Salam
‘Alaik.
Alhamdulillah
masih dipanjangkan umur. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, syukur
Alhamdulillah.
2013.
sungguh. banyak benda dah terjadi. jatuh, bangkit, jatuh, bangkit dan
berulang kembali. Alhamdulillah masih ada kudrat nak teruskan semua. kadang
perit, kadang putus asa, kadang tak berdaya nak lalui semua tapi, Allah masih
kuatkan hati. Alhamdulillah. nak hidup dekat dunia mana ada senang. semua
dugaan yang Allah bagi, semua nak bagi kita kuat bukan melemahkan. kadang aku
juga salah tafsir.
“orang yang selalu
mendo’akan kita tanpa pengetahuan kita pun dipanggil sahabat.
Inilah namanya
sahabat hingga Syurga :)”
2013.
syukur Alhamdulillah. Allah temukan aku dengan sahabat-sahabat yang dapat bawa
aku lebih dekat dengan Dia. yang dapat tegur aku, nasihat aku, tarbiah aku,
bagi semangat dekat aku. Allah juga temukan aku dengan mereka yang perlukan bimbingan. Alhamdulillah. boleh kita
tuju Jannah Dia sama-sama :)
“biarlah mengalirkan air mata
sebab mengenang betapa jahilnya diri dulu. sungguh
dengan itu, akan rasa lain.
Insaf. moga istiqomah. usaha nangis, usaha usaha usaha.
cukuplah menangis akan perkara
yang sia-sia. biar di luar nampak ceria, keadaan
hati,biar diri sendiri dengan
Allah saja tahu.”
2013. syukur masih ada iman nak rasa insaf. sungguh dulu bajet tak
nak nangis. kentalkan hati konon. sekali renung semua dosa-dosa yang dah
dibuat, mahu bengkak mata. syukur masih rasa nak ubah diri kepada yang lebih
baik. syukur masih ada iman dalam diri nak merenung balik dosa-dosa yang dah
dibuat. syukur Allah masih nak bagi hidayah. sungguh Allah sayang!
2013.
banyak benda dah jadi. banyak sangat. cuma nak ambil iktibar atau tidak.
Maafkan aku jika ada salah. Maafkan aku jika buat kau benci aku. Maafkan aku
sebab buat kau annoying dengan penulisan aku. Maafkan aku jika aku ada sakitkan
hati kau tanpa aku sedar. Maafkan aku jika aku jadi bajet alim di mata kau. aku
cuba nak mengingatkan diri aku, kau dan semua. aku nak semua benda ni dapat jadi
penampung untuk menuju JannahNya. selagi masih dapat sebar, aku sebar. kau tak
suka, maaf. aku nak mengajak bukan nak riak.
2014.
moga jadi lebih baik. moga hati kita kuat nak tempuh dugaan Dia. moga semua
yang jadi dapat tinggalkan kesan dalam hati. moga semua dugaan yang lepas dapat
jadi iktibar. moga Allah temukan lagi dengan hamba-hambaNya yang dapat tarik
kita ke arah yang
diredhaiNya. moga Allah permudahkan segala. Allahumma aamiin.
terima kasih bagi yang
mampu sabar dengan aku. terima kasih bagi yang mampu baca penulisan aku yang
tak seberapa. terima kasih bagi yang terima aku jadi sahabat. terima kasih atas
segala.
moga
kita semua meninggal dunia dalam keadaan tidak mengaibkan. moga kita semua
meninggal dunia dalam keadaan beriman. Allahumma aamiin.
Wallahu’alam.
p/s : mohon do’a kalian. 2014. moga dapat tempuh. moga
dipermudahkan memahami apa yang diajar. aamiin. { HIATUS }
insyaAllah.. jadikan pengalaman tahun 2013, pengajaran utk tahun 2014.
ReplyDelete