} -->

Sunday, August 4, 2013

Hanya dengan seminit dapat menjamin kita ke ?


Assalamualaikum.



This is first entry yang Nurin nak kongsikan after trial so hayatilah.



Dengan seminit ?



Apa je yang kita boleh buat dengan seminit ?



Tapi hanya satu minit ni berharga tau plus banyak ganjaran pahala ;


[1] Kita boleh berzikir (الله وبحمده  ﺴﺑﺣﺎﻦ ) sebanyak 100 kali.
- “Sesiapa yang membaca (lafaz di atas) sebanyak 100 kali pada setiap hari, berguguranlah dosa-dosanya meskipun sebanyak buih di lautan.”  (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


[2] Kita boleh berzikir (الله وبحمده سبحان الله العظيم  ﺴﺑﺣﺎﻦ ) sebanyak 50 kali.
- Inilah dua ungkapan yang ringan pada lisan tetapi berat pada timbangan dan disukai ALLAH al-Rahman . (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


[3] Kita boleh berzikir (لا حول ولا قوﺓ اِلا بالله ) sebanyak 40 kali.
- Ini antara ucapan yang tersimpan dalam khazanah Syurga. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


[4] Kita boleh berselawat ke atas Nabi S.A.W sebanyak 30 kali.
- Kalau sekali je selawat, Allah akan berselawat untuk kita dengan 10 kali. Maka kita baca 30 kali, jadinya 300 kali kita mendapat selawat Allah J


[5] Membaca surah al-Ikhlas sebanyak 15 kali.
- Kalu dah baca sekali, seumpa 1/3 al-Quran kita dah baca :’) Maka dalam hanya seminit, 5 kali kita mengkhatamkan al-Quran J


[6] Membaca surah al-Fatihah sebanyak 5 kali.
- Sesungguhnya inilah surah yang teragung dalam al-Quran.
“Hendaklah aku ajarkan satu surah yang merupakan surah teragung dalam al-Quran. Iaitu - الحمدلله رب العلمين . Ini tujuh ayat yang berulang-ulang berserta al-Quran agung yang kau terima.” (Riwayat al-Bukhari)


[7] Memberi salam dan bersalaman berjabat tang dengan >1 orang.
- Dengan hanya seminit, hanya seminit anda boleh jalinkan ukhuwah !


[8 Membaca 2 helai halaman daripada majalah yang bermanfaat.
- Daripada dok tak tau nak buat apa. Almaklumlah dah habis trial pmr kuikui. Yang penting benda yang bermanfaat macam group Usrah and so on.


[9] Membaca >1 helai halaman al-Quran.
- Biaq baca sehelai dua helai. Asalkan kita faham apa maksud ayat al-Quran yang kita baca tu. Bukan main taram baca nak khatam je okay.


[10] Berdo’a memohon hajat kepada ALLAH.
- Perkara senang. Angkat tangan dan luahkanlah segala isi hati dan hajat anda untuk Dia yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani J



Harapnya, kita semua dapat manfaatkan bersama hanya dengan seminit . Sumber daripada Solusi ; isu 56 – Jun 2013 . Mungkin ada yang tak pernah beli or tak tahu wujudnya buku ni or memang malaih nak selak or tak suka membaca (?) . So Nurin share dengan anda semua dekat laman sesawang ni .



Moga bermanfaat In Shaa ALLAH

No comments:

Post a Comment

Mind your words. Thank you.