Hawa,
Sungguh indah Allah ciptakan engkau sebagai makhluk yang
sentiasa dipelihara,
Sejak kecil hinggalah dewasa,
Tapi adakah engkau menghargai apa yang engkau ada?
Adakah engkau bersyukur dengan setiap apa yang tersedia?
Adakah engkau mengikut segala apa yang Dia minta?
Hawa,
Indah nan mawar jika engkau selitkan sedikit rasa malu di
dalam diri,
Malu yang pasti terselit jua iman dan taqwa,
Bila mana engkau di luar,
Engkau mampu menjaga pandanganmu,
Engkau mampu menundukkan wajahmu daripada menjadi tatapan
daripada si kaum Adam yang rakus nafsunya,
Engkau mampu mengawal sikapmu agar sentiasa tidak melampaui
batas sehinggakan menarik perhatian si ajnabi sana,
Engkau mampu mengawal mulutmu daripada berbicara yang
sia-sia sehinggakan membawa kepada perbualan yang ada unsur zinanya,
Engkau hanya mampu membuat riak muka biasa di hadapan
ajnabi-ajnabi tanpa diselitkan riak ceria dan sebagainya.
Sungguh jika engkau si kaum Hawa,
Memiliki sifat malu yang ada iman dan taqwanya
Yang betul-betul di sisi syarak IslamNya,
Sungguh bertuah dikau wahai si kaum Hawa,
Kau akan dihormati akan sekalian makhlukNya,
Itupun jikalau dikau tahu apa khasiatnya,
Di sebalik malu yang ada iman dan taqwanya.
Tidak mengapa wahai si kaum Hawa
Jikalau dulu engkau terbabas dari jalan lurusNya
Ubahlah haluanmu secepat-cepatnya,
Ubahlah dalaman dan luaranmu sedikit demi sedikit,
Usahalah engkau untuk mengalirkan air mata di hadapan Sang
Pencipta walaupun susah pada mulanya,
Hanya kau perlu kenang segala dosa,
Nescaya engkau akan mengalirkan air mata keinsafan atas
kejahilan kau selama ini.
Tidak mengapa wahai si kaum Hawa,
Biar diubah sedikit demi sedikit,
Yang paling penting, Istiqomahnya,
Moga tabahkan hati,
Moga kuatkan diri,
Untuk hadapi hasutan mazmumah daripada yang lainnya,
Hanya perlu kau ingat,
Syarat taubat itu bilamana hati seseorang itu terdetik untuk
berubah,
Syarat mati itu adalah hidup,
Kau perlu ingat juga bahawa Allah sentiasa ada, untuk
hamba-hambaNya.
Sungguh,
Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui yang ghaibnya,
Berdo’alah, bertaubatlah, berusahalah selagi kudrat masih
ada,
Wahai si kau Hawa,
Yang terpelihara.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment
Mind your words. Thank you.