek, gemuk dan etc. Adakah salah?


[Mengumpat]

Aisyah RA ada mengatakan kepada Rasulullah SAW bahawa Sufiyyah(satu daripada isteri baginda) seorang yang pendek. Baginda bersabda; "kamu telah mengatakan sesuatu perkataan yang sekiranya dicampurkan dengan air laut sekalipun, tak akan mengubah apa-apa." 

Maksudnya di sini, air laut kan banyak. Sepatutnya, apabila sesuatu benda contohnya air sirap, diletakkan ke dalam laut, secara fakta, air sirap itu akan ditutupi oleh air laut. Tak akan memberi kesan kepada air laut sebab air laut banyak.

Tetapi, baginda mengatakan demikian kerana perkataan yang Aisyah RA katakan itu adalah sesuatu yang sangat berat dan kesan perkataan itu tak akan hilang apabila dicampur dengan air laut.

Sufiyyah memang seorang yang pendek. Walaupun benda itu sesuatu yang benar, itulah yang dipanggil mengumpat. Kalau sesuatu itu tidak benar, itulah yang dipanggil fitnah.

Moga Allah beri kefahaman.

Wallahu a'lam.

Sumber; Cinta Ilmu @ TV Al-Hijrah. Slot ceramah Ustaz Haryanto.

#mengumpat #backbiting #fitnah

Friday, March 20, 2015

Fitnah Wanita!


Assalamualaikum warohmatullah.

Fitnah wanita!

Boleh saja pakai pakaian warna putih atau hijau, lambang cintakan sunnah nabi.

Tapi semoleknya, nak jadi bidadari, memang digalakkan memakai pakaian hitam seperti gagak. Zaman dahulu wanita sangat takutkan fitnah.Mereka sanggup ambil sarang labah2 lumur kat pakaian supaya pakaian nampak kusam. Pemahaman aurat wanita zaman dahulu dan wanita zaman sekarang sangat berbeza. Mereka tak beritahu nama kepada umum.

Kerana tak mahu lelaki asing menyebut2 namanya. Berbeza dengan para isteri nabi. Kita wajib tahu nama mereka kerana mereka ialah ibu2 kita dan para isteri nabi. Wanita Tarim mengikuti contoh mereka. Kerana itu, jika ada orang luar mahu mengambil gambar, mereka tak redha kerana diri ibarat aurat padanya.

Jika ada seseorang call, mereka takkan bersuara melainkan orang disana bersuara dahulu untuk memastikan jantina pemiliknya. Ustaz saya cerita ramai wanita berniqab upload gambar kat fb. Isterinya menangis, beliau kata mereka dah tertipu dengan fitnah dajjal.

Percayalah, fitnah takkan datang jika wanita tidak cuba2 membukanya. Lupakah tentang Nabi Muhammad pernah bersabda, dugaan lelaki pada akhir zaman yang terbesar ialah fitnah wanita.

Umar Al Khattab pun yang dikenali dengan sifat bengis, berani dan garang pada musuh, takut dengan fitnah wanita. Beliau lebih sanggup berjalan dibelakang seekor singa, dari berjalan dibelakang seorang wanita. Itu kata, wanita ni mahal tapi mereka tak percaya. Masih juga mahu buat tayangan perdana diri sendiri kepada umum.

Janganlah jadi watak akhir zaman seperti wanita berpakaian tapi sebenarnya bertelanjang. Hukum tarik perhatian lelaki bukan halal ialah haram.

Na'uzubillah minzalik.

Sumber: Facebook.

Saturday, January 31, 2015

Berdo'a? Tak rugi pun lah!


Assalamualaikum warohmatullah.

jika seseorang telah melakukan sesuatu ke atas kamu, berdo'alah kepada Allah yakni sebagai tanda penghargaan kepada seseorang itu.

Jazakallahu/jazakillahu/jazakumullahu khairan kathirah
(Semoga Allah membalas kebaikan yg banyak ke atas kamu/kalian).

do'alah ke atas mereka. Semoga Allah merahmati dan memberkati kita semua. Allahumma aamiin.

**jazakallahu: untuk dituju kepada lelaki.
**jazakillahu: untuk dituju kepada perempuan.
**jazakumullahu: untuk dituju kepada semua; lelaki dan perempuan.

wallahu a'lam.

Tuesday, January 6, 2015

Iman.

Angin sepoi-sepoi bahasa menderu masuk ke dalam ruang bilik itu sebaik sahaja Nadia menguak jendela. Nafasnya dihela perlahan sambil mata menala pandang langit yang membiru. Hatinya terasa berat. Teringat akan perbualannya bersama Shuhada sebentar tadi.

