} -->

Friday, July 26, 2013

Tahukah Anda, Allah Akan Balas Amalan Anda 70x Ganda pada Bulan Ramadhan !

Featured-Page-khairatYateem

Ramadhan merupakan bulan untuk menggandakan pahala setiap amalan kita. 


Jutaan kanak-kanak dari seluruh dunia mengharapkan bantuan anda untuk masa depan yang lebih baik.


“Al-Yateem Sponsorship” adalah satu program yang membolehkan anda untuk membantu anak yatim bagi mendapat masa depan yang lebih sempurna. 

Bertindak sekarang!
More information {HERE}

Friday, July 12, 2013

DOA BERBUKA PUASA YANG SAHIH

        

Doa Berbuka Puasa:


Ibnu ‘Umar RA berkata: “Apabila berbuka puasa, Nabi SAW akan membaca" :

ذَهَبَ الظَّمَأُ، وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ، وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ.

Maksudnya: “Hilanglah segala kehausan, telah basah segala urat-urat dan semoga tetaplah beroleh pahala”. [Hadis riwayat Abu Daud Sahih”]


Abdullah Ibnu ‘Amr Al-‘Ass RA berdoa ketika berbuka puasa dengan doa ini: 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْء،ٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي

Maksudnya: “Ya Allah! sesungguhnya aku memohon rahmat-Mu yang meliputi segala sesuatu agar Engkau mengampunkan aku." [Hadis riwayat Ibn Majah “Hasan”]

***

Adapun doa yang sering dibaca oleh umat Islam dan diajar di sekolah ialah:

اللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْنَا، فَتَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya: "Ya Allah bagi Engkau kami berpuasa dan dengan rezeki Engkau kami berbuka, maka terimalah dari kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. [HR: Al-Daruqutni].

***

Kata Imam An-Nawawi dalam Al-Majmu’: “Sanadnya Dhaif”. Doa apabila berbuka puasa di rumah orang:

أَفْطَرَ عِنْدَكُمْ الصَّائِمُونَ، وَأَكَلَ طَعَامَكُمُ الأَبْرَارُ، وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ الْمَلائِكَةُ.

“Orang-orang yang berpuasa telah berbuka dengan kamu dan orang-orang yang mulia telah memakan makanan kamu serta para Malaikat mendoakan agar kamu mendapat rahmat”

***

Di samping doa-doa di atas, kita juga boleh berdoa apa sahaja yang dihajati kerana yang mustajab (makbul) ialah doa orang berpuasa.


 Sabda Rasulullah SAW :

“Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.” 
[HR: Ibn Majah]

Sumber : Facebook