} -->

Wednesday, December 18, 2013

penguat hati ;


Takdir telah menemukan dua hati,
dua hati yang sedang tercari-cari erti hidup di dunia yang serba penuh dengan tipu daya,
yang hanya perhiasan semata-mata dan yang pasti,
tak akan selamanya.

Hadirnya kau sebagai teman,
teman yang penuh pancaroba hidupnya,
teman yang cukup berahsia,
teman yang suka memendam rasa,
teman yang sering mengalirkan air mata,
dan puncanya adalah kerana hamba-hambaNya di dunia yang sering memporak-perandakan yang lainnya.

Cukuplah teman,
kesat air matamu,
endahkan orang di sekelilingmu,
biarkan perkara yang lepas berlalu,
biarkan perkara yang lepas pergi begitu,
jangan terfikir untuk berpatah ke belakang,
sungguh perhiasan di dunia hanya permainan semata,
sungguh kau jangan terpedaya,
mainan dunia amat lebih menyeramkan daripada yang kau sangka.

Mungkin aku tidak cukup mengenalimu dan mungkin juga kau tidak cukup mengenali diri kau yang sebenarnya,
mungkin kami tidak cukup menda’wahmu mentarbiahmu,
eh tidak mengapa,
Allah akan menolong hambaNya yang berusaha untuk kembali kepada fitrah – kepadaNya,
Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
dan takdir Allah itu sangat indah,
Dia hanya memberikan dugaan kepada hambaNya setimpal dengan kudrat mereka,
jangan kau risau,
jangan kau gundah gulana,
Allah mengujimu kerana Dia mahu tahu takat mana keimananmu kepadaNya,
jangan kau kata kau tak sedia,
jangan kau kata kau tak berdaya,
jangan kau kata kau sudah putus asa,
ingat ya,
Allah tidak cukup gemar akan hambaNya yang mudah berputus asa hanya kerana dugaan yang menimpa.

Kau kena percaya,
kau kena cuba sedaya upaya,
kau kena ingat selamanya bahawa Allah sentiasa ada,
yup SENTIASA ADA,
untuk hamba-hambaNya yang dikasihi.

Kelak suatu hari,
bila kau ditimpa dugaan dan sebagainya,
kau hanya akan sedar,
hanya Dia tempat kau meminta,
hanya Dia tempat kau meluah rasa,
sungguh HANYA DIA,
yang lain hanya perantaraan antara kau dengan Sang Pencipta.

Hanya kau perlu ingat,
Allah menimpakan sesuatu ujian kepada para hambaNya adalah untuk menguji takat mana keimanan seseorang itu kepada Sang Pencipta,
dan yang pasti ujian itu setimpal dengan kudrat hamba-hambaNya,
makin tinggi iman kau, makin besar ujian Allah timpakan.

Jadi lah seperti ‘air yang mengalir’
yang tetap akan mengalir walau disekat dengan bermacam-macam halangan,
yang tetap mencari jalan keluar untuk mengalir,
yang terus ke hadapan tanpa memikirkan halangan yang akan ditempuhi di hadapan,
dan pastinya  tetap sentiasa mengalir ke hadapan dan takkan pernah sesekali mengalir ke arah belakang.



Sekali kau berhijrah,
kau cubalah Istiqomah.


Maka,
kuatkan hati,
teguhkan peribadi,
jangan risau,
penat di dunia,
kau akan rehat sepenuhnya di akhirat sana.


“Allah kalau nak hambaNya kembali kepadaNya, Dia akan kirimkan orang-orang yang baik untuk berubah. Then Allah rajinkan diri kita pergi majlis ilmu dan ilmu sebelum ni yang kita tak tahu tu kita akan tahu walaupun kita tak tahu apa-apa sebelum kita tahu tu. Sampai satu masa, Dia akan tarik balik orang-orang yang menolong menda’wah dan tarbiah kita. Sebab Allah nak tengok, kita berubah sebab orang itu (hambaNya) atau sebab Allah.” – Seorang Akhi

2 comments:

Mind your words. Thank you.