} -->

Sunday, February 14, 2016

Instagram dah boleh switch account lah!


Assalamualaikum warohmatullah. Hari ni, aku nak share something yang aku rasakan ianya bermanfaat untuk kita semua. Buat yang belum tahu, Instagram dah boleh switch account tau! Dah tak perlu log in and log out banyak2 kali sebab ada personal acc, business acc and etc. Tak ke memudahkan bagi kita yang berniaga atau ada lebih daripada satu account Insta kan.

Dapat tahu benda ni daripada Kak Fynn Jamal dekat insta dia. Pahtu, ada yang tolong dekat comment section kak Fynn. Thank you! May Allah bless them and us! Allahumma aamiin. Ok jom mula!

1. Update Instagram dekat play store/ apps store.

2. Reboot/Power off smartphone anda.

3. Buka apps Instagram. Klik hat yang ada three dots(setting) tu.



4. Akan keluar options. Scroll sampai bawah. Hat second last, ada Add Account. Klik hat tu ok.



5. Isikan details untuk account Instagram anda atau just log in with Facebook.


6. Account Instagram yang baru sahaja anda log in tadi akan automatic keluar di skrin smartphone anda. Klik hat bahagian atas sekali, kiri.



7. After dah klik, akan keluar options account Instagram yang anda dah log in.


Ok dah siap! Anda boleh switch account Instagram anda dengan senang, cepat dan tak perlu log out pahtu log in balik. Yay! Semoga bermanfaat ya! Gunakanlah untuk benda yang baik2. Moga Allah redha semua. Allahumma aamiin.

Bagi yang berminat nak beli niqab, boleh lah contact saya. Boleh search instagram saya(business account, not personal account ye); @bytheukht.

Sunday, January 24, 2016

Hikmah di sebalik ujian.


Pernah suatu ketika aku memohon agar Allah kurniakan aku kekuatan untuk menghadapi cabaran hidup ini. Aku rasa taktahan dengan ujian. Aku pinta agar Allah pinjamkan aku kekuatan agar aku mampu untuk teruskan kehidupan di dunia ni.
Tapi, apa yang aku dapat? Ujian lagi dan lagi. Aku bingung. Apa yang Allah mahu beri pada aku sebenarnya? Sampai satu tahap, aku terasa nak bunuh diri. Taktahan. Sangat. Aku terseksa. Na'uzubillahi min zalik. (Itu waktu dahulu).
Tiba suatu hari tu aku terfikir. Aku pinta agar Allah kurniakan kekuatan kepada aku. Mungkin, dengan ujian yang Allah timpakan ini, menjadi asbab(penyebab) untuk aku kuat! Ujian ini adalah proses untuk mencapai kekuatan yang aku sering minta. Oh hebatnya Allah.
Dalam pada aku hendak peroleh kekuatan, Allah hadirkan aku pelbagai ujian yang pastinya aku mampu untuk hadapinya sebab Allah sudah berjanji dalam Surah Al-Baqarah ayat 286.
Tidaklah Allah membebani seseorang melainkan sesuai dengan daya kudratnya.
Kini aku semakin yakin dan percaya dengan Allah. Ujian2 ini, yang hadir sentiasa, adalah untuk aku lebih dekat pada Dia dan peroleh apa yang terbaik buat aku.
Bersangka baiklah dengan Allah ar-Rahman ar-Rahim.
Usahalah memikirkan hikmah di sebalik semua perkara.
Itu yang terbaik.
Yakin dan percaya pada Allah.
Itu kuncinya.