Doa Berbuka Puasa:
Ibnu ‘Umar RA berkata: “Apabila berbuka puasa, Nabi SAW akan membaca" :
ذَهَبَ الظَّمَأُ، وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ، وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ.
Maksudnya: “Hilanglah segala kehausan, telah basah segala urat-urat dan semoga tetaplah beroleh pahala”. [Hadis riwayat Abu Daud Sahih”]
Abdullah Ibnu ‘Amr Al-‘Ass RA berdoa ketika berbuka puasa dengan doa ini:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْء،ٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي
Maksudnya: “Ya Allah! sesungguhnya aku memohon rahmat-Mu yang meliputi segala sesuatu agar Engkau mengampunkan aku." [Hadis riwayat Ibn Majah “Hasan”]
***
Adapun doa yang sering dibaca oleh umat Islam dan diajar di sekolah ialah:
اللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْنَا، فَتَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maksudnya: "Ya Allah bagi Engkau kami berpuasa dan dengan rezeki Engkau kami berbuka, maka terimalah dari kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. [HR: Al-Daruqutni].
***
Kata Imam An-Nawawi dalam Al-Majmu’: “Sanadnya Dhaif”. Doa apabila berbuka puasa di rumah orang:
أَفْطَرَ عِنْدَكُمْ الصَّائِمُونَ، وَأَكَلَ طَعَامَكُمُ الأَبْرَارُ، وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ الْمَلائِكَةُ.
“Orang-orang yang berpuasa telah berbuka dengan kamu dan orang-orang yang mulia telah memakan makanan kamu serta para Malaikat mendoakan agar kamu mendapat rahmat”
***
Di samping doa-doa di atas, kita juga boleh berdoa apa sahaja yang dihajati kerana yang mustajab (makbul) ialah doa orang berpuasa.
Sabda Rasulullah SAW :
“Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.”
[HR: Ibn Majah]
Sumber : Facebook
nice sharing :) Fifi slalu guna yang cikgu dok ajar kat sekolah tu je :3
ReplyDelete