} -->

Sunday, July 31, 2016

Resepi : Cream Cheese

Assalamualaikum warohmatullah.

Bahan-bahan

-120gm mentega
-250 gm cream cheese
-120 gm icing sugar



Cara-cara

1. Masukkan 120 gm mentega(suhu bilik) ke dalam bekas yang sederhana besar. Mix kan sehingga gebu.


2. Masukkan 250 gm cream cheese dan mix sehingga sebati dan gebu selama 2-3 minit. \picit sebahagian cream cheese, twistkannya dan picit sehingga keluar. Dengan cara ini, cream cheese takkan comot/ *rujuk gambar

twistkannya macam ni tau !



3. Ayak dulu 120 gm icing sugar di atas tapis. Kemudian, mix sehingga sebati dan kelihatan gebu-gebu gitu selama 3-4 minit dengan kelajuan yang sederhana.




4. Siap! Kalau suka masam-masam sikit, boleh tambahkan cream cheese. Ikut tekak anda ya.


Diharapkan bila anda mix adunan-adunan ni, anda putarkannya mengikut arah lawan jam dan sambil tu, janganlah dok membebel ke hapebenda. Ce selawat/berzikir. Itu lebih baik.

Thursday, July 28, 2016

Tips : Buat header blog

Assalamualaikum warohmatullah. Bagi anda yang berhasrat nak buat header sendiri, ni antara tips yang saya boleh kongsi dengan anda untuk jadikan header anda ni cantik molek je terletak, bi idznillah.

1. Tahu lebar blog

Benda penting supaya header anda cantik terletak adalah dengan mengetahui lebar blog anda. Kalau tak tahu, nanti tak cantiklah header tu yep. Terbesar atau terkecil sangat. Senget benget situ sini. Haa kan boleh menyebabkan tekanan tu. Nak tahu lebar blog senang je.

Blogger > Template > Customize > Adjust widths

Dekat situ, akan dinyatakan lebar blog anda di bawah tajuk 'Entire Blog'. Kalau lebar blog anda 970px, maka time nak buat header tu, widthnya kena 970px dan ke bawah lah yep. Nak lebih 970px pun ok je. Ikut taste sendiri lah ye. Mana yang berkenan tu, buatje. Awak punya kan. Tadehal.

2. Background transparent

Selalunya kalau saya buat header yang backgroundnya transparent, saya dah ada basic background transparent tu sendiri. Jadinya, saya tinggal edit semuanya dekat Photoscape. Basic background transparent tu saya buat sendiri dekat GIMP 2. Mudah je. Sebelum tercetusnya idea ni, punyalah gigih saya buat header dengan background putih, pahtu pi edit dekat GIMP 2 untuk transparentkan backgroundnya. Apakepayahnyalahkan. Alhamdulillah syukur dapat idea nak buat basic background transparent tu. Mudah je kerja saya nak buat header (emoji sengih)

Jadi, kalau anda nak memudahkan kerja ataupun lebih tepat lagi untuk memudahkan anda takpayah nak susah-susah, buat je dulu basic background transparent ni. Bagi yang takde GIMP 2 dan Photoscape, boleh gi download yep. Search je dekat google tu. In Shaa Allah, muncullah depa.

----

Saya rasa setakat ni jelahye tips yang saya mampu kongsi buat masa ni. Semoga dapat membantu anda yang tengah nak berjinak-jinak buat header dan perkemaskan lagi headernya. Ganbatte ne!