} -->

Monday, November 11, 2013

Manusia ni kan....?

Assalamualaikum.


Manusia ni memang pelik kan? Nampak je orang, haaa terus di-scan nye atas bawah depan belakang. Dalam takmo?


Then, mulalah buat spekulasi sendiri ;


Haaa dia ni hm quite sexy tho. Hm mesti tak solat ni. Mesti selalu clubbing, berkepit dengan jantan. Tapi muka hm boleh tahan lah pulak.


WOW. She’s sooooooooooo beautiful huh. Bertudung litup ala ala Najwa Latipah gitu ha. Hm ni mesti solat tak tinggal ni.


Haish. Dah pahal mamat ni pakai baju macam ‘mat jambu’ je ruponye. Ni mesti kes selalu berkepit dengan perempuan kan ha dah jadi ‘patah’ dah tu.

***

Ha gitu ha manusia nowadays. Semua benda nak dijadikan bahan experiment, mata jadi tukang mesin x-ray gamaknya.

Bukannya nak buat acah soalan for Maharaja Lawak kepemenda tapi yeah, betullah tu.


Eish. Perempuan sebelah dia tu mesti awek dia doh.  {padahal tu kakak ipar dia huh}


Tengok hah couple yang acah acah sweet tu ha. Ni mesti tak kahwin lagi sebab takdak cincin pun dekat jari tu haaa. {padahal diorang have been married sampai anak dah dua orang}


Ni dah kenapa pakai tudung tak cukup kain huh? {padahal dia tak pandai nak beli tudung yang cukup ‘kainnya’ huh konon}

***

Okay guys. Macam ni. Ye memang lumrah manusia selalu buat konklusinya sendiri tanpa selidik dulu. Tapi patutnya, kita patut selalu husnuzzon. Bukannya asyik nak pandang serong senget ke semua dekat orang lain sebab mungkin macam rasa ‘Aku ni lagi baik daripada diorang. Hm aku solat. Aku pakai jubah. Aku ikut sunnah. Aku .... and bla... bla... bla’ .


Dah cukup memuji diri hm? Tak salah nak puji tapi sekurangnya jangan berlagak no kita semuanya betul. Kita semuanya tip top gitu.


Mungkin yang kita semua betul ke tip top ke tapi pernah fikir orang yang lagi betul daripada kita? Lagi tip top amalannya? Haaa.


Dalam kehidupan, tak salah kut nak husnuzzon orang. Lainlah waktu tu ada stranger datang dekat kau dari belakang then letak pisau setentang dengan leher kau, then kau dok sibuk ;


Husnuzzon... Husnuzzon...  Dia ni nak acah je. Nak buat drama kononnya kan?


Yang tu lain ceritaler. Nak husnuzzon apakemenda nya. Dah sah sah kau diambang maut tu huh.


Patutnya, kena kawal sikit perasaan nak buat spekulasi pasal orang tu orang ni.


Tak semestinya orang yang tak pakai tudung tu tak reti solat. Hm just mungkin dia masih tak faham yang solat tu dapat mencegah dia daripada buat perkara yang dimungkari oleh Allah.

Tak semestinya orang yang selalu senyum dekat mana mana je hatta nak ke tidur pun lol, tak pernah ada masalah. Mungkin dia suka pendam masalah dia sebab taknak orang sekeliling dia rasa terbeban sekali. Biarlah dia sedih merana di dalam asalkan orang di sekeliling dia bahagia.

Tak semestinya orang yang minat k-idol, english-idol, and wtv idol tu perangai diorang teruk. Eh memandai ye cop orang tu. Diri sendiri ape cer? Selagi diorang tak langgar syariat Islam, it's okay. Hm adaler batasnya huh.

Tak semestinya orang yang susah nak menumpahkan air mata tu tak ada perasaan. Mungkin dia hanya akan mengalirkan air mata pada waktu-waktu yang perlu. Air mata dia berharga. Tak akan tumpah hanya sebab benda yang sia-sia.

Dan tak semestinya orang yang berjubah, menutup segalanya, mulutnya baik. Perlakuannya baik. Mungkin di depan macam pijak semut pun tak mati  tapi dibelakang, nauzubillah, mati katak semut tu dia pijak lagi-lagi mulut kemain ha. Takpun tweet kemain nonsense. Asyik kerja nak maki orang, carut, luah perasaan yang tak sepatutnya diluahkan. Hm. Akal ado tapi takmo guna. Asyik ikut perasaan heh.

Tak semestinya juga aku ni macam apa yang korang fikir dan tak semestinya korang ni macam mana aku fikir. Haaaa ni dah boleh buat sesi ta'aruf dah ni heh.


Memang tak salah kut nak selalu asyik judge orang tapi hm bawak bawaklah kawal. Cuba try test husnuzzon sikit. Lama lama gitu, husnuzzon banyak. Practice. Lebih lebih lagi bagi manusia yang suka hang-out dekat merata luar tu.


Lagilah banyak bahan ujikaji nak dibuat experiment. Mungkin dok terperap dekat rumah adanya bagus. Buatler aktiviti yang berfaedah sikit. Jangan dok asyik tengok hiburan, gossip sok-sek-sok-sek sana sini.


Kalau tak boleh nak husnuzzon orang, cuba buat berdo’a dekat Allah. Moga ditetapkan hati tu. Tak asyik nak pandang senget benget orang lain. Mohon dilindungi daripada menfitnah segala macam manusia. Mohon dijagakan hati dapat kawal hal macam tu. Do’a ler. Ikut suka hati kau.


Luah je apa yang kau nak, kau rasa. Sampai ke subuh, ke malam, ke pagi, luahlah. Dia tak pernah jemu. Tak pernah menolak. Tak pernah tak nak dengar luahan rintihan hambaNya. Memang dia dah berfirman yang Dia menyuruh hamba-hambaNya merintih kepadaNya. Merayu kepadaNya. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui segala sesuatu.


Buat muhasabah diri. Biar merangkak. Biar bertatih dulu. Jangan terus berlari. Nanti tersungkur, buat sia-sia je. Perlahan-perlahan belajar. Jangan gopoh. Jangan gelabah. Sesungguhnya Dia Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani .

p/s : terbuatnya entri ni sebab otw baca Anthem-Hlovate (y)

1 comment:

  1. Assalamualaikum..thanks sebab share entry ni...saya suka....btw, singgahlah blog saya...wwww.kisahkita-sahabat.blogspot.com ^_^ illalliqa'

    ReplyDelete

Mind your words. Thank you.