Eyyo Nad. How are you there? Aku harap kau sihat walafiat,” kata Shud.
Nadia mengoyak sengih sumbing. “Thanks for your concern, Shuhada. Alhamdulillah, sihat. Apacer telefon aku ni?”
Jeda. “Wahai Shud... kemanakah kau menghilang haa...” Suara Nadia dibuat-buat persis gaya nenek-nenek.
“Sebenarnya, aku telefon ni, ada benda penting nak habaq dekat kau.” Bicara Shuhada membuatkan Nadia tertanya-tanya.
“Ha, apadia?” Nadia menyoal kembali.
Shuhada menelan liurnya. “Ayah aku kena pindah dekat Kelantan sana.” Ringkas. Padat.
Nadia mengerutkan dahinya. Dah kalau ayah Shud kena pindah pergi sana, apa konklusinya? Aku terasa blur sekejap.
“Kau dengar tak ni? Ayah aku kena pindah...” Shuhada mengulang kembali percakapannya. Dia ni paham ke idok aku nak kata apa? Adeh.
That means, we will be separated? Gitu?” Nadia menjawab teragak-agak.
Shuhada menghela nafas perlahan. Hatinya seakan-akan sebak dan tekaknya mula terasa berpasir. Sedih.
Kinda.”
Benih-benih jernih telah mula mengalir di pipi Nadia. Esakannya tidak terlalu kuat tetapi cukup jelas untuk Shuhada mendengarnya.
Shuhada berdehem untuk menstabilkan kembali suaranya yang seakan sudah payah untuk diluahkan. “Nadia. Janganlah sedih. La tahzan. Aku hanya pindah ke sana tapi cukup kau tahu yang, kenangan antara kita tak akan hilang, tak akan pudar selagi ingatan kita masih utuh dan kukuh terhadap diri masing-masing. In Shaa Allah.”
“Taklah. Aku mana ada sedih. Aku cuma rasa kehilangan orang yang nak aku sakat tiap petang depan tasik yang kita selalu lepak tu. Aku akan rindu benda tu.” Nadia mengukir senyum tawar sambil duduk memeluk bantal Smiley hadiah pemberian Shuhada kepadanya semasa hari lahirnya tahun lepas.
“Amboi kau. Hat tu yang kau rindu je ey. Tampo kang.” Ketawa pecah.
“Akan rindu.” Shuhada menyatakannya sambil menahan sebak yang semakin sebu di dada.”
“Esok kita jumpa tau? In Shaa Allah.”

Nadia mengayun langkahnya ke arah rak buku. Buku yang diingini dicari-cari di dalam celahan-celahan buku yang tersusun rapi. Ok jumpa dah!
Helaian demi helaian diselak Nadia. Tajuk buku yang dipilih Nadia adalah buku Dalam Dekapan Ukhuwah karya Salim A.Fillah. Sampai dihelaian yang diingini, kata demi kata dibaca dan dihadamkan dengan penuh konsentrasi. Nadia seakan tertarik akan suatu bait ayat di dalam helaian itu.
“Ya. Kubaca lagi firmanNya; sungguh tiap mukmin itu bersaudara. Aku makin tahu, persaudaraan tak perlu dirisaukan. Karena saat ikatan melemah, saat keakraban kita merapuh, saat salam terasa menyakitkan, saat kebersamaan serasa siksaan, saat pemberian bagai bara api, saat kebaikan justru melukai, aku tahu, yang rombeng bukan ukhuwah kita, hanya iman-iman kita yang sedang sakit atau mengerdil, mungkin dua-duanya, mungkin kau saja tentu terlebih sering, imankulah yang compang-camping.”
Kesentapan dekat hati itu terasa. Benarlah. Kadang bukan ukhuwah itu yang terasa menjauh. Sebenarnya, iman itu yang kian merapuh. Biarlah sejauh mana sahabat itu berada, jika iman sesama sendiri masih utuh dan teguh, ukhuwah yang terjalin akan tetap kukuh walau hancur dilanda badai sekalipun. In Shaa Allah!

***

Saat mata bertentang mata,
Saat salam pemula bicara,
Saat hati terdetik rasa,
Inilah ukhuwah yang diidam-idamkan antara kita.

Kau jauh pergi menyendiri,
Katanya mahu melupakan diri ini,
Tapi harus kau ingat wahai sahabat sejati,
Kenangan yang terbina,
Akan sentiasa tersemat di hati.



Wallahu a’lam.